Jom klik

kENgkaWAn

Monday, January 10, 2011

Rumah & fotostat

Hari Sabtu, kuar petang, lepas hubby balik kelas.. Terus pegi rumah. Kena la tengok, nanti kang orang mark lak cakap rumah aku tu kosong, pemilik dia dok jauh kononnye padahal sekangkang kera.

Cek situ, cek sini, ok, takde apa2 kecurian, syukur.. Nak balik tu jiran ai belah kiri tegur, ari tu belah kanan.. Dia cite dia buat grill wrough iron RM1500 je.. Wah, sangat murah ok!!! Sekarang besi pun dah RM1600. Owh, buat dengan kawan.. Baru je nak mintak nombor kontek tau..

Then dia mintak izin nak letak kete dia kat situ, yela katanya at least orang ingat ada orang kat rumah kami tu, kurang la risiko orang nak pecah rumah.. Kalau dia masuk pun ape laa dia dapat ntah uhuhhu.. Takpe la abang, takde la berpanas kete u kan..

Jiran kanan aku lak menegur, bila nak masuk, tanya dia. Aku yang tengah hangin dengan Qimie yang tak bleh dok diam pun jawab, tak sure lagi.. mungkin bulan 2.. Tunggu grill siap. Ape jadah tah, orang buat grill pun tak bercari lagi, dah angan2 nak pindah bulan 2. Dah tu siap sebok suh mak aku datang raye cina ni konon nak sambut raye cina bersama2.. Eh, tetiba sambut Cinienuye.. pehal, camla mak ko tu keturunan cina.. HAahhaah..

Anak aku si Qimie, ya Allah, menduga perasaan.. Belakang rumah dia lari sampai hujung taman, depan rumah lari sampai ke taman.. Cian kan, jakun anak aku tu.. yela biasa dok dalam sangkat flat tu je. Aku tak tau la nanti kitorang dah dok rumah dia lari sampai hujung mana.. Seronok sangat umpama itik lepas kandang.. eh itik dok dalam kandang ke reban?? Mak & ayah aku cakap "dok dalang gok" Hahahaah.. orang pantai timur je faham ayat tu.

Ok balik dari tengok2 rumah tu singgah kedai fotostat kat seksyen 18 Shah Alam.. Hantar nota hubby, nak 2 set. Budak tu tanya nak sekarang ke bila, aku cakap takpela, akak gi makan dulu nanti datang ambil. Ok, katanya.

Kami pun pegi la pekena KFC, lepas 45 minit datang balik, eh, belum buat, orang yang tukang fotostat tu pegi makan, dah siap dia call katanya.. Lepas 30 minit.. aik, lamanye, kami yang beli belah kat Giant pun dah siap, tak call gak lagi. Pergi balik kedai tu, aku tunggu dalam kete.

After 15 minit hubby tak kuar2 lagi dari kedai. Aku call, laa tak siap lagi, baru buat??? After 15 minit lagi aku call, tak siap lagi??? Aku tengok kedai tu orang dah kuar masuk, kuar masuk, gile apa kedai ni, takkan nak fotostat nota 50 mukasurat depan belakang 2 set amik masa sampai 30 minit. Aku dah mula bengang, ajak Qimie kuar, tengok hubby.

Korang tau, mamat dalam tu terkial2 nak pasang balik binding comb nota tu. Sampai patah2.. Ada 3 orang pekerja. Sorang pempuan ni ape pun tak tau, nak scan pun tak tau, nak fotostat pun tak tau, dia tau arah je & terima bayaran duit. Yang sorang ni gumuk skit, lelaki, fotostat kertas, satu2 ok.. Bukan letak terus atas tu buat sort ke ape ke tak.. Padan la lama gile fotostat nota hubby. Yang lagi sorang ni technicion aku rase, dengan tangan ada kesan warna hijaunye dok cube nak pasang binding comb tu.

Muka aku memang mencuka dah. Laki aku tunggu kat situ almost 45minit, tak siap2. Benda yang sama aku leh buat kat ofis aku dalam masa 10-15 minit je diorang buat sampai berjam2?? Kami hantar nota tu pukul 6.50petang, siap semua pukul 9.30malam. Bangang ke lembap ke tak reti wat keje???? Memang mulut aku dalam tu macam puaka ok, dok bebel2. Sampai kena marah dengan laki aku & aku kuar dari kedai tu lepak dalam kete balik. Aku memang tak leh tunggu, kalau aku jadi hubby memang blah je la dari kedai tu.

Ok, bayang ek, berjam2 tak siap. Pastu kena berdiri masa tunggu tu sampai 1 jam. Dah siap tu lintang pukang ok dia punye mukasurat. Dah siap bind tu baru dia nak kira berapa mukasurat.. Adalah sangat ***************** pekerja kedai tersebut.

Kalau tak reti, sila belajar. Jangan buat customer tunggu korang sampai rase nak letupkan kedai. Kalau dah siap hasil dia adalah tiptop adalah ok, ni satu keje aku kena buka balik nota tu & susun balik ikut muka surat dia. Korang memang nasib baik sebab hubby aku tu penyabar, kalau aku memang korang dah kena ok!!!!!

Kesimpulannye, kedai tu memang tidak akan 'dijejakikan' kaki oleh kami.. Banned terus!!

15 comments:

Nasriq said...

ok...pas ni boleh la bagi bunga fotostat ek?

eima said...

ceh nk potostat pun tak reti aku pun tatau la...klu aku kat tmpt kejadian mau aku yg ajar die secara maki hamun kot

eima said...

ceh nk potostat pun tak reti aku pun tatau la...klu aku kat tmpt kejadian mau aku yg ajar die secara maki hamun kot

Whoopz said...

Nape bengap sgt dak kedai tu.. Hubby ko memang penyabar orgnya..

LiErOSe~QiEmi said...

nasriq: eh u bos ai ke??? tunggu naik at least 54 ek, baru ada can nak mintak tulun hahaahah

LiErOSe~QiEmi said...

eima: aku dah kuarkan ayat, ape lama sgt ni?? pandai buat ke tak?? dah2 tak payah buat la, biar saye je buat kat rumah nanti.. pastu pot pet pot pet, sampai laki aku marah aku sebab banyak mulut sgt haahah

LiErOSe~QiEmi said...

whoopz: mmg hubby aku tu penyabar weh, sbb tu leh kekal dgn aku.. sabar je kena bebel hari2 hahahahah

Nasriq said...

cancel la cam ni...baru ingat nak beli something untuk bunga...

LiErOSe~QiEmi said...

olololoooo merajuk pulops!!! hahaahah

~aSHa~ said...

lor patut seme kakitangan tu boleh buat semua keje..takde la keje kira bayaran je...atau technicion je...kena belajar semua part kalo kedai2 biasa ni..

LiErOSe~QiEmi said...

kan kak asha.. pelik betul, padahal kedai tu mmg tumpuan budak2 U kat situ.. ermnn sabo jela nengok eh

Fida Ghazi said...

cuba ko bukak kedai potostet kat sebelah kedai tu bunga.. mesti untung!!!

LiErOSe~QiEmi said...

kak, mung agak2 kedai mane??? huhuhuh...

tamo la bukak.. nnt kate ai caras rejeki dia pulok hikhik

Eda said...

alahai...nama dah kedai fotostat tp xtau fotostat...baik tak payah...nak binding kan dh ada mesin yg letak comb tu..guna je la benda tu...x sampai 5 minit leh siap la...itu baru 50 m/s....kalau lebih mau amik masa sehari agaknye..huhu

LiErOSe~QiEmi said...

eda: tu la pasal.. ape ntah, nk keje tapi tak belajar dulu camne dia berfungsi.. dah tak pasal nyusahkan orang