Jom klik

kENgkaWAn

Saturday, January 22, 2011

Syukur urusan dipermudahkan

Alhamdulillah, aku rase doa aku semalam diperkenankan oleh Allah.. Semua urusan berjalan lancar. Kami baru gak la balik dari tengok orang pasang grill. Diorang janji datang kol 10 pagi, eh kol 8.50 pagi dah kol bagitau sampai.. Wah tak sangka ada kontraktor melayu yang bagus.. Ok 10 markah untuk kontraktor tu pun boleh nego harga dia so dalam bajet la.

Semalam gak aku dpat cari tukang wiring rumah yang boleh bagi harga berpatutan. Dan dia cakap nak buat esok, pukul 8.30 pagi dia janji sampai rumah aku. Melayu gak. Sebab kami nak pasang banyak lampu so dapat harga yang ok. Sekali deal je terus confirm tarikh. Kecian gak dengan kawan hubby sebab dia mintak sangat nak buat. Tapi tu la jap boleh masa tu, jap kang tak boleh.. Susah la kami nak bahagikan masa.

Aku ni marah orang kemain semalam kan.. tapi bila orang rayu2, kecian pulak, lembut balik ati... tapi, nak buat kol 10 malam, tah kol berapa siap tak tau.. Huii tak larat aaa nak tunggu. Tambahan dah comfirm dengan kontraktor lain.. So kami putuskan bukan rezeki kawan hubby.

NI pun baru sat aku kol lori angkat barang. Dia cas RM250 je weh lori+pekerja dari seksyen 24 tingkat 3, tangga pulak tu ke rumah aku kat seksyen 32 tu. Bagi aku ok sangat la.. Sebab ada tu aku tanya lori aje dah RM180, man power sorang cas RM80, ko darab dengan 4.. tak ke RM500 gak aku kena kuarkan tu.. Owhhh tidakkk!!!

Pepun aku harap semua urusan pindah rumah ni berjalan lancar. Walaupun agak kelam kabut sebab hubby takde next week 1 minggu sebab kursus. So semua urusan packing barang aku buat sorang2.. takpe, redhakan jela.. Oklah, nak tidurkan qimie then nak kemas barang2 skit2.

Sori la tak sempat sangat nak melawat blog kawan2.. Nak sangat tapi, sibuk dengan terjah blog peserta GA (tu pun tak habis terjah lagi), dengan kepala pusing sebab nak pindah rumah lagi.. Owh, sangat tak terlayan dengan serabut otak sendiri. Nanti dah settle semua baru laa boleh free skit layan blogging.

Ok selamat berhujung minggu ye kawan2.

6 comments:

d_tieah said...

Nak saya tolong ke?
Tapi tolong baca luahan akak kat sini je lah yg saya mampu..
Hehe..

...mommy jue... said...

babe, murah tak pasang grill? aku nak cari orang nie pasang grill kat tingkap2 apartment nie ha. anak dah besar nie kene la pasang.... nanti ko PM kat fb aku ek...

Yutaka Mushimura said...

thumb up kat kontraktor Melayu...sy suker meh...

Teka Teki Teka Tengkuk

Hantu Ulam said...

pindah rumah ni mmg penat bunga..huhu..skang aku da xmo pindah da selagi xder umah sendiri...

penat bdn seh.dlu ber2 skang da ade AI aku x tau la cmne nnt..huhu

nway selamat masuk umah baru? entry GA ko kat blog aku da terjah blom? hehe

eima said...

wah nk pindah ke ...wahhhh
makin jauh la ko nk pegi keja ...

nurkass said...

amboi..busy betul..
seronoknye pindah umah baru..