Jom klik

kENgkaWAn

Monday, February 13, 2012

Pengajaran anak hilang..

Baru last week aku cite pasal anak aku hilang kat mall kan, tentiba ari ni aku buka blog kak Izan, dia cite menda yang sama. Dan aku memang faham sangat perasaan dia.. Memang kita akan cari anak kita macam orang gila, tak hirau dah sekeliling, lantak la orang nak cakap apa kan.. Perasaan kita ni tak payah cakap la, bercampur baur.. Hanya orang yang pernah alami je yang faham ape yang si ibu & si bapa rasa.

Kes hilang ni dah banyak kali jadi dalam keluarga aku. Dulu masa aku form 3, aku ikut kuarga angah aku pergi Genting. Saja2 naik tengok apa ada dalam Genting Highland tu. Duduk kat indoor aje, tapi boleh leka sampai anak sedara aku si Mirul boleh hilang. Rasanya orang yang last pegang dia sebelum dia hilang tu, aku. Tengah dok bincang2 nak main ape, tiba2 angah aku jerit, mana Mirul. So macam orang gila cari si Mirul, panggil guard, tanya orang tu, orang ni.. Sebab Genting kan... gila ramai orang kat situ.

Kitorang dah memang tahap pasrah dah masa tu. Then aku tiba2 doa, dalam doa aku, aku cakap, YA ALLAH, AKU TAHU SALAH AKU SEBAB MIRUL HILANG, AKU MOHON YA ALLAH TEMUKANLAH AKU DENGAN ANAK SEDARA AKU TU, KAU BANTULAH KAMI YA ALLAH.

Memang masa doa tu, aku dapat rase aku kerdil gila, insaf, ikhlas mintak petunjuk dan bantuan dari-Nya. Elok aku raup muka aku, aku terus nampak Mirul ada kat belakang orang main game. Rupanya dia ada dekat je dengan kitorang, asyik dengar bunyi musik yang keluar dari game tu. Aku tak ingat game ape tapi nampak je dia terus aku peluk, jerit panggil angah aku. Masa tu rasanya umur dia kalau tak 2, 3 tahun. Memang tengah seronok nak mengenal alam.

Jumpa je Mirul, angah aku menangis tak hingat, then kitorang pun terus turun dari Genting.. Takde mood dah nak main, sebab masing2 macam lembik lutut sebab kehilangan Mirul seketika. Tapi aku perhati la. Biasanya budak2 ni, diaorang takkan pergi jauh dari kita. Macam mirul, dia ada dekat je dengan kitorang, tapi sebab tak terfikir dia ada kat sekeliling kita je, so kita tak cari kat kawasan yang berdekatan.

Sama macam situasi masa Qimie hilang, dia sebenarnya ada dekat kawasan kitorang berkumpul, tapi kitorang yang cari sampai ke sana sini. Nasib baik anak sedara aku tu pernah hilang adik dia, so, dia pun tau camne nak cari budak hilang. Macam aku, fikiran aku dah macam tak waras masa tu, kalau nampak dia pun macam dah tak nampak apa dah sebab panik kan..

Hati2 la kalau berjalan kat tempat sesak ni, sebab potensi untuk kita jumpa balik anak kita biasanya 50-50. Kalau dia hilang, tapi takde orang ambil kesempatan culik dia, takpe lagi, boleh lagi la nak jumpa, tapi kalau ada yang berhati busuk nampak kanak2 seorang diri, then nak culik, memang.. susah nak jumpa dah..

Kadang2 kita rasa, kita dah cukup berjaga, tapi sebenarnya kita tak sedar, kita tak cukup berhati2.. Sebab anak2 kita sekarang sangat aktif, tak terkejar dek pandangan mata kita aje. Kadang2 aku rase macam nak beli tali, ikat anak2 aku.. Macam negara barat, diorang ikat anak diorang pada badan diorang.. Memang nampak agak kejam, tapi risiko anak akan hilang dari kita adalah zero.. Ermnn... tapi tak sesuai dengan budaya kita kat Malaysia kan.. silap2 jadi perhatian ramai, terus masuk dalam surat khabar, IBU KEJAM haahhah...

7 comments:

eima said...

bg aku klu anak jenis yg takut brani xplore gitu ... mmg wajar beli .. ramai je aku jumpa kat alamanda ni diorg pakaikan belt tu ...

ia tidak kejam ...jgn pikirkan pandangan org ..pikirkan hati kite ....

hyazz said...

itu lah..risau gila dibuat nya..seb bek jumpa..

♥cikmOt♥ said...

tulah kan...nak jek pakaikan harness...tapi sure banyak mata yang memandang...

tapi bila jadi kejadian anak ilang ni...samer mau jawab...sendirilah jawabnya...

sangat menakutkan ok...

LiErOSe~QiEmi said...

eima:
tu la.. aku ingat klu haiqal pun sma je peel cam qimie.. memang aku beli belt tu... pakai kat budak bedua tu.. lantak la kan pandangan orang.. aku dah penah terkena... tak mo terkena lagi...

LiErOSe~QiEmi said...

hyazz:
mmg risau weh.. jg la anak memolek.. jgn cuai cam aku haahahah..

LiErOSe~QiEmi said...

cikmot:
kak izan.... kena pertimbangkan gak kak tuk pakai belt tu.. akak dah 3 anak... tak dan nak awasi ketiga2 tu serentak.. saya ni at least jaga 1 sorang... tu pun leh gak terlepas pandang.... aduiiii

Nadiah Sidek said...

saya pun memahaminya sebab safiyyah pernah hilang dulu..huhu. alhamdulillah jumpa semula