Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, July 28, 2010

Kernamu Azizah.. eh Hakimi laaaa

Senin & selasa yakni semalam & kelmarin aku MC.. Sebab??? Jom bace cite sedeh aku...nak?? Nak?? Tanak sudah!!! Eh tetibe efek cite 3 Abdul semasa isteri2 2 Abdul yang bodo sombong tu nak pujuk laki diorang yang merajuk.. Eh ape aku ni dah jadi kak fida lak suke lari-lari tajuk.. Kak fidaa.. tolong jangan pengaruhi sayee.. saya suci.. Ada kaitan ker??? huhuh..

Ok, alkisahnya si tochek dah sok sek sok sek setat rabu, aku dah bagi ubat penenang idong dia so dia jap ok jap tak idong tu. Then Jumaat tu semuanye bermula..balik je dari aktiviti makan durian secara tidak sehat aku tu.. ermm aku balik rumah lewat Jumaat tu sebab masa otw balik ke ofis tu boss ngekol

Bos: Bunga, awak kat mana?
Aku: Saya, saya kat Tol GOmbak dah ni bos (padahal baru je lepas turun highway dari Genting Sempah tu..bo'ong sunat ;)) Kenapa bos?
Bos: Ada urgent matter pasal Chaing Mai, nak kena buat cover form. Nanti awak naik ofis dulu ye
Aku: Ok..ok. (Tau tak masa tu dah kol 4.50ptg)

Tak ingat dunia punya PA, naseb la dah dapat APC, kalau camni punye perangai mimpi la ko bunga nak dapat APC.. Ehh dah melencong lagi.. Ok balik tu aku tengok si tochek ok lagi sehat je.. Malam nak tido tu aku rase badan dia panas.. Tido pun cam terganggu-ganggu.. ermnn.. bagi ubat ok skit.. Tapi tido memang tak lena laa..

Hari sabtu tu, nampak dia cam teruk je.. macam tak leh nak bernafas.. makan pun tak semenggah.. si tochek aku tu, selalunye pantang tengok orang makan ok, kalau tak suap siap aku dimarahnye.. siap tarik tangan aaa suh suap dia..

Tengok laa tido pun menonggeng, mane belajar ntah.. dari taska rasenya.. Tapi comel.. gelak-gelak aku dengan hubby..



Malam tu dia buat lagi..tak tido.. aku memang dapat tido sejam je kot.. tido skip-skip.. Cane nak tido kalau anak tak leh tido kan..

Ahad tu dia dah setat takmo makan, tak mo minum.. risau nya hati.. yang buat aku tambah sedih, susu eksklusif pun dia geleng bila aku sua.. Biasanya kalau demam, susu ni laa yang dia cari.. Pelik ni, yang masuk dalam perut dia cuma air masak.. Risau dah tak terperi.. hubby balik je dari kelas terus ajak dia gi klinik..

Jumpa doktor kena marah

Doktor: Ye, kenapa puan?
Aku: Anak saya, demam dah 3 hari, selsema..
Doktor: Lain macam je bunyi dia bernafas.. kenapa awak biarkan??
Aku: Saya bagi ubat yang dia biasa makan la, ubat klinik ni, biasa 2 hari dia dah ok.
Doktor: (cek pernafasan Qimie, mulut sumer, masa ni Qimie dah melalak dah.. takut)
Nak pergi hospital??
Aku: Hospital?? Kenapa doktor??? Teruk ker??
Doktor: Sebab teruk la saya cadangkan ke hospital. Tongsil bengkak, kalau dibiar, anak pn tak boleh bernafas.. dia tak mau makan, tak mau minum, kan??
Aku: Haah.. kalau tak pergi hospital, tak boleh ke?
Doktor: BOleh, saya boleh bagi ubat & Pn kena bagi anak pn makan ikut aturan, tapi saya nak tulis kat sini yang awak yang taknak ke hospital. (muka serius ok)
Aku: Jap ek, saya tanya husband dulu. (hubby kat luar dgn adik ipo sebab dia mengantuk, penat tak tido gak malam sebelum tu sebab Qimie tak lena tido kan..)

Well, then we decide to follow his suggestion. Hubby kena anto adik ipo balik kampus dulu sebab dah malam, susah dia nak balik sendiri kann... aku balik rumah dulu sebab nak kemas apa yang patut, mana tau kena masuk wad.. balik tu terus call mak, nanges-nanges ngadu.. takde sape nak luahkan masa tu kan.. yerlaa anak ok..tengok dia terbaring je.. Last week bace cite anak orang sakit, tetibe kena kat anak sendirik.. rase cam.. Ya Allah, bagi jela sakit tu pada aku.. aku boleh tahan, tapi anak sekecil tu.. tak tau apa-apa... Nanges-nanges aku peluk anak aku, cium2 dia, belai2 dia.. dia terbaring je..tak bermaya..

Kol 10.15 sampai hospital klang, cari2 parking kol 10.30 baru dapat daftar.. Punye laa ramai orang sakit kat kecemasan.. Gile.. aku ajak hubby dok jauh2 dari budak2 yang tak sehat, takut si tochek jangkit lak.. Kang makin teruk lak.. Kol 1.00 baru nombor kitorang dipanggil.. Gile lama tak??? Kalau nak jadi apa-apa pada anak aku dah lama dah.. Tapi yang peliknye si tochek ni, dia sehat ok masa kat spital tu, siap baling-baling roti, marah dengan kitorang sebab tak layan dia nak jalan-jalan dalam hospital tu..



Tengok laa..tak dok diam k.. Sampai penat hubby pegang dia..

Masa masuk jumpe doktor tu si tochek dah tido dah pun.. penat. Tapi memang tu pun doa aku.. bio la dia tido.. Takut gak kalau kena amik darah, dia sedar kang mau meraung tak hengat.. Doktor pempuan muda, cina.. dia cek pernafasan Qimie, badan.. Ermnn katanya bukan astma, cuma banyak kahak.. Tak perlu ambil darah sebab dia tengok Qimie ok, boleh tido, & sementara nak tunggu masuk jumpe doktor pun dia dah boleh minum air sumer.. Doktor nak bagi ubat H1N1 tapi aku cakap Qimie pernah alergik tak sure ubat ape, tapi lepas amik H1N1 tu laa.. then dia tak jadik kasik sebab takut alahan kali ke 2 berlaku yang mana akan lebih bahayakan dia.. So dapat la dia 2 ubat je malam tu.. Ubat demam & antibiotik yang kena bancuh sendiri..

Lepas dah makan ubat tu aku tengok Qimie dah ada perubahan.. dah boleh minum susu, makan.. Lega hati aku tak payah cakap laa.. Tapi isnin tu pagi tu aku memang tak larat nak bangun.. merangkak nak ke tandas kepala berat, tak cukup tido kot... Lepas hubby gi keje sambung tido sampai kol 9.45.. Sedar-sedar pun sebab si tochek pek2 aku suh bangun.. Lawak tau, bila aku tutup mata, dia pek lagi suh bangun.. Lega tengok senyuman yang terukir pada wajah dia..

Hubby balik g klinik sebab aku muntah2, tak selera nak makan, sakit perut, cirit & demam.. See.. pakej aku dapat hari Isnin tu.. Nasik so tochek banyak tido, penat barangkali sebab baru nak sehat kan.. Doktor tu tak abes2 cakap aku mengandung tiap kali aku gi klinik dia..tapi suke sebab dapat MC 2 hari.. leh rehatkan badan & dalam masa yang sama leh tunggu Qimie betul2 sihat sebelum anto ke taska.

Alamak.. mood dah ilang.. malas nk sambung.. yang pasti hingga saat aku anto si tochek pagi tadi dia masih sehat..dah sembuh dari sakit dia.. Tapi pepun esok tetap nak gi klinik, re-check kesihatan dia.. Hope paru2 dia dah ok la.. Really hope..

5 comments:

deelira said...

sian dak qimie.sabar ye mama bunga. hm tp spital bhgn kecemasan mmg cam tu tau.kalau sakit nak mati...dah mati dah wei..

MRS. K said...

biasa ar munge.. spital gomen.. hehe


*aku tag ko kat blog kontes aku eh

Fida Ghazi said...

Ha betul ckp Deelira tu. Itu hari asben k. fida eksiden kan pegi emergency.. sampai dah 3 orang sakit nazak mati.. pon asben tak dipanggil2 lagi jumpe dokte.

LiErOSe~QiEmi said...

deelira&fida: dasat erk!! ishh cane laa hospital kerajaan ni erk.. takleh nak improve ker??

k: ramai la k yang masuk contest tu.. cam susah je nak menang eceh..sebabnya kimi mane ader gambo kat playground lagik

LiErOSe~QiEmi said...

k: owh ko tag yang len erk.. ahahah... lucky draw.. k nanti aku tengok dulu erk!