Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, October 14, 2010

Kisah yang tak sudah

...kisah anak aku... wewh.. dah dekat 2 bulan weh.. anak aku jap demam..pastu elok..2,3 hari ok tu datang pulak demam.. Ni hari selasa tu demam sampai la ni tak ok lagi.. On off.. Lepas makan ubat sehat la kejap..

Ni pun aku tak hantar dia ke taska.. ex-pengasuh dia nak jagakan.. bagus gak kan, at least boleh kuarantin dia kejap dari budak2 taska.. semalam & hari ni memang dia dengan ex-pengasuh la..

Ermnn ni pun tengah cakap dengan hubby x-pengasuh Qimie ni.. pasal dia nak jaga Qimie balik... Ermnn terpaksa berterus terang.. Hubby memang cakap nak terus hantar ke taska.. Dia nak bagi Qimie kawan.. yela kecian gak dengan dia, kat rumah tengok muka kitorang je, takde kawan.. Kalau kat rumah ex-pengasuh pun sama gak.. takde kawan..


Memang tak dinafikan la ex-pengasuh Qimie jaga Qimie dulu memang tip top.. Nak pulak dia memang sangat2 pembersih orangnya.. Qimie pun jadi berdisiplin skit..cuma dengan kitorang je dia bolayan..tetap ikot kepala dia Tapi memang leh nampak la dia tak nakal macam nak panjat meja ke, nak tarik barang2 atas almari sangat, tirai @ langsir rambu2 pun dia tak sentuh sangat.. tipu aa kalau tak main kan tapi dia dengar cakap kalau kite tak kasik main..

So dari segi tu bagus.. Qimie pun memang jarang sakit, kalau sakit dia sanggup kuarkan bajet dia sendiri tuk ubatkan Qimie.. senang cite diorang ibarat mak & pak angkat Qimie la..

Tapi, aku kena pk panjang.. aku rase Qimie boleh survive kat taska tu.. Aku tengok cikgu dia pun baek.. Qimie pun ok dengan dia.. Kawan2 dia pun takde la nampak pembuli.. Kalau aku datang time dia tak sedar elok je dia berkawan, main.. Dan kalau aku kuar bawak dia jalan, dia tengok budak2 main, dia macam nak berkawan, tapi masih belum ada kekuatan.. yela.. baru 4 bulan dok taska.. belum serasi sangat lagi..

Paling penting aku nak dia berdikari, pandai berkawan, tak takut orang cam dulu, masuk lif ramai orang skit dah melalak..sekarang dah ok... At least senang nanti, kalau aku nak hantar adik dia gi taska pun dia dah leh protect adik dia.. dan gak nanti kalau dah nak masuk sekolah, takde la nanges2 takot.. Ermn.. dunia sekarang budak2 makin pandai.. dia kena kejar semua tu..

Tapi, aku kena kumpul kekuatan.. masa bagitau hubby ex-pengasuh tadi pun muka dia dah laen.. Ni kan pulak masa nak bagitau ex-pengasuh tu sendiri.. Aku kena kuat.. mungkin diorang akan terasa hati.. tapi, demi kebaikan semua, hubby & aku rase ni la jalan terbaik buat masa ni..

Diorang kalau nak amik Qimie sekali sekala memang aku tak kisah..aku bukan kejam nak pisahkan diorang.. Aku tau diorang sayang sangat pada Qimie & dah anggap Qimie cam anak diorang sendiri.. So takpe, nak bawak dia berjalan seharian pun takpe, cuma untuk bawak dia bermalam, aku sedikit keberatan.. dia masih menyusu badan dengan aku.. tak tertanggung sakit susu membengkak.. tu fizikal, emosi aku yang tido tanpa anak disisi.. lagi laa gila.. cukup la sekali diorang amik qimie jauh dari aku..seksa batin aku.. rindu telatah dia tu..

Dan.. aku harap sangat ni yang terbaik tuk Qimie.. & please anakku... kuatkan la semangatmu sayang, lawan penyakit, kuatkan antibodi.. resah mama & papa bila kamu sakit anakku.. Mama & papa sentiasa doakan yang terbaik untuk mu sayang.

Ya Allah berikan kami berdua kekuatan, kesihatan yang baik tuk menjaga anak kami.. Ya Allah, sembuhkan la segala penyakit anak kami.. dia masih kecil untuk menerima sakit berpanjangan..Berikanlah dia kesihatan yang baik.. Ya Allah periharalah kami dari pandangan mata jahat manusia ataupun jin. Amin..

7 comments:

☆iz-AnN a.k.a cOmOt☆ said...

nengok muka qimie...teringat muka laki ko dik...hahaha....

moralnya...jangan makan budi orang banyak sangat...kelak nyesal dik...:d

LiErOSe~QiEmi said...

ermn.. tu la kak.. dah terjebak dah ni.. acane???

hahahah fotostat laki saye tu...

eima said...

betui ckp izan tuh .. jgn dik ... dik ke ... hehe

ko bg la qimie tu supplement cam multivita ke scotts emulsion ke ....

anak aku slalu lelah klu tak cukup rehat ... aku dah tau dah klu die pi umah pengasuh ramai kawan die tak hinggat dunia....

☆iz-AnN a.k.a cOmOt☆ said...

eima
weii tul la dik...aku kan kakak...
bunga ni adik...kan kan...lalala...

Fida Ghazi said...

mak tiri dah komen kat entry 'dilema'.. panjang lebar. itu pendapat mak tiri aje..

LiErOSe~QiEmi said...

eima: hahaha.. datu nak wat cane??? aku bagi gak scott yg oren tu...tapi sebab lupe bawak tak bagi pun masa balik kg raye tu.. mybe sbb tu dia senang dpt demam..

izan: hihihi yer kakak

LiErOSe~QiEmi said...

mak tiri dah komen??? baek, anak tiri gi bace yer