Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, February 16, 2011

Sambungan Ujrah, PTPTN

Ok, pasal Ujrah tadi kan.. Ada yang nak tau cite ni kan..

Camni, sebenarnye Ujrah ni bagus sangat pada sesape yang bayar ontime or ada tunggakan. Tapi bagi kes aku.. aku ada tunggakan.. Start bayar Disember 2004 tapi aku bayar 1 kali je, then bulan September 2005 baru start potong gaji.

Ingat tak masa bulan September ari tu kecoh sampai surat dari PTPTN suh bayar RM5k sebab tak bayar ikut perjanjian. Bangang betul rase sebab kita tertunggak pun bukan melebihi tempoh 10 tahun perjanjian pun.. Tapi sebab time tu ada la duit skit so malas nak gaduh dengan PTPTN, so terus kuar ASB, bayar tunggakan 8 bulan tu dalam RM800 lebih.

Tapi aku bayar tunggakan tu bulan November 2009, masalahnye, Ujrah ni dia buat kiraan pada baki pada Jun 2008. So, tunggakan yang aku bayar time 2009 tu takde la dikira bayar. Makanya itu yang bila dibuat Ujrah aku kena bayar lebih. Sebabnya aku dikira masih ada tunggakan.

Ok fine la, aku faham la sistem diorang kan. Aku call PTPTN tanya diorang akan buat pelarasan balik ker tak, katanya akan buat, so kira bayaran aku akan kurang ke, katanya tak tau lagi, tengok baki.. Sakit ati, dengar. Aku nak lebih clear, pergi la PTPTN kat KL Sentral tu.

Yang lagi sakit ati, staff kat situ nak layan tak nak layan je. Aku eksplain la, bulan2 aku biasa buat potongan gaji RM101.25, tapi bila terima Ujrah, kena potong RM103.91. Saya tau dia kira baki semasa pada Jun 2008, tapi saya ada bayar tunggakan tahun 2009. So akan ada pelarasan balik tak? Ada, tapi kena tunggu semua orang hantar borang dulu baru kira. Lorrr, apa kaitan borang aku dengan orang lain pulak. Aku nak tau agak2 bila kira nanti, bayaran akan kurang ke tak.

Dia boleh jawab,
Takde perjanjian lain, yang awak pegang tu la perjanjian.

So maknanya saya kena bayar amoun ni la tiap2 bulan dalam tempoh yang sama??

Ye.

Kalau macam tu rugi la saya kalau saya terima ujrah sebab saya kena bayar lebih dari amoun biasa.

Eh, tak rugi, baik awak terima Ujrah sebab kos pentadbiran akan dikurangkan.

Ye, tapi saya kena bayar lebih tapi tempoh dia sama, lain la dikurangkan.

Eh, tak, kalau baki pinjaman dah takde so tak payah bayar la dah.

Pulakkk.. Ko tengok, jap cakap ni, jap cakap tu. Aku pun naik pening tau dak. Stress aku fikir. Balik tadi terus chat dengan Bismi kenit mintak dia tolong kirakan kat aku. Sebbaik minah tu seorang yang cool, so dia lak yang kirakan pastu tolong callkan PTPTN untuk aku.

Dan.. jawapan yang orang HQ bagi sama macam yang aku call mula2 dulu..yang bahawasanya akan dibuat pelarasan baru & akan hantar dokumen lain untuk aku.

Tapi... soalnyeee.. betul ke weh??? Dah orang kaunter tu cakap lain, yang kol lak cakap lain. Kang tak pasal aku kena bayar lebih. Setau aku, aku patutnye bayar kurang sama cam Mrs. K, sebab dah takde tunggakan. Dalam RM90 lebih sebulan. Tapi ni tak aku bayar lebih lak.

Memang la RM2.66 je, tapi cube darabkan dengan 12 bulan then darabkan lak dengan 4 tahun. Tak ke RM127.68 aku bayar lebih kat diorang.. Weiiii aku berkira soal duit sekarang.. Sebab catuan dah bermula gara2 potongan rumah dah start tahun ni..

La ni aku tengah berkira-kira.. nak terima & tengok apa tindakan diorang seterusnya or kekal je dengan amount sekarang. Eermmnnn... tu la kesimpulannye yer kengkawan.. Sebab tunggakan bayar tahun 2009, Ujrah lak dikira baki pada tahun 2008, makanya aku dikira tidak membayar tunggakan. Tu yang buat masalah tu.

Kepada yang ada tunggakan, memang tak bayar pun tunggakan tu, boleh la terima Ujrah tu.. sangat berbaloi & kepada yang memang bayar on time takde tunggakan pun bagus.. Masalah aku ni tak tau diorang akan buat perjanjian baru ker tak.. Tu aje, sebab tempoh bayar tetap sama, tak berubah.. So Sepatutnya bayaran la akan dikurangkan.. tapi aku takut diorang tak kotakan je. Yela cakap2 mulut, bukan perjanjian bertulis.. Ermnn...

Ada sapa2 tak yang masalah sama dengan aku, meh sini share. Thanks!! Rengungkan2 dan selamat memilih...

11 comments:

eima said...

aku ade tunggakan gak tp aku tak mo terima ujrah tuh .. bleh ke ...hahah

LiErOSe~QiEmi said...

eima: tu la.. aku pun rase macam nak termakan je dgn pendirian ko.. dah la nak salinan ic mak ayah, bile aku nak balik kampung ntah nk amik.. faks kang tak clear plak adeiii

nurkass said...

uihhh..cam leceh jek benda nih..
sib baik I ngan mara..huhu..

LiErOSe~QiEmi said...

leceh kan kass, ape salahnye kalau dia buat je terus sume orang jadi 1%.. tak payah tgk baki dari tahun bila2.. ni buat sakit otak je jadi cenggini adeii

Eda said...

saya pon tengah konpius dgn sistem ni..ada yang cakap rugi ada yang cakap untung..nak pulak dapat email psl ujrah nih..nak tau lebih lanjut boleh tgk kat link bawah ni..tak


http://www.facebook.com/home.php#!/note.php?note_id=164852440227254&id=711677426

tak tau la leh caya ke tak..huhu

tiefazatie said...

ifa pun xtau la sis..ifa lum buat byr lg nie..tp cam ada org ckp rugi nie..sbb motif die nk suh org byr je..sbb wajib kn wat potongan gaji nie..erm..xtau la..

Yutaka Mushimura said...

adoi...tak perasan lak trik gini....seb bek tak tanda tangan lagik..baru online jer...

beautyinsilence said...

nsb baek rajin blogwalking..t'jumpa ler psl ujrah ni.aku smua da sttle tinggal nk minta duty stem lg.slps dgr smua ni...........kena pikir blk lerrr.huhu.

amiey lee said...

boleh tak nk ltak komen kat sini..alahai kra apa yg kta byr dri tahun 2008 tu tak kira la ye??? cmner plak tu

Anonymous said...

tak semestinya potong gaji..borang potong gaji tu dia sertakan je..pegi ptptn damansara height, die akan bagi pilihan samada nk potong gaji atau tak...

Alin's In D House said...

so last2 apa keputusan tuan blog buat ker ujrah tue?