Jom klik

kENgkaWAn

Friday, August 19, 2011

Berita baik & tak baik bersatu

Hai korang... salam Jumaat..

Aku ucap time kasih pada sumer kawan2 yang bagi aku support, nasihat dan doakan aku..

Dan kali ni masih lagi aku nak bicarakan pasal kandungan kedua aku ni..

Aku baru balik dari check up, kul 10.40 baru masuk ofis.. Ikut hati memang nak EL je, tapi memandangkan Y.A nak nota keterangan untuk bicara kes next week aku kuatkan gak semangat pergi keje.

Semalam aku buat BSP.. then result untuk lepas berbuka normal, tapi sejam sebelum buka terlalu rendah, 2,9.. sampaikan doktor swasta tu risaukan aku, takut aku pengsan sebab gula terlalu rendah. Oleh kerna dah diberitahu gula rendah aku pun bantai makan sedap2 masa berbuka.. amik ko, lepas 2 jam berbuka cek darah pulak ermnn still tak normal.. 8.4.. gile nyesal makan tak hengat. Hubby dah pesan awal2 jangan makan, tapi selera orang mengandung.. eh, salahkan mengandung pulak kan..

So pagi tadi hantar result, sekali jumpa doktor dia cakap dia nak scan terus aku, tak tunggu 9 September dah untuk scan.. Mula2 dia bagitau berita yang buat aku senyum, mungkin baby girl sebab leper je katanya, takde bebird.. aku tak kisah, janji baby sihat. Tapi, sekali dia cakap... baby besar.. aku pun tengok graf yang dia lakar.. aku baru 33 minggu tapi tumbesaran bayi dah macam 36 minggu.. means macam dah 9 bulan mengandung.

So alkisahnya, kenalah aku dihantar ke Pakar Klang lepas ni.. Otak aku dah serabut tahap ape dah masa tu. Then dia review BSP aku, ermmm katanya kena buat BSP kedua pulak.. Next week, kali ni dia tak bagi puasa, so kena amik darah 4 kali sehari.. Tak habis kat situ, katanya kena amik darah lagi hari ni untuk test kencing manis, last time tu amik untuk buah pinggang.

Ya Allah, dugaannya. Aku terus ke makmal lepas buat temujanji seterusnya dengan nurse kat situ. Nurse tukang amik darah ni plak, baru kat situ, so dia tak tau mana letak jarum bagai. So untuk amik darah aku, dia guna jarum yang besar. Ya Allah, menyucuk2 sakit dia aku rasa. Tangan kiri aku ni katanya saluran darah dah bengkak sebab kerap sangat amik darah.. tau takpe.. dah tu nape ko amik darah tp tak jumpa salur sampai tusukkan jarum tu masuk dalam2.. tarik, tolak picagari, tetiba darah kuar ikut lain, tak masuk syringe.

Aku yang dah rase tak kesah amik darah ni sampai teradu adu sebab sakit mencucuk bila dia tolak jarum tu masuk dalam2. Tak lepas amik darah belah kiri, dia tukar ke belah kanan pulak. Kali ni syukur, darah kuar, tapi katanya darah aku nampak cair.. aku pun nampak macam dia cair. Ape pulak musibah kalau darah aku cair tu pun aku tak pasti dah, tak lalu nak fikir dah.

Lepas amik time slip aku terus masuk kete, call hubby. Menangis teresak2 mengadu nasib. Tangan aku rase kejang, astu bengkak skit, kesan amik darah tu. Mungkin sebab dia guna jarum besar, aku pun tak pasti. aku call mak aku pun sama mengadu domba. Pastu sampai terkeluar la dari mulut aku.. ni last, aku serik, aku tak nak mengandung lagi. Cukup la dua..

Aku tak tau kenapa aku boleh sampai terfikir macam tu.. Mungkin sebab aku rasa dugaan kali ni maha hebat, tak tertanggung aku nak tanggung. Dulu masa Qimie, hubby teman, jarang la dia tak teman, even keje swasta masih boleh curi masa temankan aku, tapi bila dah keje gomen, susah pulak dia nak mintak pelepasan.. So sume tekanan perasaan aku rase macam aku tanggung sorang2, takde sape disisi bila aku perlukan orang untuk luahkan.

Menangis semau2nye tadi sampai kan mak dengan hubby suruh aku ingat Allah. Diorang salah faham dengan kenyataan aku kot, aku bukan tak nak anak yang aku kandung sekarang ni, gila tak nak, sayang weh, dah 8 bulan aku bawak dia ke hulu ke hilir.. Tapi maksud aku, untuk tambah lagi.. mungkin akan amik masa.. aku rase aku dah tahap trauma sekarang..

Dalam masa 1 bulan semua sekali terjah, mula2 kencing kotor, pastu syak buah pinggang problem, pastu kencing manis, pastu terbaru, baby pulak besar. Ya Allah, tak tertanggung kot aku.. Bila jadi macam ni, aku jadi macam faham pada mana2 ibu yang trauma nak mengandung lagi.. Dugaan pada insan lemah macam aku ni... memang boleh buat aku lupe yang sepatutnya aku rase bertuah, sebab Allah sayangkan aku, dia bagi aku nikmat menjadi ibu.. tapi aku pulak macam nak kufur nikmat, tak nak mengandung lagi..

Mungkin la aku akan mengandung lagi.. tapi jarak tu mungkin akan jauh.. Aku trauma.. Sumpah aku tak tertanggung dugaan ni. Mungkin bagi sesetengah orang benda ni kecik kalau nak dibandingkan dengan dugaan yang Allah turunkan pada orang lain, tapi.. bagi insan sekerdil aku ni.. dugaan ni dah cukup buat aku trauma.. Cuma ape yang aku harap sekarang, aku selamat melahirkan adik kepada anak lelaki aku.. Anak kedua buat suami aku yang tercinta, cucu buat mak, ayah & mertua, anak buah buat adik beradik dan ipar duai serta sepupu baru untuk anak2 sedara aku..

Moga dugaan yang aku dapat sekarang lebih mematangkan aku untuk lebih bersyukur dengan kurniaan dan kasih sayang - Nya pada aku. Amin..

Sorry korang.. asik buat luahan perasaan je.. Blog je tempat yang aku rase paling sesuai untuk aku luahkan segala yang terpendam.. Ok, nak gi beli air, dah dahaga..

8 comments:

Eda Latiff said...

ala..bunga, sedih pulak bc entry ni..sabar eh...banyakkan doa moga DIA kurangkan tekanan tu..

LiErOSe~QiEmi said...

ala eda, jgn la sedih.. bunga pun tengah belajar terima dugaan2 DIA ni.. ermnn.. harap baby tak over dua macam abang dia.. sbb klu kencing manis, tak boleh operate.. luka susah nak baik kan...

♥cikmOt♥ said...

bunga...kuatkan semangat ok...

deelira@deeliraz said...

bawak banyak2 sabar ek bunga. dari jauh aku mendoakan semoga ko terus tabah sehingga selamat bersalin. dugaan macam ni, buat kita semakin dekat dgnNya..itu plg penting.

eima said...

alahai kesian nye ko ...
mcm2 kes...
klu baby besar tak leh bersalin normal kena czer ...tp cam ne nk czer klu ko suspect ade diabetis...

kesiannye...sabo ye ...
tp jgn ckp cam tu bab trauma tk nk ngandung dlm masa terdekat tu ..takut Allah perkenankan doa ko ... nikmat tu terus tak de ...

take care dear

Tukang Karut said...

apa pun yang penting baby selamat dan sihat...

~aSHa~ said...

dugaan masa mengandung, insyaAllah bila baby dh lahir mudah jaga dia...mana kita tau kan...kita dipermudahkan untuk urusan akan dtg setelah kita hadapi ujian semasa mengandung...akak aritu pun kena gak kencing manis...tapi rupanya tersilap minum air manis sblm pg check up....mmg cari nahas tuk diri sendiri la....jadi kandungan gula tinggi...lepas tu normal je....

Nur Hawa Mohd Zin said...

insyaAllah semuanya akak sihat dan berjalan lancar kak..akak dapat pahala dengan sume dugaan ni...awe doakan semuanya selamat ye kak :)