Jom klik

kENgkaWAn

Monday, January 9, 2012

Kesan demam semasa bersalin secara operate

Hai korang... Jap jer dah masuk minggu ke dua tahun 2012 kan.. Pejam celikk pejam celik dah makin kurang umur kita kat dunia ni.. Ntah berapa tahun lagi umur di dunia yang berbaki untuk aku ntah..

OK just nak share pasal my second baby lepas kelahiran dia. Aku ada dapat comment dari cikpuanhady pasal niOk sebenarnya memang ada effect pada Eqal bila aku demam masa bersalinkan dia. Bukan aje sebab demam tapi sebab air ketuban aku dipecahkan terlebih dahulu.. bukan pecah secara semulajadi.. ni menurut doktor pakar tu laaa...

Ok, effect pertama yang terus kena pada Eqal, 2nd day dia bernafas dibumi Allah ni, petang tu terus dia kena masuk wad baby. Dia kena inject ubat antibiotik. Puncanya masa test darah, darah putih dia tinggi melebihi darah merah, so kena turunkan darah putih dia. Dia masuk wad khas sampai hari selasa. Sedih ok bila aku masuk wad untuk susukan dia sebab tengok tangan dia berbalut berwayar sebab nak masukkan ubat kat situ kan. Tapi tengok baby lain lagi kecian, ada yang ibu tak boleh susukan anak dia sebab tak boleh keluar dari kaca sebab kuning tinggi sangat kot, ntah aku pun tak tau punca tapi sangat2 kecian. Lebih2 lagi pada baby yang menangis gila2 perlukan perhatian ibu dia tapi ibu dia takde.

Tu yang aku rase kecian gila kat Eqal sebab mesti masa dia nanges takde sape nak tolong tepukkan, pujukkan sebab baby gile ramai tapi nurse kat dalam tu 2,3 orang je.. tak terlayan dia nak pujuk setiap baby. So selasa aku dah boleh kuar wad bersalin aku tu, tapi aku masuk wad kanak2 balik sebab nak jaga Eqal. Baby Eqal dok dengan aku la kat katil tapi katil dia Ya Rabbi tinggi ok. Dah la aku ni rendah, operate, nak naik tu.. memang aku nangis dalam hati.. Mintak tukar katil nurse dia cakap ape tau "Takboleh, sebab katil tak banyak" Padahal aku tau ada katil kosong 1 kat dalam tu, tukarkan la untuk aku sebelum orang nak masuk kan... Aku sakit ati betul dengan nurse tu. Sebabnya masa aku nak kuar esoknye tu dia leh cakap, "Eh, puan nak tukar katil kan semalam, ada katil kosong tu, nanti bolehla tukar" Aku cakap takpe la, nak kuar da.. Baik je aku cakap, klu ikut hati panas sebab aku nak naik katil tu pun kena panjat kusi dulu baru boleh naik. Tak fikir langsung keadaan pesakit diorang tu.. Maybe la penat sebab keje dari pagi kan.. sebab masa aku nak kuar tu dia baru masuk syif tu.

Ok, lepas hari ke 4, darah Eqal dah normal, takde jangkitan semua dah so petang tu kami boleh balik. Tapi lusanya nurse desa datang buat check. Ada kuning pulak. Aku perasan gak mata dia macam kuning2, tapi suke2 je sedapkan perasaan sendiri cakap takde pepe. Nurse tu risau so suh kami pergi buat pemeriksaan ari Jumaat kat Klinik Botanik Klang. Amik ko memang tinggi bacaan dia 227 kalau tak silap aku.. eh ke 247... skit lagi nak ke bacaan yang wajib masuk hospital. Kata doktor mungkin sebab aku minum pati ikan haruan poleney. Adui nyesal aku minum.. baru 3 botol je pun aku minum pati ikan haruan tu tapi memang menyesal la.

Hari sabtu doktor suruh cek lagi, bacaan naik pulak lagi 2... Jadi 249. Aku dah cuak gila,
 *** Edit here!!!! Ok sebab ramai sangat yang mesej nak tau camna cara turunkan bacaan so aku share jela kat sini ye. Aku edit part ayat sebelum ni atas sebab-sebab tertentu.

So caranya, campurkan bagi susu badan dan gak susu formula. Susu formula tu biar yang kosong macam lactogen sebab kalau macam S26 banyak nutrisi sangat katanya so tak sesuai. Bagi sekali or 2 kali sehari sampai bacaan turun. Macam aku kalau tak silap aku bagi sekali pagi dan sekali petang. Susu badan still bagi tau, jangan korang cakap tak payah bagi susu badan pulak, cadangan tu cuma campurkan je, sekali bagi pagi dan sekali lagi bagi petang.. Sikit je, tak payah banyak. Sebab untuk campur dia ada dibagitau cuma tak pandai pulak aku nak explain kat sini. Cuba la.. tak salah untuk kita cuba.. dan aku share sini sebab cara tu berjaya untuk anak aku. Jangan pulak ada yang bash aku cakap ape pulak, susu ibu la bagus untuk turunkan kuning anak, yerrr aku tau, tapi ni antara uji kaji yang pernah dibuat dan dicadangkan pada aku dan berjaya, jadi terpulang pada kawan-kawan sama ada nak cuba atau tidak. Sekian, terima kasih. ;-)***

Then Isnin tu aku cek alhamdulillah turun banyak bacaan dia turun sampai 205 ker barapa erk aku lupa.. then continuously dia turun dan turun. So masa aku balik kuantan tu check 1st day kat sana kuning dah di tahap ok, memuaskan dan tak perlu amik darah untuk check lagi.




Next effect ke 3. Aku tak tau la effect dari mana atau ape. Tapi ukur lilit kepala Eqal terkeluar dari graf. Masa kuar normal 35 ukur lilit dia tapi masuk sebulan naik mendadak 40cm ukur lilit, mas tu tak kuar lagi graf then after 2 weeks doktor mintak datang lagi untuk ukur kepala, naik jagi 41.5 so tak berapa nak normal. So sampai sekarang aku kena ulang alik buat appointment untuk pantau kepala dia. Setakat ni ok sebab kata pakar hospital Kuantan kalau ada something pada otak baby, baby takkan dapat minum susu, dia cam tak boleh nak terima arahan dari otak untuk minum susu, then kalau minum akan muntah balik. Lepas tu kalau kita panggil dia takde reaksi. Eqal normal macam baby lain takde tanda2 macam tu tapi still kena pantau sebab kepala kan takut apa2.. tapi aku doa sangat mintak dijauhkan dari semua tu. Oyer, Khamis ni next appointment aku kat HTAR.

Ok, effect ke 4 plak. Yang ni aku tak sure sebab aku demam ke sebab doktor tak sedut betul. Anak aku ada kahak kat tekak dia since kuar dari hospital. Kat hospital takde dengar lak bunyi tu, ke aku tak perasan tak tau la kan sebab sebok nak balik sebab tak tahan sakit turun naik katil tinggi. Dia asyik bunyi je kahak kat tekak dia tu. Tanya doktor katanya normal, akan ok nanti. Tambahan paru2 dia clear. Dari doktor kat klinik botanik sampai ke klinik balok aku tanya, suma kata normal. Sekali masa cek untuk ukur lilit kepala Eqal tu macam aku citer kat atas, doktor situ risau sangat then mintak anak aku amik nab untuk ilangkan bunyi kat tekak dia.

After an hour jumpa dia balik untuk tengok ada perubahan atau tak. Still sama, still ada bunyi so dia takut penyakit lain then refer aku ke HTAA lak. Aku masuk wad kecemasan ada la dekat 2 jam tanpa layanan dari doktor. Orang lain aku tengok masuk je terus doktor layan, masuk je ada rawatan dari diorang tapi aku dipandang sepi. Pehal, sebab anak aku baik je tak nanges camtu??? Sakit ok tangan aku nak pangku naak aku yang masa tu dah 6kg. Last2 aku sakit ati aku tanya nurse dia berapa lama lagi aku kena tunggu sebab gila lama takde sape assist anak aku kan. Tentiba aku dengar doktor tu cakap, kenapa takde sape bagitau.. Ko rase nak lempang tak semua orang dalam tu??? Dengan anak aku yang agresif kat luar tunggu dengan mak aku yang dah tua, risau gila aku kot. Bila doctor tu datang aku tanya apa sume dia explain cantekk punye sebab tau aku tunggu lama gila.

Tak pasal kena masuk wad, sebab takde sape nak hantarkan aku kena tunggu lagi dekat 1 jam. Perut keroncong jangan cakap la memang lapar gila, Eqal lak asik mintak minum je. Kol 2 lebih gak la baru aku disorong naik wheelchair masuk wad. Tapi korang tau, doktor yang assist aku pun tak tau nak tulis sebab ape anak aku kena masuk wad, dah tu acane? Sebab perkembangan dia normal je. Cuma ada kahak, ukur lilit kepala besar terlebih dari graf tapi perkembangan aby positif. So bila ketua pakar datang buat lawatan ketua tu senyum2 tanya aku "Puan rase anak puan patut diwadkan ke?" Harus la aku cakap tak hihihi then dia balas, "Doktor pun rase macam tu, jadi puan dan baby boleh balik ye" Gile suka aku weh, terus call husband cakap tak payah amik cuti balik.

Ok tu la antara effect yang jadik pada baby Eqal.. ntah la aku pun naik risau sebab kahak tu still ada sampai sekarang. Khamis ni nak tanya boleh tak diorang sedut sebab takut jadi astma kan.. Kepala tu aku tak risau sangat sebab aku tengok perkembangan dia ok sejak lahir sampai sekarang, pandai senyum, pandai gelak, siap sebok nak jalan dah kepala pun boleh angkat kalau aku tiarapkan tangan kaki semua boleh gerak secara normal so just pantau perkembangan jela.

Ntah la mungkin la ni dugaan2 kecil Allah nak bagi pada aku sebab masa mengandung aku banyak sangat ngomel, tak puas ati la semua, macam tak bersyukur kan sebab dugaan mengandung 2nd baby ni banyak tak macam masa Qimie, semuanya smooth je. Makin lama kawin makin banyak dose kot kat laki haahah dan mungkin makin tambah umur makin banyak dose secara sedar atau tak sedar aku buat kat bumi Allah ni.. mungkin sebab tu Allah bagi dugaan supaya aku beringat, who knows kan..

Ok tu je nak share dengan korang. Chill hihihi...

20 comments:

~aSHa~ said...

dik...emel la akak,apa yg doktor sharekan tuk hilangkan kuning tu..mana la tau akak leh gunakan tuk anak akak nanti..

azrisha03@yahoo.com

Anonymous said...

Sya dlu demam jgak tp lpas operate keesokknya...

Sblum operate dh msuk antibiotik,lpastue pun kna so kri knan tngan mmbengkak..huhu

pas brsalin duk wad 5 ari pastue baby plak admit sbb jaundice sminggu...

Tension gler msa tue..dgn skit kt tmpat operate lg,bak kata u dgn katil tnggi..nk xnak kna ar Berdikari dlam kesakitan...

Mlam 1st tnggalkn dia kt spital,doc ckap katil pnuh tp guard ckap ada 4 katil ksong..ntah ar...

Sok pepg dtang bg dia nyusu,Doc ckap ada katil trus join skali brkmpung sbab...

MASA BG BABY NYUSU, DOC@NURSE XDER DLAM BLIK YG BNYAK BABY TUE..ADA STU BABY DIA BG TANGKUP,LMPU ATAS BWAH..BABY TUE XLEH HANDLE KPALA DIA PAS2 MCAM DH NK LEMAS..SYA ANGKAT BABY TUE PASTUE BG TDO MENELENTANG...'DLAM ATI SYA,KLO LAH XDER YG PASAN APA LAH NSIB BABY NIE EKS...'

LiErOSe~QiEmi said...

asha:
kak da emel da

LiErOSe~QiEmi said...

anony:
Bersalin dulu katner?? Klang gak ker? Klang klu 1st class sangat selesa tp wad kanak2 takde kelas2 ni.. makanya sumer la sama.. seksa ya amat..

kan.... tapi saya tak berani la nak angkat baby2 yg ada dlm bekas tu.. tak sampai ati..lgpun masa datang selalu penuh dgn ibu bapa baby & nurse & doc pun ada dalam tu...

Demam gak erk.. sama la tangan kaki bengkak gila... dekat 2 minggu gak la baru surut bengkak kaki tau..

hyazz said...

la..sian dia...insyaallah takde pepe tu..selagi perkembangan dia berjalan elok..takyah risau...kadang kadang tengok keupayaan baby tu sendiri..ada jugak baby yang sampai 2 tahun baru boleh jalan..boleh cakap..

satu lagi..maknye jangan buat kerja berat berat.. jaga perut tu..takut terbukak balik

...mommy jue... said...

aku dulu cam ko juga, cuma tak demam.. dktr pecahkan air ketuban awal, then baby dapat pneumonia.. 2 minggu jugakla aku ddk kat wad nicu.. dahla aku batuk teruk tau, sampai tkencing2.. sebelum bsalin sampai lepas bsalin.. dalam pantang plak tu.. memang azab dan sakit Allah je yang tau..

yup, dktr memang tak galakkan makan jamu, pati haruan apa bagai masa dalam pantang.. makan buah sunkist je, sebab bagus untuk sembuhkan luka dalaman dan banyakkan gerak.. so, sepanjang tempoh pantang, aku memang tak amik seme tu...

zura_habib said...

sy dulu operate mmg xde kesan pape...misi dtg kt umah ngeri tgk sy berjalan mcm xpenah bersalin pun...maybe masa tu Allah bg kekuatan sbb nk berulangalik hanta susu kt Habib diNICU...

LiErOSe~QiEmi said...

hyazz:
tu la perkembangan dia ok je.. sekarang pun dah sebok nak meniarap..

ngeh2... kadang2 tak sedar dah terbuat keje berat hihihi

LiErOSe~QiEmi said...

mommy jue:
jun, aku ada dengar gak makan sunkist tu tapi tak berani makan banyak sangat.. lepas dah 3 minggu baru aku makan sepotong sehari..

uuuiii sakitnyeeee.. batuk2 lepas operate.. aku paling banyak doa mintak tak dijangkiti batuk laa masa lepas operate tu.. takut weh, sakit weh...

LiErOSe~QiEmi said...

zura_habib:
yeke... memang kuat betul la zura ni.. saya je kememek.. siap husband yang mandikan, yang lapkan badan sebab tak berani nak angkat cebok air uhhuhu

eima said...

kesian eqal...
ade byk effect jeugak ek klu demam time bersalin ,...

aku dulu misi gak yg pecahkan ketuban ..mayb bersalin normal kot tak dak pepe la kat fahim ok je...

bab kahak tu maybe taks edut abis kot time pas lahir ... alisha demam batuk beraka ari tu die dah ok dah ..clear dah ...

try bw eqal jumpa paed swasta tgk suggestion diorg .... kadang doktor pakar kerajaan ni ikut bajet kerajaan jugak ...

aku doakan eqal sehat sejahtra ..


nak tau gak bab tips kuning tu ... share la ngan aku email ek even dedua anak aku tak kena kuning mana tau yg ke3 kena bleh try ...

noor.izmaliza@gmail.com

cikpuanhady said...

hihi..macam kenal aje link kat atas tu..

ha'ah, rasanya pasal kahak tu sbb tak abih sedut tu masa lahir..harapnya eqal membesar dengan sihat, kuat & cerdas..

zahra pon kena kuning gak..taktau la nape..tak makan jamu apa..tapi takdela sampai kena ward, tp tak silap 1-2 kali jugak kena amik darah kat kaki..kesian sgt..

kalau sudi, boleh share pasal demam kuning tu, mana tau yang akan dtg pon kena kuning gaks..leh emel ke notrebelle@gmail.com

LiErOSe~QiEmi said...

ahahaha.. macam kenal ye..

kahak eqal still ada tp tak setetuk masa kecik dulu.. maybe betul kata doktor, menda tu akan hilang selari dgn tumbesaran dia

zahra pun kuning ye.. eqal kena amik darah kat kaki rasanya ada la 6 ke 7 kali rasanya.. sebab tinggi kan hampir2 tahap untuk masuk wad.

nanti bunga emel k

Rosalmi Ayu said...

Salam.. Boleh tk tolong emel cr nk turunkan kuning.. Anak sy tk turun2 kuningnye. Tkmau kena warded..terima kasih banyak2

emyfaiz102@gmail.com

Anonymous said...

Salam kak.. Blh x akk email kn tips kurangkn kuning tu.. Mntk tlg sgt kt akk nie.. Sian tgk baby asyik kene cucuk je amik drh.. :(

noraliza musa said...

Salam kak.. Blh x email kn tips kuning tu.. Mntk tlg sgt kt akk ni.. Tq kak..

yus_luv_liza@yahoo.com

noraliza musa said...

Salam kak.. Blh x email kn tips kuning tu.. Mntk tlg sgt kt akk ni.. Tq kak..

yus_luv_liza@yahoo.com

noraliza musa said...

Salam kak.. Blh x email kn tips kuning tu.. Mntk tlg sgt kt akk ni.. Tq kak..

yus_luv_liza@yahoo.com

siti noor aishah said...

Salam..kak..blh emel cmne nk trun kuning? Anak kne kuning..tinggi..kecian tgk die cm nk nangis..tlg sgt2 kak..

isya0626@gmail.com

Anonymous said...

Salam..sy dlm pantang ni..br 2mggu....beby pon kena kuning jugak.baru2 ni jadi..boleyh la share kt sy skali cara nak turunkan kuning tu...

miss_poker86@ymail.com

tq...