Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, January 19, 2012

Serik diet secara tak sihat

Tengok tajuk pun dah tau kan.. Actually Senin lepas aku MC sebab aku hampir pitam kat rumah.

Citenye cenggini, pagi tu hubby kejutkan aku cam biasa (ekekeek kantoi di situ, suami kejutkan isteri..) then lepas salam (aku biasa salam awal sebab takut time aku siap mandi, dia dah gi keje) dia aku masuk bilik air la nak mandi, tentiba perut aku memulas, gila sakit la.. So duduk dalam toilet lebih setengah jam tibe-tiba aku rase pening gila, macam takde oksigen kat kepala ni. Kuar bilik air sambil terbongkok2 intai kat tingkap hubby lom gerak.

Terus gagahkan diri kuar bilik pegi ke ruang tamu. Dengan towel nak jatuh dahnye, mata berpinarnya, memang dah ding dong abis la. Mula2 terlanggar kabinet tv, pastu langgar siling door terus aku jatuh. Merangkak plak capai pintu nak buka sliding door. Sempat panggil "Abang, tolong" pastu terus jatuh terjelepuk.

Sebbaik hubby perasan weh, dia dah nak undur motor dah masa tu. Terus matikan motor buka grill, tarik langsir sebab wife dia dah separuh bogel hhihih.. towel dah jatuh terus, papah aku masuk bilik. Aku separuh sedar masa tu. Tapi perut still memulas, aku mintak dia papah masuk toilet tapinye masuk toilet pun takde apa kuar pun tapi tahap peluh aku tu tahap kuar peluh jantan kot...(peluh pun ada jantina ek hihihi).

Masa dalam toilet dengar hubby kejutkan anak-anak bawak ke pengasuh. Aku kuar toilet tengok semua dah takde, baring atas katil secara tidak tokmaninah ekekek.. ayat ape ntah guna sebab menonggeng sebab sakit perut. Hubby sampai je terus suh aku bersiap nak pegi ke klinik.

Kat rumah lagi aku dah rase seram sejuk, tangan aku memang sejuk, dalam kete pun tak tala ekon kat aku sebab aku rase macam dok dalam peti ais, hubby lak complain panas so amik sume ekon tala kat dia. Sampai klinik otomatik perut aku rase ok skit. Tak sesakit masa memula pagi tadi.. Sokmo la kat hospital ke klinik ke rase sakit mesti kurang sebab takut dengan doktor, boleh??? Hahha...

Jumpa doktor dia terus tanya, kenapa, aku cakap sakit perut, pening, nak muntah, sakit perut. Terus dia cakap baru lepas bersalin kan? Cek mata, perut bagai.. Katanya aku pucat, tak cukup darah dan cek tekanan darah, tekanan darah aku rendah. Huhuhuh...

Pastu aku cakap la darah kurang sebab aku period ker sekarang. Then aku cakap la aku amik perancang jenis cucuk, terus doktor terperanjat. Awak cucuk? Menyusu badan tak? Masih, tapi campur la bila keja takde bagi pun dan takde pun perah2.. Katanya ibu yang menyusukan tak elok amik perancang jenis cucuk, tak tau camne effectnya tapi elok ambil pil perancang keluarga dan doktor tu syorkan Noriday sebab dia tak keringkan susu. Aku ada tanya gak pil jasmin, tapi katanya tak boleh sebab takut keringkan susu.

So kesimpulannya dapat la MC dan 5 jenis ubat - ubat tambah darah, lancar darah, angin, sakit perut, cirit, dan gak serbuk untuk bancuh dengan air tu, tuk tenaga kata hubby. Lepas dah makan ubat-ubat tu aku rase perut aku ok sikit la tak la teruk sangat sakitnya dan loya, pening & nak muntah tu dah takde cuma sampai ari ni aku still rase perut aku tak berapa nak sedap. Hubby suh makan ubat sakit perut tu tapi malas la continue, klu betul2 sakit baru aku nak amik uuhuhuhu dasar culas ubat kan.

So, bila citer kat mak, terus kena bebel, tak bagi aku diet dah. Memang sekarang aku tak makan malam dah, tapi biasanya aku akan makan biskut or minum milo sebelum tido tapi minggu lepas aku asik tertido sebelum sempat amik milo or biskut. Anak pula hujung minggu memang fully breastfeed tenaga aku tak cukup untuk cover balik.

So, ni la alasan untuk aku tak diet lagi.. Ok tak.. cukup kukuh tak alasan ni?? HAahhaha.. ok2 lepas baby dah 1 tahun setengah baru aku on balik diet aku erk.. Tak berkesan gak aku jumpa Doc Rozmey terus ahahaha... Yang pasti aku memang serik dah nak diet secara tak sihat... Sekian eceh macam ucapan penutup majelis pulop!

9 comments:

eima said...

bahya betui .. klu laki ko tak prasan pe la jd kat ko ..silap² dah kena rogol dah ..

♥cikmOt♥ said...

naper ko nak diet nge...ko gemuk ke...ishhh

MRS. K said...

adoii.. ko ni. kan baru abis pantang. takyah la nak diet2 bagai lagi.. ni aku nak bebel nih.

dah klinik mana ko pegi yang kasi cucuk tu wei??????????????

MRS. K said...

eh kejab tak dpt aku nak bayang ko separuh bogel telentang kat depan pintu.. hehehe..


jaga makan wei

hyazz said...

la..sabau jer la..seb bek takdop pe pe...anak tengah kecik ni..makan je apa apa pong..sok sok anok doh besar sikit..diet la weiii... sian sangat aiihh..
seb bek masa jadik gitu asben ado lagi...kalau tak apa jadi ntah...rOse rOse

ejaMaria said...

akak masa menyusukan baby - mmg tak diet tapi pantang makan benda2 yg boleh effect susu badan je... lepas baby berhenti bf baru diet bagai nak rak...
tapi akak perasan masa bf berat badan tak naik pun... yg naik lepas berhenti bf... hihihi

take care ye dik... ^_^

LiErOSe~QiEmi said...

eima:
klu laki aku dah gi keje aku tak la gi depan pintu tu weh hhihihihi

cikmot:
kak... berat naik mendadak sebab tak leh nak pantang pakai barut kan msa pantang... gumukkkk

Mrs. K:
heheheh... gemok la k.. naik lagi 3kg aku dah obes dah...kuar bmi daaa

cucuk kat klinik kajaan la weh, free kan hihihi

LiErOSe~QiEmi said...

Mrs. K:
mengoms mu ni hahahaahah.. seksi dalam seksa gitu kan haahahh..

hyazz:
klu asben dah takde tak tau laaa apa jadi pada anak2 huhuhuh...

ok2 tak diet dah haaha...takott...

ejaMaria:
kak, masa baby 1st memang tak naik sebab tak makan perancang kuarge n tak cucuk, ni effect cucuk berat naik... mendadakkk huwaaaa...

thanks kak..

.::Lynn::. said...

susu anak adalah diet yg terbaik ko tau.. lihat lah aku.. masuk anak ke2 bf sepenuhnya.. kering ko kena isap dek anak.. huhuhuhu