Jom klik

kENgkaWAn

Friday, February 10, 2012

Qimie Hilang??

Salam all. Semalam aku MC, mintak dengan doktor sebab tak tahan batuk dengan selsema so nak rehat kat rumah lepas makan ubat, sebab ubat yang dia bagi leh bagi kita lelap dalam masa setengah jam je.. terus padam.

Hari ni aku nak kongsi cerita pasal anak sulong aku si Qimie. Ok cuti Maulidurasul ari tu aku kan balik Kuantan. So anak2 sedara plak menggedik ajak makcu dia ni main bowling.. Suka la hati si aicu dia (hubby) sebab dah lama dia peram nak main bowling tapi duet dia kena pantang sebab baru lepas operate kan.. So berangkut la 4 anak sedara pergi ke bowling kat Kuantan Plaza.. Eh aku baru tau Parkson kat situ dah tutup, beriya aku nak gi jalan2 kat situ huhuhhu..

Lepas dah main bowling tu, hubby tingin nak karok pulak. So nyinggah la kat Kuantan Parade(KP) plak. Kat situ murah skit 1 jam RM15 je berbanding kat Teruntum 1 jam RM30. So hubby balun sampai 2 jam. Ok aku masuk bilik karok tu tak sampai 10 minit sebab Eqal melalak bagai ape bila dengar muzik. Terus la kuar membawa diri. Sakit kot kaki aku pusing2 KP sorang dengan tolak stroller si Eqal. Eqal memang senyum manjang la sebab dapat jalan2 daripada dok dalam bilik karok yang bingit gile.. Sob..sob.. 1 lagu pun aku tak dan nak nyanyi...

Ok then lagi 20 minit nak habis karok aku masuk balik bilik, tapi tak lama gak sebab Eqal melalak lagi.. Aduu.. kali ni aku bawak Qimie kuar sekali, cian dia boring dok dalam tu, anak sedara aku si Yana pun nak ikot kuar, bagus la sebab ada tukang jaga. Sebelah bilik karok tu ada game untuk kanak2. Adui kopak la RM10 aku beli token tuk Qimie main.. Klu main betul2 takpe, ni naik je kapal terbang yang gerak2 tu nanges2 nak turun, penakot betul. Kejar2 la dia jap nak main tu, jap nak main ni. Last2 hubby kuar gak. Aku yang dah memang penat ni serah la Qimie dengan Eqal kat diorang kasik jaga. Aku berurut kat kusi yang RM1 dapat 3 minit ke 5 minit tu.

Lepas dah urut aku pergi kat tempat diorang kumpul, tengok hubby main keta. Time tu semua ada la.. Aku call mak aku cakap jap lagi dah nak balik dah sebab takut mak risau kan.. Lepas abis kol aku snap2 gambar diorang main.
Klu korang perasan takde pun Qimie dalam gambar kat atas tu. Lepas aku snap aku baru perasan, terus aku jerit, "QIMIE MANA??????" Terus semua panik. Aku macam ape dah.. Semua berpecah cari dia. Aku pusing2 tempat game tu tak jumpa, terus teringat tadi dia macam nak ikut 1 pakcik tu.. nak main cam kejar2.. Aku risau dia keluar dari tempat game tu. Hubby lak sambil tolak stroller anak menyinga kat aku "QIMIE MANA??" Aku dah tak kuasa nak bertekak salah sape, terus blah dari hubby.

Aku terus la keluar dari tempat tu pusing2 cari dia. Dalam otak aku ni abis putar balik saat aku marah dia, saat aku peluk dia, semua detik macam putar balik dalam kepala aku ni. Macam orang gila aku cari setiap kedai sampai ke eskalator, hubby call. "Sayang, kat mana? Dah jumpa dah Qimie".

Korang tau, perasaan aku masa tu, Allah je yang tau, macam ada 1 batu besar atas kepala terus ilang.. Hahahah..macam dialog dalam cite P.Ramlee kan... Aku terus meluru kat Qimie yang masa tu anak sedara aku dukung, terus nangis2.. aku cakap, "kenapa tinggal mama, Qimie pegi mana.. Qimie tak sayang mama ke??? Mama cari Qimie merata tau.."Qimie lak bila tengok aku nanges, dia sama naik berair mata dia.. macam nyesal gitu.. tapi aku tau kejap je tu... pastu dia gelak2 balik.. Aku je yang macam nak pengsan, lembik lutut aku, gigil2 weh.. Semua orang kat floor tu tengok kitorang, dah macam drama dah. Hubby cepat2 tenangkan aku, cakap "dah la.. dah jumpa kan.. nanti nangis plak qimie tu"

Sumpah aku tak tau macamana aku kalau Qimie memang hilang betul. Aku akan menyesal seumur hidup sebab cuai sangat. Mungkin aku akan meroyan, gila kejap or maybe lama.. Tak dapat aku bayangkan weh. Ni kali kedua dah dia hilang, hari tu kat Penang. Dia main nyorok2 belakang tiang. Tapi aku perasan 1 benda, benda camni mesti jadi bila ramai orang... Means, ko ingat budak tu dengan si A, si A lak ingat dengan si B dan seterusnya la...

Korang tau tak mana Qimie menghilang... dia naik atas kusi yang main game kereta tu.. Game mula2 hubby main dengan abang sepupu dia. Dan yang jumpa dia lak abang sepupu dia jugak. Dekat je dia dengan kitorang, tapi tak nampak.

Sumpah aku cakap, aku bersyukur gila sebab dapat jumpa balik anak aku... Aku cium2 dia bagai nak rak sebab rase kehilangan even kejap je.. Tu ilang tu dalam masa berapa minit je.. Mula2 dia ada dengan kita, sekali kita leka tengok menda lain, tengok2 dah takde... Tak ke gila..

Ye seperti tajuknye Qimie hilang.. tapi untuk tempoh 10 minit je, dan nasib baik jumpa balik, kalau tak.. mama dia akan nyesal seumur hidup lepas tu jadi gila kot... Ntah, tak dapat terima la weh... Janji aku dengan hubby, lepas ni memang takkan lepas lagi pandangan daripada dia.. Ni lagi la lepas je Eqal dah dapat kaki, memang dua2 doh dalam troli or stroller kot.. Huhuhu...

Korang2 kat luar sana, elakkan dari jadi parent yang cuai cam kitorang ni.. Dalam dok berjaga pun jadi jugak.. Mungkin Allah nak beri kami peringatan yang anak kitorang ni cuma pinjaman, bila2 Dia nak ambil, Dia boleh sebab anak tu amanah yang Dia bagi. So, kita kena jaga amanah(anak) dengan sebaiknya.. Amanah yang tak ternilai tak boleh diganti dengan jutaan wang sekalipun.. Aku insaf weh.. tak mau dah abaikan tanggungjawab tu...

Sekian, cerita cemas aku.. Kejap lagi kena kutuk la ni kang haahahahh...

10 comments:

deelira@deeliraz said...

seb baik jumpa nge...
lepas ni HATI2 tau..

LiErOSe~QiEmi said...

tu la zue.. pasni mmg tak lepas dah... lantak la dia nak nangis ke ape.. dia nanges takpe, kejap je.. klu aku yang nangess... mmg sepanjang hayat...

eima said...

qimie tu elok ko pakai belt cam anak org putih ngan singapore tu .... senang klu xleh pi memana jejauh ...hehehe


buat masa ni fahim tak brani dok jauh dr aku ... sbb aku slalu takutkan die ...

Tukang Karut said...

lain kali tambat je...

LiErOSe~QiEmi said...

eima:
fahim makan gak kata2 ko.. qimie tak heran punn.. tak penah nak takot... takot pun jap je, pastu buat balik.. aduuuu

tk:
tu laaa rase nak kena buat camtu gak.. tambat kan....

Asmalinda Ismail said...

alala...ciannye bunge....alhamdulillah jmpe balik...kalu as kompom dh meraung2 dh....hehehe

LiErOSe~QiEmi said...

Asmalinda:
tu la, syukur sangat sebab jumpa balik..klu tak mmmg meraung dah as hihihi

Anonymous said...

sy pun pnh rs time tu ank umo 2 thun..kndr kawen adik ipar. sy ddk dlm umah, dia ayh die jg....tbe2 sy trigt..trs kuar tyn ank mne..ayah die ckp td ade kt ctu...mncr mcm org gile...airmata dok tahan je ni...last2 jiran sblh umah ckp...ade dlm umah die...ank sy main msk je...
die ni jns x takut org...org x knl ajk main ikut je...

LiErOSe~QiEmi said...

erk!!! ni bahaya kan... jenis yang tak takut orang mmg bahaya..sbb tu kadang2 tak harap kat bapak dia tengokkan anak.. diorang ni sembang sure tak ingat anak pi mana dah...

dulu qimie jenis takut orang so tak de la risau sgt, skrg dia pun dah jd berani mati.. tu yg mati kutu mak pak dia tu..

Asmalinda Ismail said...

sesungguhnya Allah masih perlihara dia.....nnt bwk dia dtg cnie...biaq as jaga...korang leh dating2....hahaha