Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, October 29, 2014

Update sikit

Wahh lama tak jenguk blog sendiri.. tak tau ape yang sibuk sangat.. Konon aku janji nak aktif balik kan tapi janji tinggal janji je ahahah... Mood tak mau gak datang walau puas aku paksa.. haihh...


So, nak citer ape ek... Aku dah dapat bos baru.. Setengah bulan gak la aku lepak sambil kemas-kemas barang bos lama. Oh, bos lama naik pangkat, tapi dia still ulang alik Shah Alam sebab masih ada kes dia yang belum selesai. Aku tak ikot pun bos gi Putrajaya walaupun dipelawa sebab jauh. Cukup la seminggu je aku tolong dia kat sana sementara dia dapat pengganti aku.

So, eceh, kita main so aje ari ni.. Ermnn pasal aku? Perkembangan terbaru aku adalah aku semakin kembang.. Selepas turun sebanyak 2-3 kg bulan puasa ari tu, terus lepas raya naiknye mendadak kepada 4kg. Hiphip horrreeyyy!!! Tahniah buat diri sendiri. Huwaaaaa!!!! Bukan tahniah sebenarnay tapi takziah. Rasa cam nak try je ubat kurus.. Kawan aku minum callista kopi bali... camne tah eja dia lupa dah aku.. katanya ada perubahan. Tapi aku ni jenis takut nak cuba, takut lepas dah turun, naik balik sobs!!

Anak-anak.. Hakimi macam biasa makin dewasa.. Makin banyak mulut cam mama dia gak hihihih.. 2 hari lepas penyelia taska dia cakap kat aku, dia antara 3 calon yang taska dia nak bagi anugerah pelajar cemerlang... Tapi camne nak bagi kalau dia ciwek sangat.. camtu ek eje? Maknanya manja.. kalau tegur sikit nangis.. adoiiii.. Lepas tu still tak pandai membaca..

Alaaahaii.. Aku pun tertunggu-tunggu bila dia nak pandai membaca.. Huruf semua tu kenal sangat dah.. Takpe.. tahun depan amik tusyen yer sayang mama..

Haiqal? Ermnn.. anak tu, sangat laa manja gak sekarang. Berdikari tapi sekarang dah pandai ikut perangai abang dia.. asiknye nak merajuk. Tapi sebbaik dia ni makan pujuk.. tak cam abang Kimi, sakit hati kalau nak pujuk abang dia.

Perkataan baru pun makin banyak... walau kadang aku tak faham pun ape dia nak cerita kat aku. Dia pantang abang dia bercerita, dia sama naik nak cerita gak.. Adeiiii berebut mama, kadangnya.

Owh, pertengahan bulan depan insyaallah, kalau takde aral Eqal akan masuk wad untuk dibedah. Alaa doc cakap potong sikit je kat tangan tu.. tapi kena bius penuh. Adui... walaupun tak berapa nak risau sebab doc cakap sebarang risiko adalah kecil, tetap gak aku cam risau gak la kan.. baru 3 tahun kot anak aku tu..

Korang doakan je ye semuanya selamat ye.. Thanks!

Ok nak balik dah ni, cam nak hujan dah kat sini babai...

Monday, August 11, 2014

Warna warni raya @ rumah MIL

Mood raya on lagi kan? So nak boh sini gambar raya hihihhi..


 Tiba-tiba ada anak perempuan uolsss hhihhihi..


 Ehemn.. hikhiks.. bajet romantik la tuuuu konon-konon cam pasangan baru kawin ahaks!!


 Si ratu merah bersama adik dan kakak ipo beliau hikhik...


 Raya ke 2... orang sebok beraya, kitorang sebok berbowling hahahaah



Peace!!!! Selamat hari raya uolsss..

Wednesday, July 23, 2014

Persiapan raya

Nak cerita.. nak sangat bercerita kat blog ni ha.. Tapi masa tu takde.. ntah ape aku buat dengan masa aku pun aku tak tau...

Tapi nak gak bagitau.. tahun ni aku jahit sendiri sarung kusyen.. langsir aku dah bagitau kan aku jahit sendiri gak.. Alhamdulillah.. jimat banyak laa.. langsir dah siap dah.. Sarung kusyen je aku baru siap jahit 4... ada 4 lagi blom berjahit tapi dah siap potong..

Malam ni la cuba siapkan at least 2 lagi sarung.. Beli kain 5 langsir tu 5 meter, sebbaik ngam-ngam ho.. Hikhik. semangat ek aku nak raya.. cess...

Hajat hati ni nak je gi cari tikar buluh kat booth Jakel.. eh booth ke khemah ek sebab beso bebeno.. Tapi tu laa... kewangan cam semput-semput pulak aku rasa ahahahah... Tapi RM39 katanya yang paling murah.. ok la tu.. aku nak beli pun nak letak dalam bilik, wat alas solat.. Tikar yang ada sekarang dah tak elok..

Korang dah beli ke baju raya semua? Kuih raya? Aku seme tunjuk je.. baik kuih sampai ke baju hahaahah... Baju raya aku beli kat ape nama kedai tu ek yang dia ada tulis XSXXXXXXLLLL haaa camtu.. Cantik wehhhh RM129 dapat kurang RM113 sebab ada tesco kad. Amik saiz XS, perasan diri dah kurus lepas pose ahahahaha...

Harapnya badan ni kekal la weh keciknya.. Dah elok baju-baju lama aku muat balik. Dah boleh pakai kebaya balik... tapi takut lepas je naik dari raya ni, kalau yang turun 3kg naik balik sampai 6kg.. pengsannnn haahahah.. Hubby pun dah akui isteri dia ni dah kurus, yeay!!! Kikiki... yang penting suami sendiri perasan kesusutan badan ni, orang lain tak perasan takpe... kata kurus demi suami kan...

Ermnn... ape lagi ek nak cite.. Aku raya kat kampung mertua tahun ni... meh la korang yang mana dok Besout tu, Sungkai ke meh la beraya rumah mak mertua aku.. Aku tunggu hikhik.. Klu beraya kampung mertua tak jalan mana sangat, sebab sedara mara bukan dok kat situ.. sedara mara nun kat Alor Pongsu la, ermnn kat Bukit Merah la.. haaa camtu.. jauh bona nak berkunjung.

Klu belah aku ye la meriah... dah nama pun dok kampung kan.. Beza la dengan Felda... Klu kampung ni boleh kata 1 kampung tu semua ada pertalian darah, antara jauh dengan dekat je tali persaudaraan tu.. Gitu... sebab tu beraya kampung aku meriah lebih sikit hihihhi...

Harap ada la rezeki nak balik beraya Kuantan... Kalau famili MIL takde plan ke mana-mana memang hari Jumaat minggu depan nak cabut balik Kuantan.. Along aku pun balik dari Kelantan hari Jumaat gak..lama dah tak jumpa.. Harap ada rezeki dapat jumpa kakak sulung aku tu.. leh request makan macam-macam kat dia ahahahah...

So, di kesempatan ni aku nak susun jari 10 mohon maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap tulisan kat blog ni.. terkata terkutuk, terusik, terniat dan pelbagai ter kat korang.. Segala salah silap korang eceh... macam ada orang buat silap dengan aku kan, insyaallah aku maafkan.. Kira salam kosong-kosong bak kata budak comel dalam iklan raya tu ye..

Selamat berbuka dan Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Friday, July 11, 2014

Balik kampong oiii

Nak balik kampung... nak balik kampung... nak balik kampung weeeeeee.. sonokk!!!!!

Esok lepas Subuh nak gerak ke Kuantan.. Lamanya rasa tak balik Pahang.. rindunya hati tidak terkiraaaaa hikhik...

Ape nak cite ek.. ermnn ermnn ermnnn... tadi gi shopping baju raya untuk mak dengan ayah.. mula ingat nak beli baju melayu or kurta aje untuk ayah sebab ayah tak pakai 1 set.. dia tak suka pakai seluar.. tapi sebab aku tengok baju aje pun dah mahal sampai RM45, baik aku beli sepasang je. Kat The Store ada buat sale RM39 je sepasang wei, siap dengan butang.. lawa lak tu.. aku amik warna itam.. Ok la kot.. ayah pakai baju melayu pun time gi semayang kat masjid je.. tu pun kadang dia sarung jubah je.. Takde makna dia nak pakai baju melayu lawa-lawa sangat.. Huhuhu..

Mak aku dah terbeli jubah warna ungu.. Ni balik ni nak singgah giant jap.. tengok kedai-kedai sekeliling tu kot-kot ada jual jubah menarik warna hitam..

Ape lagi nak cerita ek..Kasut pun ada sale tadi.. omey.. so dapat la sepasang kasut raya.. baju raya takde lagi.. Bila tah nak beli.. takde roh lagi untuk baju sendiri.. baju hb aku beli kat Jakel.. Rm89 dapat baju melayu sepasang, sampin yg comel dengan butang baju melayu aku mana pahhhhh hahhaah..

Korang balik kampung tak? Kalau balik, hati-hati memandu kereta dan aku doakan korang selamata sampai ke kampung halaman dan patah balik ke rumah sendiri.. Doakan aku sama ye..

Eeee tasabaaa nak makan lompat tikam, asam gupa, nasi dagang, kole kacang waaaaa.. ok stop, dah telan air liur.. Makkkk esok masak ayam kampung gulai yeeeeee hikhik