Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, January 26, 2012

Budak-budak sekarang

Morning all!!! Korang sibuk ker tu??? Aku dah settle keje2, jap lagi nak kuar amik baby Eqal, check up 3 bulan. Ni la nayanya bila tukar dari klinik kat kampung ke sini... Tarikh sumer penuh so terpaksa la dekat 4 bulan baru buat pemeriksaan berkala 3 bulan. Kata nurse takpe la janji dicucuk.

Just nak share ayat budak-budak zaman sekarang kat facebook.. Pening aku nak baca hahaha... Ni aku cilok dari FB anak sedara aku.. Ni umur 18 tahun la tahun ni...
aq xske r ad dax wat taik ngn aq!aq bnci dy smpai aq mati!!jgn harap aq akn maafkan dy!!
Korang faham maksud dia?? Hahahaah... Aku jadi aq je, dia jadi dy je.. Adehhh... Aku pun ada gak main short form, short form tapi takde la sampai pening kepala nak fikir ape maksud perkataan aku tu.. Eh ker ada yang korang tak faham pun bahasa aku haahahah...

Okla, nak melawat blog kawan mana yang sempat dulu adios...

6 comments:

Fida Ghazi said...

aq aq aq aq...

macam burung gagak lah..

Tukang Karut said...

setakat bahasa budak 18 tahun apa la sangat... aku faham bahasa budak 2 bulan!

LidaRahim said...

haha kalau baca terus jer dah cam bahasa itik lak hehe

aq aq aq

eima said...

jgn ke ko ..aku lg la tak paham ....
short pe tuh gitu .... cool jd kewl ... tak paham aku

LiErOSe~QiEmi said...

fida ghazi:
hahahaha.. haah la kan kak so nak panggil kena sebut.. kurkurr kurrrr hahaaha

tk:
betul faham, tak payah budak 2 bulan laa aku bagi dengar anak aku yg nak masuk 3 tahun cakap tengok faham tak dia cakap aahahahaha... harus pening pastu ekekeek

LiErOSe~QiEmi said...

Lida:
Hahahaha...tergelak besar saya baca komen akak.. Tapi betul gak kan... ada cam bunyi itik.. aq..aq.. gagak pun sama haahahah

eima:
biasa la budak2 zaman sekarang... katanya bahasa fb.. tapi time sms aku, pun guna bahasa camtu gak.. sampai aku dgn laki aku naik pening nak faham sms dia hahahah...