Jom klik

kENgkaWAn

Friday, February 17, 2012

Sesi bicara terakhir tentang bayaran balik

Baru balik dari bayar duit kat ibu pejabat... Dah jumpa pembantu akauntan.. ermnn... muka baik, cakap pun baik je dengan aku.. Nak marah ke nak geram ke pun tak bleh sebab tengok dia baik je.. Boleh?? Huhu..

Sebelum jumpa dia tadi buat sikit research.. 1st aku call Manja, tanya dia Kementerian ape coz, konon nak kumpul bukti la yang boleh je nak bayar ansuran. So dapat la 2 jabatan yang boleh buat bayaran ansuran, jabatan lama aku dengan Manja ni la. Tapi untuk lebih menguatkan bukti aku call AG kat Putrajaya, cakap dengan bahagian kewangan. Diorang pun terkejut bila aku cakap ofis aku bagitau tak boleh buat bayaran ansuran. Katanya boleh 18 kali ansuran, tapi biasanya orang takde la buat sampai 18 kali, bila dia tanya aku berapa aku kena bayar, then dia cakap eh, memang boleh sangat la buat ansuran.

Then bila aku cakap ofis aku cakap tak boleh, kena bayar lump sum dan arahan ni dikeluarkan oleh AG sendiri, terkejut lagi dia. Siapa yang cakap macam tu, kita takde keluarkan arahan macam tu katanya. Then dia tanya aku jabatan apa. Oh, bawah Selangor, mungkin AG Selangor yang keluarkan arahan pemotongan secara lump sum katanya. Kena tanya AG Selangor sendiri la..

Gigih la aku call AG Selangor pulak, bukan apa, sebab rasa macam tertindas kan. Bila dapat cakap dengan orang kewangan dia cakap memang Elaun PA dengan Dwi-bahasa kena tarik masa cuti bersalin ~ok fine. Then katanya memang kena bayar lump sum. Bila aku cakap aku call AG Putrajaya, diorang cakap boleh, terus dia potong cakap aku. Katanya diorang buat berdasarkan arahan perbendaharaan yang dikeluarkan ~ok aku silap lupe mintak dia no pekeliling dan tahun arahan tu. Katanya kalau tak ikut kiranya melanggar tatacara kewangan. Pulak???

Then, aku tanya dah tu memang tak boleh bayar ansuran ke sebab banyak amaun yang perlu saya bayar. Boleh katanya dengan syarat kena mintak wang pendahuluan dengan AG. Ok tu la bahagian rumit yang semua orang tak nak buat. Ok fine!!! Malas dah nak argue. Sebab aku pelik kenapa benda ni timbul kat sini sedangkan kat ofis lama ~ok sebab tu sayang ofis lama~ just mintak tolong, then diorang yang settle semua, kita just mintak nak buat bayaran ansuran, yang lain diorang uruskan. Aku tak faham apa yang susah sangat sampai cakap kena amik wang pendahuluan la semua.. Takkan aku lak yang kena buat semua tu, harusla bahagian yang berwajib buat kan.

Ok dah la, malas nak fikir lagi.. Aku dah pun bayar lump sum tadi.. Thanks again to my bro. Tengok la nanti adik dapat duit tanggung kerja.. ~yang baru je aku bajet nak buat beli hadiah birthday my hubby& nak buat facial treatment, tak jadi la.. kena la bayar balik hutang kan...

Mungkin ada rahmat, tiba2 duit tanggung keje aku yang dulu on off lulusnya tiba2 lulus jugak, rupanya untuk bayar hutang aku ni... Allah Maha Mengetahui, kenapa keputusan aku tanggung keje tahun 2011 tu lambat prosesnya.. Ermnn... at least, ada la duit untuk bayar balik pinjaman. Owh, duit simpanan aku zero sebab aku melabur dalam bisnes abang aku.. Sekian... tamatun kisah sedih di awal tahun baru...

p/s: Tadi tengok kelayakan cuti.. lagi 2 tahun genap 10 tahun berkhidmat, maka cuti bertambah jadi 30 hari ek.. Best2..

12 comments:

ejaMaria said...

sabar... tu je la...

MRS. K said...

setel dah masalah ko.. mesti lega kan? takpe, adik beradik leh baya ansur2 kot.. hehehe

Tukang Karut said...

bukan cuti dah cap kepada 25 hari je ke?

hyazz said...

Duit duit...seb bek la dapat balik kan..leh ler topup utang..

..bess bila dah dapat banyak cuti ni..tapi hujung taun..tau tau pon dah zero jugak...

LiErOSe~QiEmi said...

ejaMaria:
tengah sabar la ni kak, sebab tu tak meroyan td hihihi..

Mrs.K:
mmg weh, rase lega gila la... haah adik beradik leh la ansur2...


tk:
eh, yeke??? alamak rugi laa ek???

hyazz:
tu la rezeki kan...

keje ofis lama mmg cpt abis cuti.. keje tempat baru... ssh nak amik cuti hiihihi

Cik Rose Cute said...

Kalau pasal duit..kejap jer hehehe follow sini...

aTy _faRed~ said...

tak pe lah..janji kepala tak rase terbeban ngan hutang...ade rezki lain tu nanti...sabar ek..:)

~aYu~ said...

salam kenal..
nasib baik sume dah setel.. ada hikmahnya gak..

Anonymous said...

Khusyuknye ngadap blog smpi org lalu kt blakang pun x prasan..:D

**akak dulu pun cmtu gak..potong abes..cuma akak b'nasib baek sket sbb bdk ptj tuh buat mistakes, so akak bole bayar 2x..xpe, mayb ada rahmat dsebaliknye...jgn pasrah, redha okay? :P

Anonymous said...

eh! lupa plak nk ckp..'Salam Perkenalan..' :)

Myra Jay said...

Woww!! dah 10 tahun berkhidmat, Tahniah ye :)

Tima kasih kongsi tip dgn MJ pasal intebiu tu ye :)


p/s : Kalau sudi nak minta tolong komen, Like, & G+ kat entry ni ye (Komen kena lebih 7 p.p)
http://denaihati.com/nikon-d90-gadget-impian-mj

LiErOSe~QiEmi said...

cik rose:
thanks follow hihi..

aty:
tu laa.. hope ada la rezeki lain nanti kan...

ayu:
salam kenal.. tu la ada hikmahnya.. tak le rase terbeban..

cik anon:
aaalaaaaa sape ni erk.. alaaa.. bagitau la sape ni... segan la nak berblogging bila ada orang mahkamah tau hihihhihi...

dah redha dah ni... tak fikir dah pun.. hihhihi

myra:
eh, blum... lagi 2 tahun genap 10 tahun hihihih

welcome...ala.. tips biasa2 je..ihihih

like? ok nnt bunga try tengok k