Jom klik

kENgkaWAn

Friday, January 6, 2012

Antara Avon, Breast pump & Sour cream

Hai sumer.. jap je dah ari Jumaat kan, hilang terus rase lemau dibadan sebab esok adalah cutiiii yeaaahaaa!!!

Tengahari tadi time lunch korang kuar ker??? Shopping errrk?? Aku pun terjebak sama hahahahah...

Actually keluar lunch time tadi sebab nak beli breast pump dengan sour cream. Breast pump adalah kerana aku dah tak tahan sakit sebab asyik la membengkak. Eqal dah kenyang minum susu kat rumah pengasuh so bila balik rumah dia minum sekadar hilangkan sakit bengkak susu aku aje, pastu dia tido sampai ke malam. Kadang-kadang puas dikejut mintak dia minum susu sebab aku bengkak gila sampai sakit2. Tapi minumnya adalah ciput. So ingat nak beli pump dengan warmer sekali untuk mudahkan pengasuh. Dah tengok tadi tapi harga dia agak mahal tak cukup dengan duit yang aku bawa.

Pusing2 SACC dengan harapan jumpa kedai jual barang untuk buat kek, tapi hampa. Aku just beli selipar kat giant pastu kuar gi PKNS pulak. Pusing2 still tak jumpa sekali jumpa kedai AVON. Hahahaah... ni kira pucuk dicita ulam mendatang ni. Dah berapa minggu dah aku nak gi AVON nak beli baju dalam (bahasa sopan) sebab baju yang ada tak boleh tampung size sedia ada bila bengkak susu. Jangan tak tau aku asik la pakai jaket nak cover breast bengkak. Sekali tu katanya klu jadi ahli dapat diskaun 10%.

Ermmm setuju la aku sebabnya aku memang suka pakai bra eh, perkataan sopan, baju dalam avon. Ntah la selesa bagi aku kot.. untuk aku la orang lain aku tak tau la... So daripada tujuan asal yang nak beli breast pump dan gak sour cream habis melayang RM80 untuk AVON, selipar, tudung dan botol susu anakku. Adeiii.. padahal tambah lagi RM150 dah dapat dah breast pump kan.. Adeiii tak bersungguh betul la aku ni.

So secara rasmi saya telah menjadi ahli AVON, anyone nak beli barang AVON??? Hahaahah... Balik ni nak khatamkan 1 fail ni ha dia kasik buku katalog.. gila banyak promosi awal tahun ni erk!!!

p/s: Sour cream tetap akan ku cari petang ni.. tadi da lobi hubby ajak dia cari kat kedai kawasan Sri Muda ihihihi... Nak gak buat Oreo cheesecake....

3 comments:

eima said...

aku mmg dah standby beli pump awal2 lg nk sbb nk fully bf kat alisha tp harapan punah....huwaaaaa


terer tu nk wat cheese kek...aku nk blajar ......

LiErOSe~QiEmi said...

wei, ko jgn la ckp terror aku buat pun blom lagi.. kak cik lynn blog heart of mine yang buat tutorial ari tu.. aku simpan tuuuu sbb nak jugak buat one day haahaha

Unknown said...

hi, kepada sesiapa yg nak beli brg avon discount lebih 35% sila lah hantar order anda di avonmalaysia.singapore@gmail.com dan kepada sesiapa yg nak berniaga avon beli lah dari kmi dengan harga murah.. untung pun lebih..