Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, March 7, 2012

Rumusan hari semalam

Hai semua... Sihat? Aku, harus la sihat, semalam kan dah dapat tengok cite Adnan Sempit 2 (AS2)

Weh, best la cite AS2 ni, dari mula sampai last aku dok gelak je. Tengok AS dulu cam tak berapa nak gelak, maybe sebab bukan tengok dalam panggung kot hahaaha.. Orang pun tak ramai tengok, rasanya yang tengok semalam tu budak2 lepasan sekolah kot.. ramai yang ngedate je, tapi ok la ada gak orang yang tengok sebab bagi aku gelak secara berjemaah yang buat tengok wayang lagi best kan..

Jap2, harga wayang time hari biasa memang murah ek? Tiket kitorang semalam murah je RM7. Ke kat Summit je yang buat offer camtu? Owh, kitorang jalan2 kat Summit USJ je semalam. Hubby cakap, kata nak dating, harusla pergi tempat dating masa bujang2 dulu, mengimbau kenangan silam katanya hahahh.. romantik statement la kononnye..

Padahal kitorang nak gi pusing2 tempat baru, ape nama erk, Plaza Montarez ke ape ntah tapi tak jumpa kat mana tempat tu kehkehkeh.. Tak pasal bazir masa kat perjalanan aje tau... Nak guna papa go tentiba mendalah tu buat hal, jadi cam pening. Dah nak sampai kat Summit USJ baru otak dia elok balik, mencik!! Hubby pujuk, katanya kita gi len kali hukhuk.. tunggu dia survey tempat tu dengan kawan2 dia dulu katanya, idok la sesat lagi adei..

Siap perli aku sambil gelak2 katanya, dulu kalau sesat, tak kisah pun, sekarang tak boleh pulak.. Bukan tak boleh la hubby, tapi dulu takde komitmen, balik la lewat malam pun takpe, sebab lum ada anak, la ni dah ada anak.. klu terlepas wayang tayangan awal, tak dapek la tengok sebab kol 5.30 dah kena amik anak dah.. Udah la giliran jumpa doktor terlepas gara2 kitorang pegi makan.. Aku tanya nurse pelatih tu, no aku dah lepas ke blom sebab no selepas aku, aku tengok dah masuk bilik doktor.. dia gamble je cakap belum..

Lepas 30 minit, aik dah lebih aku no 542 tapi no 560 ke atas dah naik untuk masuk bilik doktor.. memang pelik la kan. Aku tanya nurse kat kaunter pendaftaran, sebbaik nurse tu baik & aku suka nurse tu sebab dari hari pertama aku daftar dia layan baik je setiap pelanggan yang datang. Dia checkkan dah cakap no aku dah dipanggil, tapi sebab aku takde so diorang hold dulu.. Tak sampai 5 minit, terus no aku naik. Ko tengok... nak je aku ngadu, nurse pelatih ke student ek.. aku rase student budak tu sebab baju tak sma cam nurse.. Klu aku buat aduan, mesti teruk prestasi student tu.. Takde inisiatif nak tolong langsung tau.. aku ingat dia dok selak2 kad tolong semak kad aku, so aku tunggu luar bilik, tapi sampai sudah dia ignore je aku, padahal dia tau aku tunggu confirmation dari dia samada dah naik ke belum no aku.. Eeeeeeiii panas ati.

Gambar masa ngedate ada gak tangkap, tapi nyampah la.. dia tau aku nak letak dalam blog, terus dia tutup muka, mencik! Katanya klu nak letak gambo, letak gambo aku sorang je, gambar dia tak payah.. Eee tak faham jiwa aku sebagai blogger yang tak berapa nak tegar ni betul la..

Owh, pasal Haiqal.. Alhamdulillah, lepas sesi pemeriksaan & pertanyaan itu ini.. setakat ni disahkan Haiqal ok, perkembangan dia sama cam baby lain. Siap nurse2 'culik' anak aku jap bawak main sebab si Eqal ni kemain gelak time diagah.. Tapi doktor still akan buat observation. So pertemuaan seterusnya lagi 5 bulan. Ok la, aku cek kalendar, tarikh tu belum start pose.. so leh ngedate lagi ekeekek.. Hope ada wayang best2 bulan tu dan pakcik tempat karok tu dah update lagu2 baru... boleh la nak karok lagu terkini, ni alahai yang terbaru sumer lagu indonesia, mana aku tau sangat weh!

Ok, sekian.. Eh kesimpulan.. Aku rase pasangan dah kawin patut ngedate or luangkan masa dengan pasangan sesekali berdua aje.. Buat apa saja aktiviti yang dulu masa sebelum korang kawin dulu selalu buat, cam aku contohnya, tengok wayang, karok, main bowling, makan.. Gunakan masa berharga berdua tu dengan sebaiknya, aku jamin ia akan lebih menghangatkan cinta dan mengeratkan hubungan korang yang secara kita tak sedar mungkin makin jauh atas kesibukan urusan kerja masing2...

Eh, tapi terpulang la pada persepsi memasing kan.. Ni persepsi aku dan hubby.. coz we think we both need quality time together, walaupun masa dating tu asiknya memasing teringat kat anak.. dah makan ke, makan ape... klu ada anak2 mesti kitorang dok terkejor2 kan dia yang sebok lari sana sini ihhihii...

Ok kali ni baru la, sekian... ^_^

5 comments:

MRS. K said...

cite tu memang beshhh wei.. dah juta2 pon collection

YaYaNsMuM said...

Yes, agreed with u. Mmg sesekali kene g ngedate gak ngan couple kita.Ym selalu gak, especially kalo ader muvie best kat cinema.both of us ni mmg kaki wayang.ekeke.so, tu la quality time both of us. :)

Lida Rahim said...

akak x dapek lagi nak ngedate2 ni... x sampai ati tinggalkan anak2 kat mak semata2 kami berdua nak bersuka-ria haha.. last2 angkut semua hehe

LiErOSe~QiEmi said...

k:
best kan.. tak sia2 tgk wayang haahahah

yayansmum:
kitorang pun mmg kaki wayang, tapi sjk ada anak ni takde masa lak nak spend masa together, skrg je br terfikir nak spend masa berkualiti bersama hihihi

lida:
hahhaha..cian akak... maybe sbb anak akak mak jaga kot.. saya anto pengasuh, anggap jela cam gi keje sbb anto & ambil macam biasa gak kak hiihi..

deelira@deeliraz said...

kan best! x rugi hehe..

owh seronoknya dgr org ngedate.. aku pon nak ngedate gok la.. tp ada aksi lari2 la sbb nak ngedate 4 org hehe.. esok nak g kijal.. ngedate kat sane.. bye2 bunga