Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, April 21, 2011

Sesi emosi lagi seorang mak yang mengandung hahaahaha

Holaaa.. eh, assalamualaikum bagi yang Islam.. Eh, ada yang non muslim ke bace blog merapu aku ni?? Huhuhu...

Hari ni boleh bersiaran awal.. sebab bos tanggung takde, pergi bengkel kat Bukit Tinggi.. Wuhuuuu... seronokkkk, dua ronok dan beronok-ronokkk perasaan, walaupun agak lemau hari ni.

Hajat hati semalam nak puasa ari ni terus sampai Jumaat. Tapi badan terlalu penat untuk paksa otak aku bangun.. So bangun tak bangun tadi kol 6, siap2, terus gi keje kol 6.26 pagi. Mekap pun dalam kete.. Tapi, tetap sampai ofis kol 7.34pagi.. Lewat 4 minit dimaapkan kan??? Huhuhu..

Sebbaik takde bos tanggung, klu tak, kena serang lagi la aku jawabnye.. Ntah ceramah ape lak dia nak sampaikan kali ni.. Ngadu kat bos aku, dia gelak je.. tengok, bos aku sporting, faham masalah pekerja dia.. Takdenye nak tanya, u tak boleh ke nak stay-back. U kena balik lambat sepatutnye, sebab tanggung kerja. U mana boleh balik awal, gaji dah lebih. Takde ok, bila aku mintak kebenaran nak tukar waktu anjal kerja pun, dia takde masalah.. Janji kerja-kerja yang dia bagi selesai, tak bertangguh. Untuk keja tanggung pun, tak penah aku tak settle sebelum balik..

Ada sekali dulu, bos tanggung suh aku siapkan keja dia, jangan balik selagi tak siap, sebab, aku nak cuti esoknye.. Aku turut perintah, aku balik kol 6 lebih, dengan laki aku tunggu aku lagi. Amik anak pun dah kol 7lebih... Ada aku tolak arahan dia?? Takde ok.. . Dia kate dia pun faham keadaan aku yang ada tanggungjawab, nak amik anak, nak masak, nak elak jammed, tapi still aku tak faham pendirian dia. Lain sangat bos tanggung dengan bos aku sendiri yang lebih memahami. Ok aku akui, bos tanggung bukanla jahat mana pun, dia baik.. cuma dari segi keje.. dia terlalu workaholic kata bahasa inggeris ek.

Kalau flight balik dia dari mana2 leh jejak KLIA kol 2, dia akan balik ofis, even akan sampai ofis kol 4. Klu korang, balik ofis ke balik rumah terus?? Klu flight kol 10 pun still akan datang ofis dulu.. tak faham aku.. Sebab tu dia nak sumer orang jadi cam dia.. Ada sesetengah perkara yang dia cakap tu, aku akui ada benarnya, macam dia nasihat aku suh ajar anak2 supaya rajin, jangan malas, sebab dunia sekarang bukan macam dulu.. Ala camne nak cakap ek.. Semalam dia bukanlah marah aku pasal keje, tapi lebih kepada bagi nasihat tapi ada la terselit pasal kerja yang.. bagi aku aku tak setuju sangat dengan pendapat dia. Pendapat pasal lain tu, yup, ada yang aku setuju..

Contohnye macam ada engineer aku ni bagi pendapat. Dia tak boleh nak sama kan pekerja gomen macam swasta. Swasta bila kerja lebih, diorang akan dinaikkan pangkat. Gomen punye cara, ko keje la rajin macam mana pun, selagi belum sampai masa, ko takkan dinaikkan gred. Macam aku ni, aku bidang pentadbiran yang dah sah2 kenaikan adalah terhad. Senang cakap, klu nak tunggu aku naik pun rasenye umo 40 tahun baru leh naik kanan agaknya. Tapi, bukan la bermakna aku cakap gomen jangan keje rajin. Keje tetap keje, kena siapkan. Tapi jangan la sampai nak bagi aku keja time bukan masa kerja. Time working hour, ko bagi la banyak mana pun keja, aku akan siapkan, tapi jangan suh stay-back tanpa sebab. Buat apa habiskan a few hours selepas office hour kat ofis tanpa ada sebab???

Haa tu la bezanya lelaki yang jenis kekeluargaan & lelaki yang hanya tau, kerja, atau gila kerja. Owh, terbebel lak pagi ni, cian korang tadah je mata baca haahahahah... Bukan ape, aku stress sekarang kerja. Bila stress keja kat ofis, membawak sampai ke rumah. So bila aku stress, penat, keluarga aku pun kucar kacir. Memang la orang cakap jangan bawak hal pejabat ke rumah, tapi aku manusia, bukan robot yang boleh asingkan perasaan.

Minggu ni aje, aku asik marah-marah. Yang jadi mangsa tentulah Qimie. Dia nak bermanja pun aku rase dia merimaskan. Kecian anak aku yang tak faham ape tu. Macam malam tadi, nak perhatian sangat dari aku, kejutkan aku dari tido, aku tido awal sebab penat otak. Kol 11.30 malam kot, dia kejutkan aku nanges2 cakap nak mandi. Ko hangin tak???? Memang aku marah. Cian anak aku, aku kurung dia dalam bilik air, tapi aku intai la.. Tapi degil mamat ni sorang, dia tak hirau pun amarah aku.

Tak penah2 aku naik gila macam malam tadi, cian dia, aku tengking2, aku pukul2 pintu nak bagi dia takut.. sumpah rase bersalah.. Tapi yang bagusnya anak aku tu. Dia boleh senyum lagi nak amik hati aku, sebab sambil pakaikan baju dia aku bebel2.. tak kecian kat mama ke? mama penat tau, kat ofis nak kena layan kerenah bos, kat rumah nak kena layan peel qimie lagi.. boleh tak tolong faham keadaan mama? mama penat!!!!

Dia senyum weh, tu yang cair hati aku, terus slowdown. Aku cakap kat dia, jom tido buai, terus dia setuju. Mana nak dapat anak baik camtu??? Aku je tak reti hargai. Pagi ni, sebelum aku kuar keje, aku cium dia banyak kali, bisik kat telinga dia aku mintak maaf.. Sedih we, buat kat anak camtu semalam.. Cian dia yang tak faham ape2..

JPA, tolong la proses cepat surat pertukaran aku tu.. Susah sangat ker nak uruskan pertukaran suka sama suka ni??? Sebelum aku jadik stress tahap melampau dengan jalan yang jem, duit yang mengalir cam air untuk bayar tol dengan minyak. Dengan beban keje.. Adoiiiiiiiii... Aku sayan sangat ofis aku ni.. tapi, it's time to change.. Dah lama dah... 7 tahun kat sini weiii.. (intonasi Dr. Mahadhir yerr) haahahah.. bye!!

*dok taip dari kol 8.. tapi delay2 sebab sambil taip sambil bos panggil hikhik..*

7 comments:

eima said...

seb baik la ... kat opis aku klu ade PA bersalin ke hape ke ...
diorg tak suh pA lain tanggung kerja ...
suruh je budak kerani yg bantu boss tu buat keja ...

lg pun aku lantang+garang ...
budak kerani + CC pun tak brape nk brani ...hahhahah

...mommy jue... said...

simptom2 meroyan adalah normal untuk ibu mengandung. ko tahan lagi si qimie dah besar sikit, anak aku nie blm 2 tahun dah nak dapat adik.. maunya nak manja lebih2... aku jenuh dok mikir camn nak buat... nak pisah susu pun dia kecik lagi...

zura_habib said...

sabar byk2 ye bunga...hrp2 cptla pertukaran bunga tuh...

LiErOSe~QiEmi said...

eima: kat sini tak ramai pembantu tadbir manje.. so nak tak nak kena la tanggung. Lagi baik aku amik duit tanggung tu dari buat keja gila banyak tp tak dpt ape2.. sebab bos ni, klu pa dia cuti sekalipun, tetap la aku yg akan dia cari utk buat keje..

LiErOSe~QiEmi said...

jue: hihihii... btl gak kan.. anak ko lagi la kecik.. tak sampai ati kita ni kan rase nak bagi diorang ni adik.. tp dah rezeki, tak leh nk tolak

LiErOSe~QiEmi said...

zura: sob..sob... harap2... cepat laaaaaa tolong laaaaaa huwaaaa hihihi

hyazz said...

tak pasal2 si Qimie lak yg kena ek...sian dia... sabau jer la marjina oiiii...sok2 dapat la tu...hehehe