Jom klik

kENgkaWAn

Monday, August 23, 2010

Murtabak Maggi

Well sekarang tengah mood happy.. ngeh2.. jadiknya aku nak share resepi yang aku masak & licin dalam sekelip mata.. Sedap tau hihihih klu tak sedap, tak licin kan??? Kan???

Resepi asal aku tengok kat tibi.. ntah rancangan masak ape ntah tapi aku alter.. Huhuhuh..

Ok ni bahan2:

1 bungkus megi segera perisa kari (sukati la, maggi ke, mamee ke, ikot selera tekak)
3 biji telur (aku suka boh telor banyak2 hiihi)
Daging cincang ke hancur nama dia??? Sukatan sukati..ikot tekak
1 kiub ayam knorr/maggi sukati gak nk guna jenama apa
1 biji ubi kentang - potongkan dadu (klu kecik saiznya boh la 2)
1 biji lada besar (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
Sikit hirisan daun sup

Ok sekarang cara masak:

Aku goreng dulu daging & ubi kentang tu bagi dia masak skit. Owh masa ni aku goreng atas kuali bekas buat ayam masak merah, so rase dia sedap skit la. Pastu tambah perisa maggi+kiub ayam. Tak payah masuk air sebab daging cincang tu sendiri akan kuarkan air. Dah kering air, angkat.

Sementara tu celur mee maggi tu dengan air panas, bagi lembut tapi jangan sampai kembang. Then tos kan.

Pukul telor2 dalam bekas then masukkan daging+kentang yang dah goreng, hirisan daun sup bawang & lada dan last sekali mee maggi yang dah siap tos tadoi. Gaul sebati.

Pastu panaskan sikit minyak atas kuali leper non stick kalau ada.. sebab senang nak terbang2 kan bila nak terbalikkan. Ok tuang je hasil sebatian tu atas kuali tu. Amaran, murtabak ni besar nanti so perlukan kepakaran untuk membalik2kan ia.

Goreng sampai masak / garing . Aku suka klu garing.

Siap dah, sedap dimakan ketika masih hangat.. Owh hiaskan bahagian atas dengan sos cili+mayo+hirisan daun bawang, maka anda tentu lebih berselera..

Ngeh2.. gambo takde..klu aku buat lagi nanti aku tampal sini.. Daaa

2 comments:

.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. said...

sila buh gambar ok...tenkiu

LiErOSe~QiEmi said...

hahaha.. nanti kalau saya rajin, saya masak pastu tempek gambo okeh..ngaaaa