Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, March 17, 2011

Kesinambungan...

Tak tau aku nak tulis tajuk ape.. Nanti abis cite baru fikir nak buh tajuk..

Ingat tak kelmarin aku cite pasal aku batuk teruk tu.. Ermnn hari Selasa tu selumber je aku mintak nak half day dengan bos aku.. Gile kooo tak menahan dah, batuk sampai terkincit2.. Acane aku nak semayang.. Sebbaik bos baik ati, bagi aku balik.

Sampai rumah terus telan ubat, kunci jam takut telepas Zohor, bukan nak semayang dulu sebelum tido.. Kalau Allah tarik nyawa aku time tu memang dose besooo la.. Sedar2 tu jam jam 3.30, eh sambung lagi tido. Kol 4 baru sedar betul. Kol 5 baru amik si Qimie.. tu pun lepas aku masak daging masak merah dengan nasi sket. Yelah, kang apaknye balik nak makan plaks!

Batuk aku still tak elok sampai ke malam. Korang bayangkan, masa rakaat kedua, boleh aku terbatuk sampai terkincit.. Ya Allah, batal air semayang.. Sebelum ni tak pernah pun alami batuk sampai terkincit2.. Macam dah tak leh nak tahan, dia kuar camtu je.. Terus stop semayang, tukar kain, seluar bagai. Seksa wehh!!! Tak tipu..

Esoknye, yakni semalam, aku decide tak mo gi keje. Pagi2 sms bos bagitau nak EL sebab nak sambung rehat kat rumah. Pastu aku bagitau la dia jadual untuk hari tu & keje2 yang dia suh aku buat, sume pakai sms je.. Dasatttt!!! Rumah takde tenet.. terpaksa aaa guna hp. Bos balas, ok saya maklum. Baguihhh!!

Pagi tu bermalas2an dulu kat depan tibi. Goreng nasi je dengan aku makan kuih kusu aku buat petang semalam sambil perang2 dengan Qimie sebab dia sama sebok nak kacau adunan. Eeee... budak yang makin lama makinn buat aku ilang tahap saboo..

Tengahari buta baru gi klinik, sebab ubat batuk dah habis. Tu pun usung sama dak tochek tu. Saje tak hantar dia gi rumah pengasuh, sunyi rumah tanpa dia. Kuar lambat pun sebab dia bangun tido kol 11 pagi.. Dasat kan anak teruna sorang tu.

Jumpa doktor explain itu ini, pastu dia cakap takleh nak tolong banyak sebab aku pregnant.. Ermnnn... takpe la doc, bagi saya mc semalam pun dah cukup baik.. Bukan ape, klinik tu memang kemut skit nak bagi MC ni.. Tapi sebab tu klinik panel RISDA, aku pegi jela.. Jimat duit.. Hikhik..

Hari ni.... datang keje tengok meja, penuh surat.. Ala.. nape la takde orang nak tolong rekod. Dah la ada mesyuarat penting petang ni.. Tak nak rekod pun, tolong2 la tengok masa surat yang penting tu, bagi bos aku tengok.. Ermn.. sebbaik bos aku ni kalau aku takde, dia takde nak suh PA orang len buat itu ini. Tapi, bos orang lain, pantang PA dia takde, cepat je mintak aku buat itu ini.. Bengang weh!!!! Tapi takpe.. sabarrrrrr..........

Kla, nak siapkan keja2 dulu.. Nanti baru buat BW... Tapi ni baru lepas makan ubat, ada gak aku terlena depan komputer ni kang.. Hahahah...

7 comments:

eima said...

kesian nye ko ...
bergegar anak dalam perut tu kan ...

tak de org ganti ko ke klu ko cuti ...

nurkass said...

siannya bunga..
try la makan ubat batuk cap kelapa laut..kass mkn ari tu alhamdulillah capat baik..tapi depend hormon org gak kot..
byk minum air suam bunga..

LiErOSe~QiEmi said...

eima:
tempat aku open.. patutnye ada pa tolong2.. sebab bos dia jumpa bos aku cakap kalau pa dia takde, aku kena tlg unit dia, klu aku takde pa dia kena tlg unit aku la.. tp dah dia tak tolong.. huuhuh..

kass:
tak berani nak makan sembarang ubat sebab bunga pregnant.. takut overdose bahaya pada baby.. tu yg doc takleh nak buat ape sgt tu..

insyaallah, air suam mmg tgh amal la ni.. tu yg asik2 nk gi toilet tu huhu

ejaMaria said...

try l apegi klinik lain... tp britau la sedang makan ubat apa sekarg... sbb kdg2 ubat kat klinik tu puntak tentu serasi ngan kita... sbb tu tak ok...

masa pregnant ni makan ubat bole... seelok nya yg herba bukan drug... tp pun atas advice doktor la... ;p

Hantu Ulam said...

hehehe batuk pembawakan budak aku rs..aku dlu memula preggy demam x hengat weiiii...nyaris kn admit..huhu

nway get well soon!

Amy Syaquena said...

alahai kesianya dia..cuba la makan madu gan limau kot2 mahu hilang...tapi yang penting banyakkan minum air suam k

zura_habib said...

smg cpt sembuh bunga