Jom klik

kENgkaWAn

Monday, March 14, 2011

Bila dua2 demam

Bukan hubby, tapi aku dengan si tochek tu la yang demam... Elok je petang semalam sembang dengan akak sebelah, cite pasal demam.. Cakap Qimie dah lama tak demam lepas kena campak, alhamdulillah, klu tak, tiap2 bulan mesti demam..

Ehh.. tak sampai 2 jam aku cakap pasal tu, balik dari kenduri aqiqah jiran depan rumah, rase badan Qimie dah panas2. Dia pun dah merengek2.. Nak pisah susu badan dari dia pun rase tak sanggup, so bagi sampai dia lena. Tapi tak lena mana pun, kejap2 bangun, merengek, bagi susu diam.. Pastu ulang balik, sampai papa dia balik.

Papa balik terus cergas, seronok sangat tengok muka papa dia. Bagitau kat hubby, anak demam, terus dia suruh bersiap pergi klinik. Korang tengokkk beza dia sayang anak dengan omaknye.. Haipp!!!! Aku ni dah 3 hari batuk, dia wat tatau je.. Suh makan stok ubat yang ada dalam peti. Mana berani weh, aku kan tengah mengandung, takut bahayakan kandungan.

Tapi, anak suhu naik je skit terus ajak pergi.. Bagus tu bagus laaa.. tapi isk..isk.. Hahaahah.. dengan anak pun nak berkira. Jumpa doktor, dia cek aku, katanya aku pun demam jugak, suhu aku 37.5, si Qimie lak 38... sah aku jangkit dengan si Qimie ni. Padanlah aku rase badan aku cam tak larat je.

Lepas masak untuk makan malam semalam terus aku masuk tido, lalok la weh telan ubat batuk. Sedar2 time laki aku masuk nak tido. Teringat blom iron baju dia nak gi keje esok, gagahkan gak diri iron baju, suar dia. Sepasang je, tu pun main hayun je iron yang berat nanang tu.. Adeii..

Ingatkan malam tu berlalu dengan tido yang siyokkk.. Rupenye tak.. Sedar kol 3.30 pagi, rase suhu si Qimie.. weiii panas.. Aku rase dah lama suhu dia naik, tapi sebab aku pun demam so tak rase sangat badan dia panas, bila panas melebihi aku baru aku sedar.

Cepat2 amik ubat, air campur dengan asam jawa nak jaram badan dia. Eh dia sedar2 boleh plak nak main kejar2 tengah pagi2 bute tu.. Haihhhh!!!! Dah la sebelum tu buat aksi drama hindustan, bergolek2, siap naik atas papa dia nak elak makan ubat. Sabooo je la aku ni. Sebbaik time dia dah cam betul2 sedar, aku sua ubat antibiotik & selsema dia buka mulut elok je telan ubat.

Dekat sejam gak aku rase, aku dok jaram badan dia. Yela, suhu turun naik.. Jap kang dah rase sejuk, jap kang panas balik. Bila dah sejuk betul baru aku berani sambung tido aku. Pagi tadi masa anto ke pengasuh dia dah ok, tak panas dah. Aku hanto sms tanya pengasuh tadi pun dia cakap Qimie dah berpeluh. Syukur la..

Tapiii... aku ni plak yang dah rase lalok.. makan ubat batuk punye pasal la ni.. Adusss, nyesal tak amik mc yang doktor offer semalam.. Arrggghhhh!!! Nape mode baik on semalam??? Klu tak, dah seronok aku bersilang kaki depan tibi time2 camni.. Bos pun EL hari ni.. Haihhh!!!

11 comments:

axelida said...

anak demam mmg risao.. kalau org tua demam pandai2 seniri lar.. hehehehe.

semoga cepat baik demam emaknya!

Huda said...

semoga lekas sembuhnya :) amin

nurkass said...

haha..
sabar bunga..sabar..
bestnye kalau sesakit ni mc, terus membuta je lah..haha

p/s:dah dapat keronsang tu..tq tau..n3 pun dah publish ari tu..tgh melaram nih..hehe

LiErOSe~QiEmi said...

axelida: demam ok kot kak... batuk tu yang tak tahan sgt tu..sampai ke perut pedihnye huhu

LiErOSe~QiEmi said...

huda: aminnn.. thanks!!

LiErOSe~QiEmi said...

nurkass: da tengok dah entry tu baru pasan kass nye komen hihihi.. syukur dah selamat sampai hhihi tak la rase berhutang lagi ;)

Amy Syaquena said...

Get well soon dear..

LiErOSe~QiEmi said...

thanks amy

Nasriq said...

Aku pun demam gak ni...

zura_habib said...

smg cpt sembuh..habib pun demam...kejap panas kejap tak...

eima said...

aku pun lemau ...
cepat sembuh la ek ...huhu