Jom klik

kENgkaWAn

Friday, January 14, 2011

Petua ke?

Hai semua.. eceh, bajet macam ramai je yang bace blog ni.. Tapi takpe, aku tau, ada kawan2 aku yang bace jugak kan walau aku merapu meraban je kat sini.. hikhik...

Sori la kengkawan, 3,4 hari ni memang takde masa untuk jalan2 kat blog korang.. Mana yang sempat aku tangkap je aku sempat komen.. Minggu depan bos pegi Sabah mungkin la tak bizi sangat, bleh aa nak up 1, 2 cite kan..

Just nak share pasal semalam je.. 1 pasal federal. Pelik sangat semalam tak jem even aku gerak dari ofis pun dah pukul 5.10 petang. Siap leh pecut sampai 100 km/j. Ermnn kat depan avon je skit perlahan, tapi bukan macam jem biasa. Syok la semalam..

Second things, pasal ubat untuk ubati batuk berpanjangan. Semalam tengah asyik aku rekod surat, Haji kat ofis ni hulur 1 artikel siap dengan gambar,cara ubati batuk. Korang pernah cube tak yang kukur limau, tu. Potong skit bahagian atas, then letak skit garam then tutup balik kendian kukus dalam masa 10 minit. Minum semua air & isi buah.

Aku buat 2 biji semalam. Makan 3 beranak. Hasilnye... ermnnn batuk ada kurang, tapi dia macam sekat kahak aku kat tekak ni. Berkumpul sampai buat aku rase tak selesa. Aku tanya hubby, dia pun cakap benda yang sama. Payah la cenggini.. Ubat aku memang dah licin dah aku balun. Malas nk gi klinik lagi, nanti tak pasal dia nak x-ray tekak aku.. Ishhh takmau laa..

Balik ni nak try cara Haji kat cafe tu pulak. Katanya rendam kulit kayu manis, then minum air tu.. Owh, campur madu katanya.. Ermnn try la balik ni.. Tak larat laa.. Cian kat anak pun 1 hal jugak..

Oklah, nak balik dah ni.. Daaa.. owh, hati semua yer di jalan raya & selamat berhujung minggu....

11 comments:

MRS. K said...

aku batuk gak dah bape bulan dah ni. tapi aku batuk sebab kahak banyak. cam budak2 pulak kan ade kahak. kekeke. ade lam tv tu iklan ubat kahak. tapi tak penah beli

Mama Zharfan said...

memang susah nak hilang batuk ni kalau dh kena..

anyway, tq sbb sudi drop by kat my blog yer :)

nurkass said...

wahh..petua nih..bagus nih..salin..salin..hehe..

p/s: bunga,join lucky draw tu tau..demi kass ngan qiemi..erkkk..ade kena mengena ker..hehe.. ade2..anak angkat tu..hahaha..

Fida Ghazi said...

federal mmg macam tu... tapi tak selalu.. dia suka main silap mata..

Nasriq said...

susah2 jea petua tu bunga... apa kata amik pam jamban tu, sedut hingus tu... lagi senang dan murah...

LiErOSe~QiEmi said...

mrs.k: ko batuk gak ker k... tu la aku pun tinggal kahk je ni, tak selesa gile rase tekak ni kan.. adoiii

LiErOSe~QiEmi said...

mama zharfan: tu la kan, dah tak tau ape cara ni nak ilangkan batuk kami anak beranak ni.. thanks juga sbb sudi jenguk blog bunga hihi

LiErOSe~QiEmi said...

nurkass: salin jgn tak salin hihihi..

lucky draw??? kena tgk ni.. hihi.. jap lagi bunga try erk!!

LiErOSe~QiEmi said...

fida: tu la kak... sebbaik naluri saya hari tu tepat hihihi.. so selamat rm3.20 hahahaahh

LiErOSe~QiEmi said...

nasriq: errr.. ape kata en. nasriq try dulu lepas tu klu ok baru saya plak try, ok tak??? hiihhiih

Eda said...

ni mesti batuk yg 100 hari tu...mmg lama la batuk tu..lps 100 hari baru baik...

amalkan minum air suam byk2..=)