Jom klik

kENgkaWAn

Friday, April 13, 2012

Aroma Ikan Bakar, Pantai Remis

Hai sumer, dah sarapan? Aku just minum oat je sebab hari ni rehat awal kan, so lunch nanti baru makan heavy. Baru hari ni nak up citer time cuti Pertabalan Agong tu hihihi..

Kitorang ke Aroma Ikan Bakar kat Pantai Remis, Kuala Selangor. Perjalanan dari Shah Alam ke sana lebih kurang 40 minit la. So pergi 3 keluarga, aku sekeluarga, abang ipar sekeluarga dan juga mertua serta adik2 ipar. Dah janji dengan diorang dapat backdated gaji ni nak belanje tapi sebab alang2 diorang turun Shah Alam terus la decide belanja.

Pukul 4 gerak dari rumah dekat pukul 5 baru sampai sana. Tol pun murah je, RM1.70 kalau tak salah aku. Aroma ikan bakar ni kedai dia atas sikit dari simpang pantai peranginan pantai remis tu kalau korang dari Shah Alam.

Kitorang pilih tuk duduk kat ape erk nama tempat duduk ala2 meja jepun ni. Owh tempat ni dikenakan charge Rm10, kalau yang besar sikit RM20. Tak kisah la bayar RM10 janji selesa dan anak2 takde la nak merayap sana sini sebab dah kena kepung kan hihihhi..

Kitorang order ketam masak black-pepper, butter prawn, sotong goreng tepung, ikan siakap 3 rase, kerapu sweet-sour, tomyam campur, sayur campur dan ikan pari bakar. Air pulak cuma order jus tembikan 1 jug dan jugak sky-juice 1 jug. Tapi sebab ramai sangat orang dan jugak menu terlampau banyak di order, maka makanan tu sampai lambat. Aku rase lebih sejam kot kami tunggu. Tapi sebab sembang-sembang sambil layan anak2 so tak rase sangat la lamanye penantian tu.. Cuma perut jela berlagu2 minta di isi.

Sebelum sampai makanan harus la bergambar dulu kan ihihi..

Qis, mak uda, qimie & opah

Gorges mama with heroes & heroin ^__^

Peace from qimie

Adik Eqal sebelum amukan

Cikgu ude ^__^

Eqal mula tunjukkan protes

With my loves

Eqal spoil this pic tau hihihi..

Ok, rasenya dalam pukul 6.15 petang baru laaa makanan sampai. Aku tak sempat nak snap menu sebab Eqal dah mengamuk. Tak menikmati tau makanan time tu sebab dia marah panas. Ni je yang sempat hubby snap. 1st round yang sampai, 2nd round masing-masing takde pegang kamera dah, semua tala kat makanan, kebulor kot lama nunggunye..
Siakap, kerapu, sotong, tomyam & sayur campur
Review menunya adalah:-
Siakap 3 rase & kerapu masam manis memang sedap gile.. 
Sotong dia pun sedap, manis & memang betul2 sotong tu disalut tepung, bukan dibuat macam cekodok sotong
Tomyam, oklaa.. tak layan sangat sebab makanan lain dah sedap sesangat
Ikan pari kurang ditekak aku
Sayur campur, cam biasa je.. boleh masak sendri kat rumah hhihihi
Ketam black-pepper ermn... ketam tak berapa fresh laa, isi lembik, tapi tang sepit sedap lak.. Cuma tak best sebab diorang tak ketuk dulu sepit tu, nak patah gigi aku gigit sepit tu tau
Udang butter... ermnnn tak segar.. sedap lagi kat Restoren Tasik Indah, Shah Alam tu.

Pukul 7 baru settle makan. Owh, kalau nak tau masa kitorang tengah tunggu order sampai tu kakak aku call. Sepupu MIL dia bagitau ada gempa bumi, ala yang kecoh masa 11 April tu kan. So katanya jauhi pantai, takut tsunami kan. Kitorang dah serba tak kena masa tu, nak tunggu ke nak blah. So masing2 cam kecut gila la perut sebab masa kitorang sampai tu air tengah surut, tanda-tanda tsunami kan air surut, then pukul 6 lebih tu air dah mula pasang. Aku siap tanya pakcik keje kat situ lagi, memang normal ke air pasang & surut time-time camni. Bila dia kata normal baru lega.

Then lepas setengah jam dapat berita gelombang tu menuju ke Sumatera so cam lega banyak la.. Takut weh tsunami... Oh ye, view kat Aroma Ikan Bakar ni cantik time petang tau sebab dapat tengok matahari terbenam so ala2 romantik gitu hiiihi..

Sebelum gerak balik kitorang makan dessert aiskrim goreng yang ada jual kat tepi kedai tu. RM2.50 sebiji.. sedap okeh!

Eh, tak cerita pasal harga lagi ye.. Ok total makan untuk kami 7 dewasa & 2 kanak-kanak owh serta 1 baby (sebab eqal pun makan ikan siakap tu siap jerit2 bila lambat suap) hanyalah RM198 tambah RM10 untuk sewa tempat makan tu jadilah RM208. Bagi aku sangat berbaloi sebab menu dia banyak gila kot tapi harga murah dan berpatutan, sangat dicadangkan kalau korang nak makan besar.

Ermnn balik Kuantan nanti nak belanja family Kuantan pulak la... Ada rezeki lebih elok dikongsi kan. ^__^

6 comments:

Riny said...

dekat je dgn riny tempat tu..aroma ikan bakar tu pon adik bos riny yang meja sebelah ni punye kedai..hehehe..bace2 tgk muke bos kat sebelah nak gelak pulak...:)

w.pon dekat..x pernah lg pegi..hehehe

bunga_rose said...

ooo yeke.. klu tau mintak diskaun sambil sebut nama riny, dpt lagi murah haahhah..

pi la cuba, sedap & murah kan

Tukang Karut said...

hoho... direction please... nak makan busat gak ni...

bunga_rose said...

tk, errrr.. camne ek nak ajo sbb aku dari sh alam.. klu dari kl aku tak tau camne.. tp ko pi je menghala ke pantai remis, tapi jgn masuk entrance pantai tu, ko masuk simpang kat trafik light, pastu terus je sampai ko jmpa kedai tu.. kedai tu besar gabak

azi royani said...

Ni bukan ke aroma ikan bakar pantai jeram??

Anonymous said...

I got this website from my pal who told me about this
site and at the moment this time I am browsing this web site and reading very informative articles or reviews at this place.


My page :: Michael Kors