Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, January 4, 2012

Alkisah nota dan berat

Bosan lak aku rase.. Biasa sampai je ofis terus mata, tangan dan telinga fokus pada video rakaman mahkamah bersidang.. Taip nota keterangan sampai nak muntah dengar suara lawyer yang jap dengar tak dengar, jap kang speaking tak berbutir..

Tapi sekarang!!! Haiihhhh!!! Dah takde sumer tu. Bos aku putuskan lawyer yang buat sumer nota keterangan. Bos tak mau kasik SU dia pening, penat, pitam dengan keperluan mengejar tarikh akhir kena siapkan nota.

Ermnn... aku memang la suka bila dengar jurubahasa court aku cakap dah tak payah taip nota mulai bulan Oktober 2011 ari tu, yerla kalau tak mesti aku hidup dalam stress.. mana nak fikir kerja ofis, mana yang tak siap kena bawak balik rumah taip, nanti kat rumah lak anak2 nak perhatian terutama yang bongsu tu...

Tapi bila dah tak taip... Ermnn macam bosan la pulak. Ada... memang ada kerja-kerja yang bos bagi.. Tapi takde la banyak sangat. Semua arahan dia macam pagi tadi ada dekat 10 arahan, tapi sumer simple2.. Aku leh siapkan sebelum lunch time. Da tu petang camni apa aku nak buat.. Adeiii..

Aku hanya mampu pandang je pintu ni ha, tunggu panggilan dari bos ni ha.. Kot2 nak bagi aku tugasan yang best2.. Tapi sejak lunch time tadi, takde ape pun lagi arahan lisan dari bos. Kes ada, tapi dalam kamar.

Haih, bila takde keje mula la mulut aku ni nak mengunyah.. tapi dah cakap pada diri sendiri nak diet.. Berat naik secara tidak tokmaninah.. 5kg terus dia bagi lepas aku abis pantang ni. Dasar nak salahkan sebab tak leh berbarut sebab operate.. da ko makan cam perut tu beso cam gajah lagi nak salahkan perut yang tak leh dibengkung, dibedung, di barut... Arrrgghhh!!!! Kata aku kepada aku.

Kawan2 ofis kat sini memang la cakap aku kurus, sebab diorang jumpa aku masa aku tengah mengandung, tapi kalau pergi ofis lama aku mau kena kutukan... Yerla bayangkan la baju kebaya sendat, kain kebarung sendat, baju2 joli2 aku pun sendat.. Da tak leh pakai saiz S or M.. Saiz L sekarang..

Sedeh... tibe2 mood sedih on.. Nak turun bawah la nak beli jajan.. Hahahaha acane nak diet??????

5 comments:

Fida Ghazi said...

HAI..AI PON TENGAH KUNYAH KEREPEK UBI NI...

EH.. TULIS KAMAR KAT SITU..TETIBA TERINGAT BOS LAMA..RINDU PULA...

JOM JOM..EKSESAISSS!

eima said...

hahah semangat betui nk kerja...aku rasa tak mo keja ade le .....

hopefully tak kena buli ngan boss aku la nanti ....

~aSHa~ said...

kalo nyusu badan tak leh diet la lagi..sian anak...

~aSHa~ said...

eh lupa nak bgtau..akak pun dpt baby boy tau...

LiErOSe~QiEmi said...

kak, igt mmg nak full BF tapi pengasuh cakap takut tak sempat nk panaskan susu bagai, terus terbantut hajat huhuhhu