Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, August 4, 2010

Korang rase ni ajaran sesat ke tak erk???

Tengahari semalam, jiran kitorang call ajak makan malam kat rumah dia. Tanpa sebarang keraguan, aku on kan aje sebab dia memang selalu buat makan-makan. Katanya tak buat besar, just panggil aku sekuarge & jiran atas kitorang sekuarge. Ok, terus koling2 hubby bagitau pasal ni.

Hubby sampai rumah dekat kol 9 malam, malam tadi so agak lewat la kami datang rumah dia..takpe la dekat je, jalan kaki je pong!!

Sampai tu nampak akak tingkat atas tu dah ada..sorang je sebab anak tido, so mak dia jaga kat atas & hubby nye pule ada game badminton.. elok laa hubby aku baru je balik dari game, hubby dia lak baru nak start game.

Tengah-tengah makan tu, tetiba hubby jiran ku ini buka mukadimah pasal pemahaman Al-Quran.. Aku tetiba rase tak sedap hati.. bukan sebab tak mau dengar, tapi wife dia penah cite kat aku masa aku mc tu dia datang rumah cakap nak join tak dia dalam kelas pemahaman Al-Quran. Takde bayaran, orang ni datang rumah ke rumah, pastu sampaikan pada kita. Katanya pula, nanti dia jadi pendamping aku & hubby dia jadi pendamping hubby aku.. Eh nak belajar pun kena pakai pendamping ke?? Aku rase tak sedap hati.

Kata jiran aku ni lagi, jap lagi ada orang nak datang, beri sikit penjelasan pasal pemahaman ni.. Katanya "dengar dulu, kalau rase nak teruskan boleh datang kelas seterusnya tapi kalau rase ni mengarut, ape la sesat ke apa ke just ignore, tapi abang tak nak sebab ni kita putus silaturahim. Tego cam biasa je."

Elok-elok kami nak habis makan, datang 2 orang. Sorang lingkungan umur kami & sorang lagi dalam 30an. Pakaian biasa, bukan jubah, takde jambang bagai. Siap aku basuh pinggan diorang nak mulakan kelas. Aku masa ni memang bengang dah dengan tuan rumah sebab takde pun diorang kasik tau nak buat benda ni sume. Apa lak nak atur hidup kami ni??? Ok takpe, dengar dulu.

Lelaki yang umor 30-an tu mulakan dulu.. cara dia agak kasar & berlagak pada pandangan mata aku, akak jiran atas aku tu pun dah siku2 aku tapi aku buat tak tau. Lelaki tu bagi mukadimah je, lelaki yang baye kami tu yang buat penerangan seterusnya.

Ok, katanya dia bukan ajar, dia sampaikan je. Semua kata-kata dia, dibuktikan dengan ayat Al-Quran. Antara intipati yang aku ingat, katanya

1. Kitab Al-Quran = Buku bacaan
2. Sunnah tu adalah praktikal
3. Al-Quran+sunnah = Islam @ Buku bacaan+praktikal= (alamak aku lupe, tak catat sebab tak sedia ape)
4. Katanya ayat Al-Quran ada 6236, yang ni kami laki bini agak ragu sebab masa belajar kat sekolah, ustaz cakap 6666.
5. Kalau tak faham Al-Quran akan masuk neraka jahanam. Bukan sebab minum arak ke, bunuh orang ke, berzina ke.. tak perlu, cuma tak faham isi al-Quran terus masuk neraka jahanam. (Erk??Kalau macam tu ramai la orang Islam masuk neraka sebab kebanyakan pandai baca Quran tapi tak tau makna)
6. Katanya lagi kalau dah masuk neraka, kekal dalam tu selamanya.. Takdenya kena siksa sampai abis dose pastu masuk neraka. (Aku penah dengar semua umat Islam akan masuk syurga pabila habis seksa atas segala dosa, aku penah dengar laa)
7. Katanya, semalam, kami semua yang mendengar ni tak faham Al-Quran, maka masuk neraka, bila malam tadi dengar apa yang diorang sampaikan insyaallah boleh masuk syurga.
8. Katanya lagi kenapa Allah tekankan kita supaya faham isi Al-Quran kerana manusia sekarang jadi gila sebab takde ilmu. Daripada Kitab Al-Quran kita dapat ilmu/pelajaran, orang tanpa pelajaran hidup tanpa pedoman, tanpa matlamat hidup. Al-Quran ada satu je maka sepatutnya manusia cuma ada 1 matlamat. Agenda orang kafir katanya yang buatkan manusia ada macam-macam matlamat.
9. Manusia sekarang gila sebab takde pelajaran sebab tu ada kes minum arak, bunuh, rogol, buang anak, sebab nya diorang tak faham al-Quran. Sebab tu Allah tekankan supaya faham isi Al-Quran, so kalau tak faham neraka jahanam la tempatnya. Even kita tak buat semua maksiat tu, tapi sebab tak faham isi Al-Quran, kita akan masuk neraka jahanam. (Is it true??)

Dan ada lagi la.. Aku lupa sebab anak aku dah mengamuk nak tido. Tengok aku agak tak dengar apa dia sampaikan terus dia kuarkan satu ayat, "sapa yang betul-betul kusyuk mendengar apa yang disampaikan maka dapat syurga".. Apa ek lebih kurang laa syurga atau jauh dari neraka. Kuang asam tak?? Dah anak aku mengamuk nak tido cane aku nak tumpukan pada kelas??? Nak campak anak jauh2??? Gile!!

Kelas tu habis kol 11.30 yer kawan-kawan. Dengan hubby aku tak mandi lagi baru balik dari game tapi sebab takut tuan rumah tunggu kami makan, datang dulu la penuhi undangan. Dengan anak aku ngamuk nak tido, aku abaikan sebab takmo dianggap kuang ajo nak balik semasa kelas masih berjalan. Dengan aku tak iron baju lagi untuk keje esok. Dengan aku tak semayang isyak lagi sebab lepas ngaji semalam anak aku bising suh salin pampers (dia harus la kena cuci anu dia kan, dah batal wudhuk bercinta plak nak g toilet amik balik). Ahhh macam2 laa.. aku memang bengang sebab tak diberitahu dulu pasal kelas ni. Sebab aku tak sedia apa-apa tuk esok ari. Pagi tadi baru sebok iron baju laki bini, baru simpan barang2 tuk taska si tochek, sebabnya malam tadi si tochek mengamuk nak tido, dengan hubby sakit kepala nak kena picit pulak. Tak kuasa aku nak iron baju nak kemas apa2 tau. Ha ni dah bebel namanya yer.

Ok persoalan sebenar disini, aku cuma tertanya-tanya, kelas yang aku hadir semalam tu benarkah berlandaskan Islam?? Atau lama-kelamaan akan terpesong??? Aku tak mau tibe2 terpengaruh ajaran sesat! Yela, kalau ustaz, pun katanya tak betul.. betul sangat ke diorang tu?? yang menyampaikan semalam tu pun sebaye kitorang, muka je tua dan kami laki bini perasan.. muka dia cam biasa kami lihat.. tapi di mana ya???

Owh, dalam dilema, perlukan diteruskan kelas tu atau berhenti disitu saja???

8 comments:

eima said...

aku rasa tu ajaran sesat tuh ...
dulu kat putrajaya pun ade juga ajaran sesat kat kuarters p.15...
bahye nih baik ko report biar JAIS amik tindakan .... sebelum lebih ramai yg terpesong ko sama berdosa tahu tp tak de amik ape² tindakan...

antara yg buat aku kate nih ajaran sesat ialah ..sape yg mendengar khusyuk dijanji syurga utk nya... klu dgr dgn khusyuk tp tak solat buat maksiat... masuk syurga ke ...

lg 1 masuk neraka tak kuar² ..yg aku tau msk tp akan kuar bila semua dosa dah terhapus ..ade tanda kat dahi ...

LiErOSe~QiEmi said...

kan??? ntah la manje.. hubby dah decide malam tadi, tak payah join dah kelas.. ermnn repot??? aku pong takot manje.. nanti bincang dulu dengan jiran atas aku tu kot..

Fida Ghazi said...

Tak payah ikut. Hati sendiri pon dah ragu2..lagi mau tanya.

eima said...

nk takut wat pe ...
bkn ko disabitkan pun klu ko report ...
suruh diorg buat siasatan je ...

cam kat opis aku nih ...beria nk kuarkan CC gile kuasa tuh .. sblm tuh punya la berkobar² bila dah siap petition suruh sain semua pakat takut ... geram tul aku ... sorry off topic jap ...haha

LiErOSe~QiEmi said...

fida: kann... ermnn..

eima: mmg la tak disabitkan tapi jiran tetangga aku kang.. ish tamo la masam muka.. dia pun katanye tak paksa.. nak ikot, ikot, takmo sudah..

aku rase baek jauhkan diri je kalau dah rase len macam kan..

deelira said...

maida...jgn tertanya2 lagi. x yah pergi.banyak lagi kelas agama lain yg ko leh ikut.yg kita tahu sahih nya. dalam entry ko dah banyak persoalan..nak tanya lagi nak terus pergi ke x?

ehehhe..aku tahu ko sure x g nyer..saje membebel kat ko!

LiErOSe~QiEmi said...

deelira: ahahaahaha...saje nak pendapat kengkawan.. supaya menguatkan lagi keputusan kami. thanks zue & kengkawan len

Anonymous said...

Assalamualaikum...
berdasarkan apa yang saya baca kt ruangan artikel korang rase ni ajaran sesat ke tak erk??...disini saya igin memberitahu bahawa ajaran tersebut dikenali sebagai ajaran NII, Negara Islam Indonesia, Ajaran MLM atau Ajaran Pemuda Khafi yang mana JAIS pernah membuat serbuan terhadap group ajaran tersebut pada tahun 2009 dan Jbtn Agama N9 pada 2010...Oleh yang demikian sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah datang ke JAIS bahagian penyelidikan dan pembangunan untuk membuat aduan.