Jom klik

kENgkaWAn

Friday, April 6, 2012

Cirit birit

Muka aku sekarang sembab, otak aku sekarang terawang2.. Ni sume gara2 si bujang sulung keciritan.

Pukul 3 pagi tiba2 aku dengar Qimie panggil, papa.. papa.. Ermnn papa tengah kepenatan jangan harap la nak sedar selagi aku tak kejutkan dia betul2. Aku buka mata tengok dia dah berdiri atas katil. Terkejut gak aku ihihihi kot la ngigau ke apa kan.. Pastu dia cakap, mama Qimie berak lah, mama basuh laaa.. 

Aku bangun then buka pampers, alahai bau dia cam ke apa ntah.. aku dah syak lain macam dah sebab bau dia lain dari biasa.. dasat tak siap leh cam bau kahkah..

Dah cuci sume, aku suh dia naik katil nak pakaikan pampers, pastu tiba2 dia cam cemas;
mamaaaa cepat laa pakai pampers Qimie rasa nak kencing ni!
haa, nak kencing.. cepat2 masuk bilik air!!

Tentiba yang kuar bukan kencing taip &*$%, dia cirit... kecian sangat tengok muka tahan sakit. Dia start la nangis2, merengek2.. mama...mama... sakit perut.. mama...

Lepas pujuk2, basuh berak dia, suruh dia tido, tapi dia tak ngantuk so dia mintak nak main hp aku. Tak sampai 2 minit pun dia cakap,perut qimie panas la mama. Aku pujuk dia, memang la kan mama letak minyak yuyi tadi. Dia pun ok..tapi, tak sampai 10 minit, baru je aku nak lena.. Mamaaa, perut Qimie sakit..mama,mama,mama mamaaaaaaaaa.. Qimie berak lagi ni, mama....

Menangis2 dia.. aku peluk, tepuk2 belakang dia, bagi tenang, pastu baru basuh, salin pampers bagai. Masa yang dia terbuang dalam toilet yg dia ingat nak kencing je tu aku dah cakap dengan hubby, klu Qimie berak lagi sekali terus gi klinik je. So memang dia buang gak makanya  terus la kami berempat ke seksyen 15 sana, klinik panel 24 jam yang kami tau huhuhu.. Jauh tu, seksyen 32 ke seksyen 15, sebbaik malam so kete tak banyak leh sampai sana tak sampai 15 minit.

Yang herannya, kuar je rumah dia rileks je, muka ceria, dalam kete punye banyak soalan dia tanya. Kenapa takde kete atas jalan la, pastu kenapa papa bawak slow, bila laju, kenapa bawak laju, bila ada kete sebok bagitau eh tu ada kete laaa, macam2 la.. Aku layan je sandar kepala kat seat belakang, adik dok dalam bakul kat depan hihii, adik pun layan abang dia, gelak je tengok gelagat abang dia.

Bila jumpa doktor, ermnn aku tengok doktor ni ngantuk bebeno, soalan tak banyak tanya, aku pun jadi malas nak tanya hahah.. Tapi bila dia cek perut katanya banyak angin.. Ok, terus aku tau sebab apa...

Aku rebus ubi kayu petang tu, lepas magrib tu tengah aku pulun sorang, dia sebok mintak suap.. tapi yang potong2 kecik tu, separuh je dia makan... tapi biasanya ok je dia makan ubi kayu tu.. cuma biasa cicah gula or lauk2, semalam aku cicah dengan kelapa parut+garam+gula je hihihi.. Kelapa parut kan mentah, tu sakit perut kot dak Qimie tu.. Cian dia..

Tapi.... balik je klinik, kol 4 sampai rumah tu... sampai la aku hantar dia ke pengasuh, sikit pun mata dia tak pejam.. dok gelak2 tengok doraaaaa juge.. adehhhh antu dora sungguh sekarang.. tu ada bunyi2 nak Go Diego Go dah tu.. matik!!!

6 comments:

deelira@deeliraz said...

sian dia..
so ko ngantuk la hari ni ye..
ptt mood slow jer.. hehe

hyazz said...

sian bile anak dah kena cirit..kalau dia cirit lagi..bagi la teh kelat kat dia..mana tau kot2 nak lega..

bunga_rose said...

zue;
haah pino mate ni weh

hyazz:
dah ok kot tu, dh bg ubt.. teh kelat? bertuah dia nk minum hihihi

Zana Adieyza said...

ciannya dia... kalau kita yg dewasa ni pun kena cirit rasa penattttttt sgt, apatah lagi budak2 kan...

eima said...

dah ok ke die ...sian kan klu budak kena cirit ni

cheqna said...

siannya
harap2 cepat sembuh