Jom klik

kENgkaWAn

Monday, April 23, 2012

Kalau sayangkan suami..

Tentiba teringat kata-kata pujangga my bos pagi tadi, "Kalau kita sayangkan suami kita, ingatkan suami kita tanggungjawab suami kita pada ibu bapa dia. Jangan rebut kasih sayang suami seorang je. Syurga seorang suami bawah telapak kaki ibu" Ermnnn... berair mata aku dengar. Eh, bukan la berair sebab aku rebut kasih sayang hubby aku untuk aku dan anak2 je. Tapi kesian dengan nasib sesetengah suami yang ikut telunjuk isteri or tersepit antara isteri dan ibu. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab dapat mertua yang memahami & tak pernah persoalkan kasih sayang hubby untuk kuarga. Lagipun aku sendiri yang selalu ingatka hubby untuk telefon MIL tanya khabar. Mak aku sendiri tak payah cakap la, sebab memang boleh dikatakan setiap hari aku akan telefon untuk bertanya khabar.. Paling lama tak call pun selang 3 hari, tu pun aku dah rase serba tak kena.Dan kalau hubby ajak balik kampung MIL pun aku ok je sebab tau itu tanggungjawab hubby untuk mak. Berbalik pada cerita bos aku tadi, katanya kata2 tu dia titipkan buat biras dia, sebab terlalu merebut kasih suami hinggakan suami dia lama tak jenguk ibu sendiri. Betul kata dia, kalau kita sayangkan suami kita, biarkan dia berbakti pada ibunya selagi hayat dikandung badan, jangan biarkan sikap kita sebagai isteri membuatkan suami kita berdosa dan menjadi anak derhaka. Sekian mutiara petang dari ambe. Renung-renungkan dan selamat beramal hihihih..

12 comments:

SYANI said...

Aku walopun bermasam muka dengan cik besah (MIL), aku tetap suruh hasben aku pi jenguk mak dia...

bunga_rose said...

hihihi... kan syani, camne pun kita tak leh pisahkan hasben dgn mak dia..

amik la ati cik besah tu elok2, ke tak makan pujuk dah cik besah tu? hiihih

Fai Shaklee said...

lumrah hidup berumah tangga... untung dpt akak dpt MIL yg baik. hehe. semoga kita semua dijauhkn daripada merebut kasih syg suami dgn ibunya. nauzubillah...

KyLeLina said...

betul tu..bak kata ustaz fadzilah kamsah - kalo mak kecik ati ngn pk yg anaknya tak ingat kat mak sbb tak call/jenguk takut nanti jadi anak derhaka, then hidup jd tak berkat,then akan susah n seterusnya. Kita sbg isteri dan anak2 pun nanti tentunya akan terheret sama susah/bermasalah nnti. Better ingatkan selalu hero2 kita yg kadang2 kerja lupa dunia.

mamyharraz said...

setuju sgt.
dan akk bersyukur walau MIL bukan seagama dgn kami suami tetap amik berat mak dia.
dan pernah terbaca :kalau suami layan maknya dgn baik nescaya dia juga akan layan isterinya dgn baik :)

zura_habib said...

penah gak jadi kt sy tp pjg ceritanya...lama x blk umah MIL...pastu lama2 lembut hati..setiap kali lik ktn mesti pergi...mcm mana pun dia ttp mentua kita...

Nur Hawa Mohd Zin said...

apa2 pun pertalian anak ngan ibu tak blh dipisahkan dan tanggungjawab sbg anak sampai ke mati ttp ada

bunga_rose said...

fai shaklee;
alhamdulillah, MIL akak sgt baik, tak pernah lagi la bermasam muka hihi..

amin.. mintak la dijauhkan ye, sbb takut dalam tak sedar, kita kengkdang terbuat juga uhhuhu

bunga_rose said...

kylelina;
betul tu, kena ingatkan selalu hero2 ni.. biasa la lelaki ni, kadang2 tak rase menda tu penting sangat kan

bunga_rose said...

mamyharraz;
bagus hb akak tu. seronok tengok akak bercuti dengan kuarge, even berbeza agama...

bunga_rose said...

zura;
mungkin la mula2 kita susah nak terima MIL kan sebab tak biasa, tapi lama2 insyaallah ok kan... hati pempuan ni cam kerak nasi, siram air lama2 lembut gak kan ihhihi..

bunga_rose said...

cik awe kita, hihihi... nanti dah kawin jgn cemburu kalau hubby rapat dengan mak dia ek iihiihi...