Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, April 28, 2011

Selamat pagi Komis

Selamat pagi semua.. Wah awal aku bersiaran hari ni..

Korang dah makan??? Aku tengah menjamu selera dengan ape ek nama makanan ni.. errr...yang ketupat nasi dengan kuah lemak kuning tu.. ape nama makanan tu ek??? HAhahaah.. lodeh ek?? Ker ape erk??? 4 ketul beso2 lak tu.. kekenyangan dah rase ni..

Sebenarnya tengah pening ni.. apsal erk, aku tak leh follow blog orang.. Banyak kali dah cuba. Sebelum ni ingatkan sebab aku guna akaun yahoo, so dia tak kasik dah.. so guna la akaun gmail.. eh, sama je.. Still dia suh aku log in banyak kali.. Biasa dia terus papar nak follow kan.. Ermnn heran la..

Ada tak sesapa leh bagi tutorial hihhihi... Ambe meme tak tau.. Penting ni, sebab nak follow balik blog yang follow aku... Tak best lak bila orang follow kita tak balas balik..

Klu ada sesapa tau, bagitau erk.. Tq.. Ok, nak sambung makan hihih..

Wednesday, April 27, 2011

Tak sabarnyeeee....

Tak sabarnyee rase nak jejak kaki ke kampung halaman.. Patutnye ikot perkiraan, esok or lusa dah gerak balik kampung.. Tapi tetibe dapat tau belah mertua nak buat kenduri arwah abah.. Hubby dah serba salah, antara nak kotakan janji dia pada aku dengan komitmen dia pada keluarga.

Mula2 tarik muka la jugak, bila hubby cakap dia hantar aku Khamis pas balik keje ke Kuantan, then Jumaat terus ke Perak untuk kenduri, Sabtu lepas kenduri balik Pahang.. Gile aku nak bagi hubby balik sensorang. Risau wehh.. sayang laki la katakan.. Lagipun apa kata orang kampung aku & orang kampung dia.. Balik sendiri2.. Gaduh per.. hhihih..

Maka, sebagai isteri yang sangat memahami, aku legakan hati dia, bagitau takpe.. balik kampung dia dulu Jumaat ni, pastu Sabtu tu, lepas Asar baru balik kampung aku.. Baru nampak senyuman kat muka dia. Tapi aku siap buat perjanjian, cuti hari Jumaat yang kami apply sama-sama ke bawak ke hari Rabu. Dia ok je, asalkan balik untuk kenduri arwah abah.

Eh, bukan aku tak nak datang kenduri.. korang jangan salah faham.. tapi dapat tau pasal ni last minute, aku dah janji dengan family aku, Jumaat confirm aku sampai, kakak aku dah siap2 plan nak datang rumah mak buat itu, ini, then plan dengan kawan2 lama kat kampung nak jumpa balik.. Banyak la agenda, dengan aku teringin nak makan nasi dagang cikgu yang jual hari Jumaat kat pasar malam kampung aku.. Terliur bila teringat.. Plan nak balik kampung hubby minggu cuti Wesak tu.. Ermn... Tak kisah la cepat ke lambat, janji balik hihihi...

Gile exited kot aku.. last balik kampung raya pose tahun lepas.. Korang bayangkan la perasaan aku.. Rindu weh.. rindu kat mak, ayah, masakan mak aku, bau kampung, anak2 sedara, akak, abang.. Sumer la.. Rindu... Tapi dah berkeluarga sendiri ni, kena la ikot masa hubby kan.. Takpe, tu namanya pengorbanan dalam perkahwinan.. huhuhu...

Ermnn.. balik ni nak cari gak nasi dagang cikgu tu.. tadi tepon kak ngah aku, katanya pasar malam kat Beserah pun ada kengkadang.. Hope so... Tingin sangat, nasi dagang dia sedap.. dari kecik aku makan woh.. Pastu tadi baca blog Eda, dia cite pasal sata.. Alahaiiiii meleleh air liur tengok... harus dapatkan jugek dikampung ku.. Oh kampungku syurga makanan.. hihihi.. sokaaaaaa..

Isk..iskk... tak sabonyeeee nak balikkkkk.. Makkk nanti masak gulai ayam kampung, pastu sup or singgang daging pastu masak nasi minyak ek.. Pastu masak sup ayam.. Pastu masak singgang sotong, pastu masak gulai ketam.. Arrgghhh tak leh taip dah.. dok telan2 air liur dah ni.. Hukhuk...

Testing guna gmail akaun...

Testing..testing.. tadi mintak tolong kak fida tambahkan akaun gmail untuk blog aku. Nak buat sendiri malas dan tak berapa nak sempat nak godek2.. tapi lebih tepat malas la sebenarnya..

So, ada kakak yang sangat maju katanya dan rajin menggodek item2 dalam blog ni, maka disitu la aku mintak pertolongan pasal blog hahahaah...

Ok, sekarang nak try post entry ni, menjadik tak.. Hikhik... punye la takot blog kena tutup sebab guna akaun yahoo.. ahahahaah...

Kalau ok, kak fida mintak mekdonel.. acane???? Tadop pitih ni.. kuih 2 ketul je bleh tak kak??? hikhik...

Friday, April 22, 2011

Sesi menggedik!! Bio kalah gelaran, tp menang hadiah hahahaha

Semalam tengok kat komen, kak izan cakap, lama aku tak tepek gambar aku kat blog. Hahahaha... teman sedo diri kak.. pewot dah memboyot ke depan sebab tu kurang letak gambo.. Hikhik..

Tapi untuk mengubati kerinduan sapa2 yang tingin tengok muka tembam aku sekarang.. Nah.. tengok aaa.. Ni gambar terbaru la.. masa main bowling dengan IKRAM last 2 weeks.
Gambar penyokong setia.. Bola strike ke, masuk longkang ke.. Dia laa paling happy, mesti dok jerit "YEYYYYY!!!" pastu give me 5 dengan aku.. Comey pompom boy ku ini kan.. Hihihi.. puji anak sendiri tak salah kan.. hahaha
Tengok, anak kak fida pun tau malu tengok acik2 lawo nak bergedik depan kamera hahaahah...
Hey!! Ingat ripkah ni patung ker nak tarik-tarik???? Ujar anak kak fida hahahaahahah...
Tengok, tak padan dengan mak buyong, tengok cameraman je suh amik gambo.. Hhahaha...
Ni la hamper yang aku menang tu.. Muka gile tehawu wohh!!! Time kaceh abang Dato', ehhh terus berabang pada Dato', padahal pangkat ayah dah tu.. haahahahah... Matik aku klu Dato' baca hahahaah...
Haa.. ni bos IKRAM.. eh IRDC.. Baju punye beso nak cover pewot hahahahahaha....

Penutup haruslah dengan acara bergambar beramai2.. baru meriah uolllzzz!!! Lupe nak capture stroller si Kimi, penuh hadiah je.. Bukan wat letak anak.. Hik hik..

Tapi.. nanti dah pindah, mesti dah tak merasa acara-acara macam ni.. Mesti aku akan rindu cawangan aku ni sampai hari aku tua.. Huhuhu... Eh, kenapa acara gembira penutup sedih??? Hahahaha... ok bye, tu je..

Thursday, April 21, 2011

IOI.. bukan mall tapi sejenis makanan terlazat di donia

Perut tengah memuncit dengan jayanye.. Tangan pun masih berbau...

Bukan bau busuk ape2 la.. tapi.. Nyum..nyummm.. bau doyan.. Hikhik..

SYORGAAAA tau tengahari tadi kat tangga ofis. Kami mamam doyan Johor.. Gile sedap ahh!!! Terbaik woook!!!

Ni nak tunggu doyan Bentong lak.. Time kasih Tukang Karut, Fidaghazi dan sume kawan2 wing sana sebab tak jemu2 ajak mama buyong ni makan sama. Nanti klu ada lagi, jangan dilupakan awokkk yerrr.. klu dok, awokk bakooooo je mengkeme sumer muahaahahahah...

Sesi emosi lagi seorang mak yang mengandung hahaahaha

Holaaa.. eh, assalamualaikum bagi yang Islam.. Eh, ada yang non muslim ke bace blog merapu aku ni?? Huhuhu...

Hari ni boleh bersiaran awal.. sebab bos tanggung takde, pergi bengkel kat Bukit Tinggi.. Wuhuuuu... seronokkkk, dua ronok dan beronok-ronokkk perasaan, walaupun agak lemau hari ni.

Hajat hati semalam nak puasa ari ni terus sampai Jumaat. Tapi badan terlalu penat untuk paksa otak aku bangun.. So bangun tak bangun tadi kol 6, siap2, terus gi keje kol 6.26 pagi. Mekap pun dalam kete.. Tapi, tetap sampai ofis kol 7.34pagi.. Lewat 4 minit dimaapkan kan??? Huhuhu..

Sebbaik takde bos tanggung, klu tak, kena serang lagi la aku jawabnye.. Ntah ceramah ape lak dia nak sampaikan kali ni.. Ngadu kat bos aku, dia gelak je.. tengok, bos aku sporting, faham masalah pekerja dia.. Takdenye nak tanya, u tak boleh ke nak stay-back. U kena balik lambat sepatutnye, sebab tanggung kerja. U mana boleh balik awal, gaji dah lebih. Takde ok, bila aku mintak kebenaran nak tukar waktu anjal kerja pun, dia takde masalah.. Janji kerja-kerja yang dia bagi selesai, tak bertangguh. Untuk keja tanggung pun, tak penah aku tak settle sebelum balik..

Ada sekali dulu, bos tanggung suh aku siapkan keja dia, jangan balik selagi tak siap, sebab, aku nak cuti esoknye.. Aku turut perintah, aku balik kol 6 lebih, dengan laki aku tunggu aku lagi. Amik anak pun dah kol 7lebih... Ada aku tolak arahan dia?? Takde ok.. . Dia kate dia pun faham keadaan aku yang ada tanggungjawab, nak amik anak, nak masak, nak elak jammed, tapi still aku tak faham pendirian dia. Lain sangat bos tanggung dengan bos aku sendiri yang lebih memahami. Ok aku akui, bos tanggung bukanla jahat mana pun, dia baik.. cuma dari segi keje.. dia terlalu workaholic kata bahasa inggeris ek.

Kalau flight balik dia dari mana2 leh jejak KLIA kol 2, dia akan balik ofis, even akan sampai ofis kol 4. Klu korang, balik ofis ke balik rumah terus?? Klu flight kol 10 pun still akan datang ofis dulu.. tak faham aku.. Sebab tu dia nak sumer orang jadi cam dia.. Ada sesetengah perkara yang dia cakap tu, aku akui ada benarnya, macam dia nasihat aku suh ajar anak2 supaya rajin, jangan malas, sebab dunia sekarang bukan macam dulu.. Ala camne nak cakap ek.. Semalam dia bukanlah marah aku pasal keje, tapi lebih kepada bagi nasihat tapi ada la terselit pasal kerja yang.. bagi aku aku tak setuju sangat dengan pendapat dia. Pendapat pasal lain tu, yup, ada yang aku setuju..

Contohnye macam ada engineer aku ni bagi pendapat. Dia tak boleh nak sama kan pekerja gomen macam swasta. Swasta bila kerja lebih, diorang akan dinaikkan pangkat. Gomen punye cara, ko keje la rajin macam mana pun, selagi belum sampai masa, ko takkan dinaikkan gred. Macam aku ni, aku bidang pentadbiran yang dah sah2 kenaikan adalah terhad. Senang cakap, klu nak tunggu aku naik pun rasenye umo 40 tahun baru leh naik kanan agaknya. Tapi, bukan la bermakna aku cakap gomen jangan keje rajin. Keje tetap keje, kena siapkan. Tapi jangan la sampai nak bagi aku keja time bukan masa kerja. Time working hour, ko bagi la banyak mana pun keja, aku akan siapkan, tapi jangan suh stay-back tanpa sebab. Buat apa habiskan a few hours selepas office hour kat ofis tanpa ada sebab???

Haa tu la bezanya lelaki yang jenis kekeluargaan & lelaki yang hanya tau, kerja, atau gila kerja. Owh, terbebel lak pagi ni, cian korang tadah je mata baca haahahahah... Bukan ape, aku stress sekarang kerja. Bila stress keja kat ofis, membawak sampai ke rumah. So bila aku stress, penat, keluarga aku pun kucar kacir. Memang la orang cakap jangan bawak hal pejabat ke rumah, tapi aku manusia, bukan robot yang boleh asingkan perasaan.

Minggu ni aje, aku asik marah-marah. Yang jadi mangsa tentulah Qimie. Dia nak bermanja pun aku rase dia merimaskan. Kecian anak aku yang tak faham ape tu. Macam malam tadi, nak perhatian sangat dari aku, kejutkan aku dari tido, aku tido awal sebab penat otak. Kol 11.30 malam kot, dia kejutkan aku nanges2 cakap nak mandi. Ko hangin tak???? Memang aku marah. Cian anak aku, aku kurung dia dalam bilik air, tapi aku intai la.. Tapi degil mamat ni sorang, dia tak hirau pun amarah aku.

Tak penah2 aku naik gila macam malam tadi, cian dia, aku tengking2, aku pukul2 pintu nak bagi dia takut.. sumpah rase bersalah.. Tapi yang bagusnya anak aku tu. Dia boleh senyum lagi nak amik hati aku, sebab sambil pakaikan baju dia aku bebel2.. tak kecian kat mama ke? mama penat tau, kat ofis nak kena layan kerenah bos, kat rumah nak kena layan peel qimie lagi.. boleh tak tolong faham keadaan mama? mama penat!!!!

Dia senyum weh, tu yang cair hati aku, terus slowdown. Aku cakap kat dia, jom tido buai, terus dia setuju. Mana nak dapat anak baik camtu??? Aku je tak reti hargai. Pagi ni, sebelum aku kuar keje, aku cium dia banyak kali, bisik kat telinga dia aku mintak maaf.. Sedih we, buat kat anak camtu semalam.. Cian dia yang tak faham ape2..

JPA, tolong la proses cepat surat pertukaran aku tu.. Susah sangat ker nak uruskan pertukaran suka sama suka ni??? Sebelum aku jadik stress tahap melampau dengan jalan yang jem, duit yang mengalir cam air untuk bayar tol dengan minyak. Dengan beban keje.. Adoiiiiiiiii... Aku sayan sangat ofis aku ni.. tapi, it's time to change.. Dah lama dah... 7 tahun kat sini weiii.. (intonasi Dr. Mahadhir yerr) haahahah.. bye!!

*dok taip dari kol 8.. tapi delay2 sebab sambil taip sambil bos panggil hikhik..*

Wednesday, April 20, 2011

Down...

Arini... tengahari tadi... kena brainwash... Ada betul & ada yang aku tak setuju.. tapi sebagai pegawai bawahan.. angguk-angguk, senyum-senyum jela..

Mood terus rase down.. wat keje pun malas.. Ada yang kata, dia sayang bunga la tu.. sebab tu nak bunga berubah.. Ada yang cakap, tak payah layan... dia ingat sume orang perangai cam dia kot.. Ada yang cakap.. cepat2 la tukar...

Huhu.. ape pun pendapat.. Aku senyum.. Tak tau nak cakap.. pagi yang agak ceria, rase mendung..

Ermnn.. sebbaik hubby bagi green light, tambah cuti lagi untuk balik kampung aku.. Love u deep2 la hubby.. Perlu balik kampung, tenangkan fikiran yang serabut sambil manja2 dengan mok, ayoh.. angoh & anok2 sedaghe...

Ok, sekarang nak fikir menu untuk berbuka petang ni... Tapi takde mood rase nak masak ni.. Acane????? Sob..sob.. nanges dalam ati jela...

Tuesday, April 19, 2011

Zon luahan perasaan bengang

Semalam... dengan semangat berkobar2... aku punch kol 4.34 petang, nak balik cepat.. Nak elak jem.. Jalan ke kete selaju mungkin sebab nak lalu federal, klu sampai kat federal sebelum kol 4.50 petang, aku leh elak jem dan dah jimat tol sebab tak lalu NPE.

Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...... Ngokkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Kete aku kena block!!! Yang bijaknyeee orang tu tak tinggal no tepon. Ari tu aku dah kena sekali.. Kete honda, kete orang kaye, tp otak takde.. Main block je.. Sebab kena block yang 1st tu, aku sampai rumah dekat kol 7..

Yang ni.... arrrgghhhhh!!!! Aku macam tau je kete sape.. Tapi biasa dia park jauh skit, means ada jarak yang membolehkan kete yang dia block kuar.. Ni takkkkkkkk!!! Aku mintak tolong pok gad pun pok gad cakap.. tak leh nak tolong, memang tak boleh kuar.. Aku tak caye... aku try..tryy dan tryyyyyyyyyy!! Arrrgghhhh!!!! Memang tak blehhh!!!

Berpeluh ketiak aku tunggu pemilik kete tu sampai.. Aku bajet, klu dapat kuar memang aku nak tinggal nota je kat orang tu
"TERIMA KASIH SEBAB BLOCK KETE SAYA.. LAIN KALI BUAT LAGI YER.. KLU SAYA OR ANYONE ADA EMERGENCY.. ORANG TU NAK MATI, MATI DULU TAU!!!!!! SILA TINGGAL CONTACT NUMB KLU BLOCK KETE ORANG LEN KALI, ADE PAHAM????"

Eh, baik la tu bahasa aku... aku tak maki pun dia kan.. Hahaahhah.. gelak?? Takkk!!! Aku tak gelak punnn.. aku nanges semalam sebab geram sangat. Nak marah sape pun tak leh..

Last2, kol 5.10 camtu aku nampak mamat ni jalan.. Rileks je... tanpa ada muka bersalah. Buang kertas yang orang dok letak kat tingkap dia. Pastu dia tengok aku gerak ke kete aku dengan muka masam

"Nak keluar ker?" Dia leh tanya soalan tu??????????????????????????? kepalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ...... dia!!!!!

Haaaaaa kan aku dah maki.. tapi dalam hati.. Aku kalau dah marah sangat, memang sampai tak leh nak maki.. aku jeling dia, buka pintu kete, hempas kuat2 (cian pintu kete aku jadi mangsa). Start enjin. Pastu aku tengok dia masuk kete dia gak, terus start, terus gerak.. Ko tau rase bersalah tak??? Ko tau tak?????

Sakit ati, setengah jam aku tunggu dia ok.. Tak fikir ker??? Arrgghhhhh!!!! Semalam abis duit aku bayar tol RM3.70 sebab lalu jalan mahal nak elak jem.. Ko nak bayar ke duit tol aku??? haaa???????

Pagi tadi tersempak dengan orang yang block kete aku semalam.. Aku tak pandang pun muka dia... sakit ati.. Pangkat je bosa.. tapi tak leh pikir.. Eh jap, dia pangkat beso ke erk??? Tapi muka dia memang familiar laa jugak!!! Ah lantak!!! Sape suh parking tak pilir orang len... Klu aku ada emergency ke tak ke pasal?? Ko leh tanggung??? Leh??????

Macam yang aku cakap la, klu ko nak gi lawat orang nazak, sempat meninggal dlu sebab ko tak leh gerak ke mana, kete ko kena block.. Faham??? Eh, aku tak marah korang.. aku marah orang2 yang suka block kete orang tp tak tinggal no yang boleh dihubungi balik, tu je... 2 kali kena, cukup laaaa!!! Ari ni aku park tepi jalan, aku tak halang orang, orang tak halang aku..kan senang aku fly balik petang kang!! Hati pun tak sakit.. yang sakit ati, hubby je sebab kete akan kotor cepat, kat situ ada construction hahahaah...

Anak yang rajin ke mak yang malas haahhaha

Tadi, bace blog kak fida.. Dia cite pasal anak dia si miyen.. haluuusss... hikhik..

Semalam cite yang lebih kurang sama la jadik kat kitorang anak beranak..

Malam tadi, tengah syok2 tengok Maharaja Lawak.. ulangan.. maklumla baru tambah pakej Mustika malam tadi, semata2 nak tengok Maharaja Lawak, ok, kaye ko Astro kan... dapat pelanggan cam kami ni.. Bulan2 sanggup bayar RM89.99 sebab nak hiburan dunia.. Ish..ish..ish..

Ok sambung... tengah syok aku dengan hubby baring tengok tv, si tochek datang..

"Mama, nak air" Panggil mama, tapi pandang papa... Sokmo camtu, konfius ke ape ntah sejak nak dapat adik ni... sokmo panggil papa dengan panggilan mama.
"Suruh mama amik" kata hubby
"Alaa.. malas la abang, awok la amik.. tengok tu qimie mintak papa amik tu"
"Ala.. ida laa.. gilaaa.. sian qimie tu" sambil kuis2 badan aku suh pegi dapur.. Time tu gelas dah ada kat tangan aku dah.. Pastu main tolak2 dengan si hubby.

Tiba2.. spontan Qimie datang kat kitorang, pastu amik cawan dari tangan aku, gerak nak ke dapur.. Aku dengan hubby ape lagi, pecah la gelak.. Anak pun paham sakit ati sebab mak dengan pak malas nak amikkan dia air, so dia decide nak amik sendiri kononnye..

Tapi, separuh jalan dia patah balik, sebab dengar aku dengan hubby gelak tak ingat dunia.. Gelakkan perangai kitorang yang teruk malas sangat sampaikan anak sendiri jadi tak sabar tengok perangai mak pak dia, nak mintak air pun main tolak2, baik dia amik air sendiri.. Hahahaah.. comel...

Dan2, tengok kami gelak, Qimie2 sendiri pun gelak.. bukan sebab faham kenapa kitorang gelak.. tapi sebab nak join sekali mak pak dia gelak..

Last2.. aku gak yang amik air untuk dia.. Tau ape dia buat dengan air tu??? Sikit je dia minum.. pastu main celup2 tangan.. haihhhh!!! Bertuah punye anak!!!

Monday, April 18, 2011

Muka budak comot

Jumaat lepas, 12.30 tengahari dapat call dari pengasuh Qimie.. katanya Qimie jatuh, langgar almari.. Darah.. banyak.. Then bila aku tanya, teruk tak?? Agak2 kena bawak ke klinik tak... Katanya takpe.. biar akak je bawak..

Hati seorang ibu.. cuak!!!! Teruk sangat ker sampai kena bawak klinik.. Aku jawab tenang.. "takpe, saya call Azli dulu tanya dia dah kat mana, mana tau dia dah sampai rumah boleh dia bawak dulu"

Tepon hubby dah sebak, sampai takleh cakap.. Yela.. tak tau cane keadaan anak kan.. Hubby baru sampai Bangi.. emnnn lambat lagi nak sampai tu. Takkan aku nak tunggu.. Terus sms pengasuh cakap aku otw. Sampai2, aku tengok dahi dia bengkak.. tapi luka takde la besar mana pun.. Muka sembab sebab baru lepas nangis.. tapi dok elok tengok tv sampai aku datang pun dia tak sedar.. Nak balik pun mata dok kerling2 kat tivi.. Adoii anakku klu katonnnnn...

Darah dah stop... luka adalah beso jari kuku kita.. Tapi sebab sebelum ni luka dia lagi dasyat, so aku leh handle situasi ni. Terus bawak dia pergi klinik kat seksyen 16. Nak suh doc cuci luka.. Mana tau kang ada kuman2 kang.. tak baik lak luka tu.. Tapii.. dia punye nangis time cuci tu.. adeiiiii.. naik semput aku peluk tak bagi dia menggelupur..
Ni gambar betul2 balik dari klinik... Tu tangan penuh mulot menjilat doyan.. Kesedapan la tu.. Sejak bila ntah dia melayan doyan, aku pun tak tau.. Hahahah... sakit ati kot tengok mama papa makan tak nak stop, terus dia amik seulas makan.. "Emmnnn tedapp..emnn tedapnye mama" Comel tak??? Pandai tau amik ati...
Hahahaah.. mulot comot makan doyan, termuncung2 mulot tu sedap sangat la tu.. 3 ulas dia balun sorang.. Haa.. tu atas kepala tu, dok bertampal tu la luka dia.. Lani dah kering dah.. tapi tiap kali aku sapu ubat merengek ngade.. "Mama, akit.. akitt.." Cubit baru tau.. hihihih.. garang bona mama dia ni..

Ok tu je cita Jumaat lepas... *motip abis cite camni, sebab aku dah takde mood nak taip aahahaha*

Wednesday, April 13, 2011

Kalah bermakna

Hai korang, selamat pagi yang tak ceria bagi aku.. Ape taknye tengkuk ni gile sakit, tak bleh nak teleng2 dah.. Bawak kete tadi pun gile seksa nak pandang kiri kanan nak potong kete. Adeiii..

Owh, just nak share cite pasal pertandingan bowling Kelab Sukan Cawangan kami. Last week buat kat Summit KL. Hahahaha.. mesti ada yang marah aku kang bila aku cakap aku pun join ini aktiviti.

Tak boleh nak tolak keinginan hati sendiri maka, aku sertai gak la.. Biasa main bola yang berat dia 10 pound tapi sebab sayang baby dalam perut amik bola ringan sikit. So sebab dah biasa main bola berat, sekali main bola ringan maka markah pun ringan la jugak. Hahahaha... Ok tak alasan aku bagi tu???

Daripada 18 pemain, aku dapat tempat ke 8.. hikhik.. Ok la kot.. Tapi teruk gila la point aku.. Rasenya memang baby tak redha kot mama dia dok angkat2 berat. Tapi nama pun orang mengandung ni selalu dapat rezeki kan.. So aku dapat ni..
Hamper cabutan bertuah.. Beso kan.. No. 1 punye hamper.. Hahahha.. hari yang mendung bertukar cerah sebab dapat hamper ni hikhik..

Close up skit hahaah.. Tu yang balut bulat tu, hadiah tempat ke 8 bowling individu.. Kumpulan??? Tak usah ditanya.. Kalau dah dalam kumpulan aku tu ada yang dapat tempat last & tempat ke belas2.. tak usah la mimpi nak dapat hadiah berkumpulan hihhihi..
Ok ni hadiah individu.. Aku suka.. sebab bila balik kampung aku leh tapau sup tulang mak masak, tak pun gulai ayam kampung mak aku masak.. Wohhhh telan air liur bila ingat masakan mak wohhh!!!

Ok jom intai apa ada dalam hamper pulak..Abaikan kaki cekci itu hihihihii...

Ok gambar tu baru separuh.. Kang up banyak2 hadiah hamper tu, ada yang makan ati kang ahaahahah.... Stok tu masih ada kat rumah, sape rase nak makan jajan, meh la ke rumah sebelum Qimie licinkan sumer..

Ok, nak gi jalan blog korang.. Mana yang sempat sementara dua2 bos takde kat bilik ni.. Yahooo.. bebas kejap!!

Monday, April 11, 2011

Ape tah pempuan tu, meroyan ke ape ntah!!!

Salam pagi yang kelam kabut dari aku.. hihihih..

Ni nak tanya, ada sesape tak lalu kat pantai dalam tadi, depan Angkasapuri. Ada tak dengar pempuan dok tekan2 minyak, tapi kete tak gerak2 naik bukit. Gile ape ntah pempuan tu.. Dok vrommm vrommm tapi aneh, kete tak jalan2..

Hahhahaahahahaha.. gelakkan diaaaaa!!!!

Ngok!!! DAH KO TAK MASUK GEAR, CANE KETE NAK GERAK WAHAI BUNGA WOIIII!!!! pastu dok cemas2, nape kete tak gerak2, adeiiii!!! Cane leh dapat lesen ntah!!

Sekian, kutukan untuk diri sendiri di pagi Isnin yang kelam kabut, sebab laki kena outstation minggu ni.. sobb.soobb..

Gelak laaaa korang.. Aku gak yang termalu2 hikhik.... Ngekk!!!!

Friday, April 8, 2011

Wajah kesayangan ambe..

Hai korang.. lama tak up cite & lawat blog korang.. Soriiii sangat.. sibuk sikit semenjak tanggung keje unit satu lagi ni.. Huhuhu... tak menang tangan sebab bos tanggung ni tak boleh tengok aku takde keje.. Dia akan panggil masuk bilik dia dan bagi ape aje keje yang ada.. Huhuh.. dasat tak????

Ok, sebagai ubat rindu, aku letak gambar si tochek kat sini erk.. Kalau rindu tatap la wajah kesayang ambe ni.. Fresh lagi ni.. Gambar malam tadi.. Kat Snow Walk.. Eh.. bukan dengan aku... dia gi dengan mummy, daddy dia..


Errr... korang... Ada gaya pelakon Korea or Jepun tak???Hahhaaha.. sangat comel ok.. Aku terus buat wallpaper.. Tak penah tengok anak sendiri pakai camtu.. Hikhik.. dah cam sinchan pun ada hahahaha...