Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, January 3, 2012

Cerita disebalik kelahiran my baby Eqal...

1 Oct 2011
Admit HTAR. Masuk bahagian kecemasan bahagian ibu mengandung. Ibu-ibu lain semuanya masuk sebab sakit nak bersalin, turun darah, air ketuban pecah. Aku sorang je pagi tu yang masuk sebab kena paksa bersalin sebab kes kencing manis.

Sedih gila tengok dari atas wad si Qimie panggil aku ajak balik. "Mama, balik la.. jom la balik, balik laa.." Hubby dukung dia sebab dia tak nak balik. Sampai seberang parking kete turunkan dia, sekali dia lari nak lintas jalan nak datang pada aku. Menangis beriya2.. Kata hubby sampai rumah nak mama.. Sedih wooo.. aku nanges2 sama..

Aku ditempatkan kat wad kelas 3. Wad 1 & 2 penuh.. just waiting list.. Kat keliling katil aku sumernya kes kencing manis.. Dasyat betul aku rase. Tapi kebanyakannya dah tahap insulin, sebbaik aku on diet control lagi.

Dalam tengahari tu doktor2 muda datang. Aku masa tu atas katil cek pergerakan jantung baby. Sekali datang doc lelaki ni periksa suhu aku. Aku demam katanya.. Aik biar bebenor, aku rase aku normal, tak sejuk, tak panas.. terus dia cucuk tangan aku masukkan wayar tuk masuk air. 1 botol gak la untuk stabilkan demam aku. Lepas da abis masuk air & telan panadok , terus diorang suh aku mandi tuk ilangkan panas dalam badan.

Serius aku heran, tak rase demam langsung kan... Duduk la atas katil was 3 tu, udahla tinggi seksa aku nak turun naik dengan perut yang sendat gile tu. Petang tu hubby datang, aku takde selara sangat nak makan nasi so share dengan hubby lagipun aku tau hubby tak sempat jamah apa2 lagi sebab terus datang sini dari kelas.

Still tak dapat jumpa Qimie masa ni sebab semua takut Qimie tak nak balik nak tinggal dengan aku.

Malam tu dapat good news, dapat masuk wad kelas 1. Nurse tanya nak pindah tak? Gile tak nak??? Kelas 3 dengan katil tingginya, bilik air asik basahnya... owhhh syukur gila ada kosong malam tu jugak.

Layanan kelas 1 dengan kelas 3.. gila jauh!! Thanks to those nurse yang jaga aku... Lembut, baik & willing to help.

Owh, masa ni?? No... takde apa2 tanda pun, darah pun tak turun banyak, skit2 je, air ketuban pun tak pecah... bukaan baru 2 kot.. lupe.. Tapi sangat berdebar sebab tau esok wajib bersalin gak secara normal atau paksa...

2 Oct 2011
Pagi2 aku dah kena mandi.. Kol 5.30 pagi mandi sebab kata nurse lepas Subuh nak cek jalan dan mungkin nak kena masuk ubat. Ok.. tunggu..tungguu... Adoiyai pukul 7.30pagi baru aku masuk tempat cek tu cek jalan. Still 2 dan masih keras, belum lembut pun laluan tu.

So, ubat pun dimasukkan... Dok la aku terbaring selama 1 jam baru dapat minum pagi. Dalam masa 2 jam takde apa2 yang aku rase. Tapi start dekat pukul 11 dah rase sakit gile. Sakit dia.. adudu... sangatttt laaa mencengkam.. tapi takde la aku cam sesetengah orang yang dok jerit2, merengek2.. Tahan jela.. Jiran2 katil pun sama naik sakit tengok aku tahan sakit.. Tapi still aku leh gelak2 dengan diorang.

Tangan aku lak membengkak. Sebenarnya dari malam tadi lagi aku rase sakit gila macam jarum kat tangan aku ni dah bengkok, mintak izin cabut nurse beso tak kasik.. Tapi tengahari tu aku merayu jugak sebab tak leh nak gerak tangan ni, nak mandi, nak buang air susah sebab tangan sakit. Bila dah tengok tangan aku bengkak baru nurse tu bukakan, kecian kat aku gamaknya.

Pukul 12 bacaan contraction aku dah 5 bacaan dalam 10 minit.. Mak dengan hubby sampai dalam kul 12.30. Masa tu aku memang dah rase sakit2 dah, ubat tu betul2 berkesan kali ni, tak macam masa Qimie dulu aku leh gelak2, jalan sana sini, yang ni aku terbaring je atas katil.

Jam 2 doktor check jalan. Sakit gilos ok masa dia cek tu, rase nak nanges, sebab dia buka laluan aku guna jari dia. Ok bukaan dah 3, dah boleh masuk ke labor room, paksa bersalin & pecahkan air ketuban.. Slurrrppp!!!! Sama situasi macam nak deliver Qimie la jawabnye ni. Hubby dah kena kuar hospital masa tu sebab masa melawat dah tamat, terus call bagitau aku kena masuk labor room dah. Tapi hubby cakap nak kena balik gak dulu sebab nak hantar mak aku.

So, siap2 pakai baju, aku terus naik katil, sorong terus masuk labor room. Ok, memang debar gila sebab takde sape nak tenangkan aku. Masa qimie ari tu hubby boleh masuk temankan aku bersalin kat HTAR tak boleh. Adui....

Masuk je terus diorang cek suhu aku, pasang alat untuk cek pergerakan jantung baby & contraction. Aik, magik again, aku demam lagi... Suhu 38. Terus diorang masuk air.. Time tu contraction aku dah 6 bacaan dalam 10 minit. Yang bestnya ada doc lelaki tu dia boleh tanya macam situasi aku yang 6 hingga 7 bacaaan dalam 10 minit ni sakit ker tak. Marah nurse tu pada doc tu, harus la sakit, tengok la muka adik ni berkerut2 tahan sakit. Itu pun bagus sebab dia tak menjerit macam sesetengah patient. Aku boleh senyum lagi dengar nurse tu explain. Tak lama lepas tu datang doctor ni pakaikan aku tiub kencing & cucuk ubat tahan sakit kat peha aku. Kata nurse yang jaga aku tu ubat tahan sakit tu akan buatkan aku mengantuk, so jangan lawan rase mengantuk tu kalau rase nak tido just tido.

Pelik gak sebab berlawanan dengan arahan nurse yang jaga aku masa nak deliver Qimie. Katanya lawan rase mengantuk tu sebab takut baby tak nak cari jalan kuar. Itu yang sampai lebam tangan hubby sebab aku genggam tangan dia masa tahan sakit tu.

Dah orang suh tido kan... memang aku tido jela haahha... aku macam mamai-mamai je masa aku dengar diorang kecoh2 cakap demam aku naik sampai 40'C..

Aku masuk labor room pukul 3.15 petang kalau tak silap aku then dalam kol 4.30 macam tu ada doc perempuan kejutkan aku bagitau aku tak boleh normal sebab baby besar so aku kena operate. Doc tu tanya aku setuju atau tak, aku angguk je.. tak kisah la doc mana2 jela janji baby selamat... Eh tak aku tak cakap tu.. aku angguk je sebab badan rase lemah sangat. Masa tu jugak aku dapat rase badan aku menggigil sampai aku minta diorang selimut sebab tak tahan sejuk.

Diorang terus siapkan aku untuk masuk ke bilik operation. Dalam mamai-mamai aku nampak huby & aku lambai pada dia bagitau aku kena operate & minta dia ikut. Muka hubby nampak penat sangat, berkejar ke sana sini.. time tu nak pegang tangan hubby pun tak sempat konon2 nak feel2 macam dalam filem2 drama2 tu "Abang ampunkan yah abang, halalkan makan minum yah" Eceh drama gituuu.. hikhik..

Badan aku gile lemah masa ni, effect demam & ubat tahan sakit kot, so masa masuk bilik operate tu aku cuma nampak lampu yang biasa guna untuk operate tu, doktor & nurse gila ramai dalam bilik tu, barang nak belah perut aku, aku tak perasan. Cuma yang dasatnya aku boleh ingat doktor yang nak cucuk tulang belakang aku tu hensem hahaahahah... Yang pasti bukan orang Malaysia, klu Malaysia pun maybe mix. Masa cucuk tu aku kena dalam posisi duduk tp sebab aku terlalu lemah & mengantuk diorang tolong pegangkan badan aku dan mintak aku jangan bergerak. Tapi tetap gerak, ngantuk camne pun tp kesan cucuk tu sakit gila dah tentu badan aku terkejut2...

Owh, sebelum cucuk tu aku kena sign 3 surat. Aku macam dengar tak dengar je doc pempuan tu cakap apa sebab gile lembik aku weh. Aku cuma ingat dia cakap
Ibu, ibu tahu tak kenapa kena masuk sini? Ibu tahu tak kenapa ibu kena bedah? Ibu, bangun ibu jangan tido. Ibu kalau faham semua, sila tandatangan dekat sini.

Hahahah.. Dasatnya keadaan aku masa tu sampai kena tegur dengan doc mintak celik mata.. sebab setiap kali jawab soalan dia aku tutup mata, jawab soalan je tutup mata. Apa aku sign pun aku tak tau, aku pakai boh je hahaha...

Ok, aku ngaku aku tak tau ape yang diorang buat kat badan aku. Aku tak rase gerun sebab aku memang totally lembik. Masa dah deliver tu aku dengar baby aku nangis, then ada suara sebut 17:19, boy. Owh, dah selamat da baby aku syukur. Then aku tutup mata balik. Tiba2 aku dengar orang separuh jerit sebut bleeding... bleeding.. Aku terjaga balik, pastu aku rase perut aku digerak2.. Omg.. jangan cakap ko nak jahit lagi, nooooooooooooo!!! Hahhaha dalam ati je cakap tu sebab aku tak larat. Tangan aku yang doc suh letak atas tempat letak tangan untuk dia cek ape ntah pun tangan tu asik jatuh je macam tak boleh nak imbang badan je haahah.. ape ntah.

So, kuar je dari operation room aku nampak hubby datang dekat dengan aku, tunggu lif. Dia senyum je walaupun muka dia nampak penat.. gile tak penat, aku kuar dari bilik operate dekat kol 9 malam, dengan tak makan apenye..cian hubby huhuhu..

Aku ni plak bila da dapat tengok wajah kecintaan terus rase ok skit tanya kat nurse,
Mana baby saya?
Dah hantar kat bawah (hubby cakap kalau tau dia turun bawah dulu tengok baby.. dah lama dah diorang anto baby ke bawah, dari petang lagi)
Oo.. berapa ye berat baby saya?
Rasanya 4kg.. eh berapa baby tadi? (Dia tanya kawan dia) 4.05kg
ERk!!!! Sebbaik tak normal (hahaahah terus kuar perkataan tu dari mulut aku. Gile rabak weh kalau normal..)

Sampai wad diorang angkat aku sebab aku takleh banyak bergerak, 1 sebab aku baru lepas jahit, 2nd sebab aku memang tak daya.. OKU sementara huhuh.. Diorang bawak baby dekat kitorang.. owh... bambamnyeeeeee baby aku tak caye dah kuar dah baby & sebeso itu dari perut aku.

Sepanjang malam tu aku asik keje telan ubat, masuk air, masuk ubat sebab demam tak kebah lagi.. ntah acana leh demam ntah aku ni.. Takot gamaknya.. Pad pun nurse gantikan, nak air pun nurse suapkan.. eh kena pose lepas 12 jam ke berapa jam ek aku lupe dah baru leh minum.. tapi sebab tekak aku tak tahan sangat aku mintak gak air skit dengan nurse tu.

Baby aku sempat susukan 1 kali je pastu dah tak bleh sebab aku tak larat nak angkat dia ke sisi aku.. nurse memang la tolong tp bila dah badan aku still panas diorang cakap biar diorang jagakan, yer la takot jangkit kan.. Lagipun... malam tu sekali lagi aku bleeding.. nurse panggil doc tapi doc cakap bukan jahitan terbuka, so just compress je dengan pelakat yang di tampal dengan kapas2 aku rase.. tapi aku ada dengar la nurse tu omel2 cakap ape la doc ni, ai tau la itu bleeding, katanya bukan pula.. dan so on.. Aku... terbaring je la berserah diri huhhuhu..

Anak aku ni depa panggil big baby... si bambam, si comel ape lagi ntah.. sebab semangat sangat2.. dan diorang tak caye orang sekecik aku tapi baby nyer macam mak nyer tinggi lagi sasa haahah sasa..

Adui penat la nak taip dah.. aku letak gambar dia masa usia 1 hari dengan masa usia 2 bulan jela erk..
Tengok mulut bersusu.. cian dia, baru usia 1hari da kena minum susu lembu dulu pastu baru dapat minum susu mama.. Ermnn punye la beso sampaikan dah bukaan 10cm pun tak bley nak kuar ikut pintu, nak gak ikut tingkap
MUHAMMAD ARIEF HAIQAL BIN MOHD AZLI

Kata hubby arief diambil sempena aku jaga YG ARIF... amik berkat katanya lagipun nama tu dekat dengan nama abang dia AIREL v ARIEF.. L dengan F je beza.. Haiqal tu sebab dia suka nama tu hihihih...

Sekian cerita di wad 404 eceh.. tak la.. Cerita disebalik kelahiran baby Eqal...

14 comments:

MRS. K said...

yang best baby beso ni sebab senang nak pegang.. hehehe

Anonymous said...

Thanks!
sbab share...

dh ada sorang, msuk 3 thun so ingat thun nie plan nk tmbah lg ar...hehe

Alhamdulillah,spanjang preg. xder msalah cuma morning sickness jek ar...

sya pun kna operate gak n yg pling sadis 2-2 skit rasa...normal n operate...

air ketuban pecah@37weeks..lpas 24 hours kna induce tp pntu bkak stakat 3cm...msuk labour room, kna msuk air tp dh brjam2 still 3...

doc awal2 lg dh suh operate tp degil..last2 bla dlam labour room smua doc kliling kita jd gabra n bwat kputusan operate..jnji ank yg dkndung slamat...

37 weeks preg bleh lalui dgn tenang tp bla dpkirkn tang msa2 kna seluk brkali2,arghhh

TRAUMA!

LiErOSe~QiEmi said...

K:
Senang mmg senang k.. tp penat wohh.. nak2 bila nak mandikan dia.. adudu....

LiErOSe~QiEmi said...

Anoy:
Hihih.. welkam..

Owh, bagusnya dah nak tambah..sila2... saya rase sakitnya lepas bersalin tu buatkan pk byk kali nak preggy lagi.. so sekarang amik langkah cucuk sbb takut lekat lagi hihihi..

Awak tau, bukaan saya dah 10, tp doc tak suh cuba teran pun mybe sebab tau akan rabak teruk sebab baby beso so diorang putuskan utk operate aje.. tp dasatnya sampai sekarang tak kurus hahaah...sbb tak leh pakai bengkung huhu...

Eh, awak takde blog ker? Leh saya bace blog awak juge...

deelira@deeliraz said...

kagum sekejap....
serum pon ada..

eima said...

ptt nye doc dah tau baby besar tak leh deliver normal diorg ptt nye terus buat keputusan czer je ...bakpe la nyeksa ko gitu... diorg dah tau mmg baby besar dr awal kan sbb diabetik ko tu...

ni salah satu kelemahan spital kerajaan ... doc yg incharge selalu doc yg kurang pengalaman ....

anyway tahniah tau ... besar betul pengorbanan ko sebagai ibu utk melahirkan umat nabi Muhamad ke dunia. dugaan yg Allah bg kat aku umpama 10% je dr ko.

LiErOSe~QiEmi said...

deelira:
serummm.. cepat minum air serun ahahaha...

takot weh.. sebab tu aku rase serik dalam 2 bulan pertama tu.. sekarang errrr ok dah ahahahaah... tp taknak baby lagi.. tgu la 4-5 thn lagi wehh..

LiErOSe~QiEmi said...

manje:
ntah, aku pun tak tau.. sebbaik tak koyak atas bawah kan.. klu aku kena teran tak tau laaaa berapa besar rabak weh...

dugaan Allah bagi kat aku tuk sucikan dosa aku.. dosa ko tak byk kot, sbb tu dugaan ko skit je hihihi

~aSHa~ said...

tahniah...lambat akak wish...dpt hero jugak yer...ada kawan la abg dia..

LiErOSe~QiEmi said...

kak asha, tq. Tula hero jugak, tak kisah la kan janji ada kawan si abang dia tu takde la buli mama je lepas ni

Imaan09 said...

besnya baca..tp berdebar pun ada.. thanks 4 sharing..

LiErOSe~QiEmi said...

hihihi... bace best ke..adei yg alami ni adeiii hihihi

cikpuanhady said...

tahniah..riso jugak tadi bila baca kata demam..sbb dgr2nya tak elok kat baby bila ibunya demam..tapi bila semua ok, alhamdulillah..

LiErOSe~QiEmi said...

cikpuanhady:
ada effect.. tak dan nak tulis je.. effect dia baby kena tahan wad sebab darah putih dia melebihi darah merah... so kena amik antibiotik