Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, February 16, 2012

Cuti bersalin elaun PA kena tarik, ok.. tapi kena bayar lump sum.. tidak ok

Mood down & paswah Erra Pajira.. Motip???

Ok, nak cita la ni.. Semalam dapat call dari Ptj ofis. Katanya bulan 3 ni nak kena potong elaun2 yang aku dapat masa bersalin hari tu. Aku macam, what?? Ingatkan diorang dah potong siap2 sebab diorang tahu aku bersalin bila.. Sebab aku mintak cuti bersalin awal 1 minggu dari due. Si memang tak tengok slip gaji & takde simpan pun untuk bayar balik nanti.

Aku kira2.. kena potong RM750 untuk elaun PA.. Oklah, pasrah.. Tak sampai 10 minit budak tu call balik katanya, bunga, nak bagitau..ada 2 elaun kena potong tau.. elaun PA dengan dwi-bahasa. Aku macam haaa??? Dwi bahasa pun kena??? Ok dwi-bahasa RM85 kali pulak dengan 3... OMG... Total kena potong RM1005. Gila ok gila. Aku tanya tak boleh ke bayar ansur... katanya tak boleh. Terus letak tepon menung panjang kejap. Post kat FB tanya betul ke elaun dwi-bahasak kena potong, tanya JPA bagai, katanya ikut fahaman dia memang kena potong. Pasrah!!!

Call balik PTJ ofis tanya, tak boleh ke nak buat rayuan untuk buat potongan gaji 2 kali.. Katanya yang buat Kew-8 tu, okla kesian pulak pada bunga, saya buat 2 kew8 la.. Satu potong RM750 dan bulan 4 pulak potong RM255. Aku macam, still beban bagi aku.. So aku tanya sape yang selalu luluskan claim2 ni sebab nak buat rayuan untuk bayar 2 kali, at least RM500 sebulan tak la rasa sangat... So dia mintak aku call Pembantu Akauntan Kanan.. Sampai kol 5.15 aku tunggu untuk cakap dengan dia, tapi dia tak pick up phone, maybe sebab dia belum habis meeting.

So pagi ni aku call balik dan dapat. So tanya la dia boleh tak kalau aku bayar 2 kali. Then dia tanya aku eh bayar balik apa sampai RM1k. Aku bagitau la masa bersalin, elaun yang patut dipotong dibayar so kena tarik balik bagai. Cerita itu ini, then aku tanya boleh tak buat potongan 2 kali, kalau kena buat surat pun aku sanggup sebab dalam payslip tu sendiri aku dah ada potongan perumahan, potongan duit PTPTN dan gak duit pinjaman peribada yang total dia dah lebih dari 1k, so bila tolak sekaligus RM1005 tu tinggal berapa je. Untuk belanja harian dengan minyak kete aku sendiri pun tak lepas.

Eh, tak boleh katanya AG dah bagi garis panduan. Kalau bayar separuh2 nanti diorang tolak, kena bayar lump sum. Aku siap cakap kalau macam tu kejam la, apa nak makan kalau sekaligus kena tolak.. At least kalau ansuran 2 bulan, aku bukan mintak 3 or 4 bulan, 2 kali bayar je.. tak la beban sangat pada aku. Anak sorang boleh survive lagi, anak 2 means mana yang baje bulanan 300 dah jadi 600 mana yang bayaran pengasuh 250 jadi 500. Bayar tetap bayar cuma minta pertimbangan atas dasar kemanusiaan untuk bolehkan aku bayar separuh-separuh. Aku laki bini bukan orang kaya boleh petik jari je dapat terus duit. Laki aku pun bukan keje yang gaji dia riban2 yang membolehkan aku tutup mata je kalau kena potong terus RM1k.. Bukan ok..

So, merayu macam mana sekalipun jawapan puan tu tetap.. NO!!!! Tak boleh. Kalau nak ansuran boleh, tapi kena pergi kat AG, mintak duit pendahuluan, isi borang bagai.. Ok aku tau menda tu melecehkan dia sebab kena buat itu ini. Tapi kenapa jabatan lama aku tu boleh je buat untuk kawan aku tu.. Tu bayar RM600 je (sebab anak 1st dia cuti 2 bulan je dan anak kedua cuti 3 bulan dan elaun bulanan RM120) tu pun boleh buat rayuan untuk bayar ansur.. aku ni 1k kot???

Ntah la.. mak aku sendiri terkejut, macam kejam lak nampak kerajaan ni... aku tak tau la kerajaan kejam ke ape.. tapi bagi aku sebagai penjawat awam, aku tau menda ni atas ketua jabatan. Kalau ketua jabatan luluskan takde masalah pun. Takde babitkan AG pun. Diorang terima duit macam biasa, lain la short sebab tak bayar langsung kan.. Tak tau la nak cakap, tapi kebanyakan kawan aku, orang kewangan diorang cakap boleh je nak bayar ansuran.. Well terpulang pada budi bicara kan..

Serius, semalam aku balik masa drive, kepala kosong je. Fikir, mana nak cari duit untuk bulan Mac nanti.. Hubby keje pun gaji lingkungan aku je.. dua2 keje kerajaan je kan.. So memang rase down gila. Nasib baik selamat sampai rumah semalam walaupun banyak kali gak brek mengejut tak perasan depan keta dah stop dan kete ke kiri ke kanan.. Huhuhu.. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku...

Solution yang aku dapat, call abang aku mintak pinjam dengan dia RM1k untuk bayar PTJ. Adik beradik boleh bayar ansur2, at least tak la beban sangat aku rase daripada bulan 3 nanti tiba2 gaji tinggal 2,3 ratus je.. So esok nak jumpa puan tu, yang aku dapat tau memang agak berkira bab-bab nak kuarkan duit ni macamkan duit tu dia yang punya.. Tapi bab tarik duit orang cepat je, so nak gak aku berkenalan dengan orang cenggitu..

Owh, kata mak aku.. hidup ni ada masa kita kat atas, ada masa kat bawah, sabar jela.. menda ni tak kena kat batang idung puan tu sendiri lagi kot.. or klu tak kena kat dia pun maybe anak dia ker sedara dia ke, mana nak tau kan.. Baru dia tau tinggi rendah langit ni.. Eh, tak ek.. bukan salah dia ek.. Yelaa dia ikut garis panduan dari AG je.... kannnnnn walaupun jabatan lain pun ikut jugak tapi still boleh consider untuk bayar ansuran, janji bayar konsepnya kan....

Ok, aku memang pasrah la ni..On lagu Era pajira cepat!!! Kini akuuuu pasrahhh dengan segalanyaaaa.. kepedihannn ini... masih terasaaaa... hahahah

11 comments:

eima said...

bunga sesambil baca entry ko ni call kakak jg gaji ... die ckp potongan boleh potong maksimum 6 kali .. budak wat gaji ngn jg akaun tu pemalas kot nk buat utk ko

Lida Rahim said...

ayyoooo!!

YaYaNsMuM said...

huhu...YM pun penah kene.Tapi, lagi naya, diorang tak bagitau nak potong for the month, dah smpi depan ATM, gaji tinggal seciput...maunya Mak tak meraung...uwaaaa!

LiErOSe~QiEmi said...

eima:
budak tu ikut arahan penolong akauntan kanan tu.. dah orang tu tak bagi buat, camne dia nak buat... ntah la weh... aku dah tahap pasrah abis ni... smlm dah puas nangis kot...

lida rahim:
ayoooo kadawale..kadawale.. ihhhihi

Imaan09 said...

siannya sis..saya pernah mengalami menda lebih kurang gtu.. tetiba announce "permohonan diluluskan..TANPA GAJI"..2 bulan merana.. lagi laaa..lagsung xde!
sabar laa ek.. insyaALLAH ada nnt tu dr mana.. TUHAN Maha Tahu..

LiErOSe~QiEmi said...

YM:
uiiii lagi sadis.. ape kejam sangat diorang tak bagitau.. patut bagitau awal, at least kita boleh adjust belanja bulanan kan.. walaupun korek2.. at the end haahah..

imaan:
2 bulan tanpa gaji?? ni pun sadis.. aduyaiii..tu la tengah sabar la ni dik ihhihihi

iedchan said...

owh ciannye...saba je la..tatau sbb tak kije kerajaan. Maybe u boleh amik cuti byk sket bulan ni tuk krg kan gn duit..:)

i folo u :P

iizla said...

uishhh sampai mcm tu sekali..
hmm, terpaksa pasrah je la kan.
doa banyak2 insyaAllah murah rezeki k!

deelira@deeliraz said...

blh potong gaji secara ansurans la nge. atas jabatan. xpela, ko pon dah jelaskan semua kan? ok la tu..

aku amik pengajaran utk diri sendiri la.. simpan siap2 gaji tu nnt.

LiErOSe~QiEmi said...

zue, ngak bulehh... udah ngekol sumer2 pun katanya enggak buleh.. polisi selangor kot.... ntah... takpela dah redha dah pun...

haaa.. ko kan akan datang.. sila la yer jgn guna gaji tu...

.:Mama Dhia:. said...

eh..bukan ke leh bayar ansur2..

elaun dwi-bahasa pun kene tarik ek>>huhuhu..sedeynyer..