Jom klik

kENgkaWAn

Sunday, January 30, 2011

Merapu lagi

Salam Ahad sumer.. Eh, dah bangun blom ni? Ke masih lena diulit mimpi ni? Almaklum hujan tak stop2 ni kan..

Aku baru je on pc ni. Bosan ngadap tv.. Yela, astro dah pindah ke rumah baru, ni ngadap tv lama yang gambar ada jap takde.. dengar sore je.. Sakit mata woh. Nak gi rumah baru kemas2 pun takde ape nak kemas, blom pindah barang kan.

Esok hubby dah balik, sonok gile. Ada la tukang dengar aku membebel.. Ni nak bebel kat Qimie, bukan dia faham pun.. Tak sabar nak buat sesi luahan hati.. lama peram citer2 sepanjang minggu. Nak sembang tepon pun, masa terhad, yela kusus kan pagi sampai malam.

Owh, tak sangka pagi tadi hubby call, katanya dia deklamasikan gurindam masa malam mesra malam tadi. Hikhik.. bukan ape, dia tu pemalu, bila dia yang sampaikan ape2 kat pentas, aku rase bangga la sebab dia berjaya kikis sikit demi sikit perasaan malu dia. Owh, tahniah gak pada kumpulan dia sebab menang persembahan terbaik aka juara malam tadi.

Eh, melodi dah stat.. Bye..

No comments: