Jom klik

kENgkaWAn

Monday, April 2, 2012

Kek Mentega aka butter cake

Ahad lepas yaitu semalam.. bosan dok rumah sorang-sorang.. pastu gigih google resepi kek yang sedap2..

Pi kat blog Mat Gebu, tengok resepi yang mudah & ada bahan2 kat rumah.. Eh ada laaa... kek butter, katanya sedap kek tu rase basah je.. Waaahhh harus dicuba.. Gigih aku putar telur dengan marjerin, masuk tepung bagai sambil2 lari tengok si adik kejap2 jaga dari tidur..

Hasilnyaaaa..
Pandangan sisi
Pandangan atas.. owh, abaikan kesan tusukan garfu itu ahahah..
See.. nampak moist je kan
Sedap uolss
Sangat berbaloi klu korang try.. aku tepek resepi erk.. resepi asal leh klik kat abang Mat Gebu..(mintak izin salin resepi ye)

BAHAN2
125 gram mentega berkualiti tinggi (aku guna marjerin biasa je, malas gi kedai)
90 gram gula kastor
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A (takde gred A, aku guna gred C hihihi)
1 camca teh esen vanilla & perwarna hijau
2 camca besar susu cair (susu cair takde, aku amik susu Qimie je bancuh jadi 2 sudu beso kihkih)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C (api bawah sahaja), lenser tin bulat berukuran 7 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga gula hancur dan bancuhan menjadi putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang. Jarak masa sebelum dimasukkan telur dalam adunan ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Putar rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2.  Satu letak esen valina, dan satu lagi pewarna hijau. Gaul rata.
  5. Tuang dalam tin, korang pusing2 la bagi nampak cam corak sikit,. Pastu ratakan dan  bakar selama 1 jam. Lepas 45 minit, bakar kek tadi dengan api atas dan bawah, guna suhu yang sama. (ovan aku tade bakar bawah je, ada untuk bakar atas sahaja & bakar atas bawah,so aku bantai je bakar atas bawah dari mula sampai masak kek tu)
  6. Bila kek masak, sejukkan sekejap dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk sebelum dihidangkan untuk minum petang....
 Cara buat aku tak tukar pun.. sebijik cam resepi asal, cuma aku ikut idea Mat Gebu tambah 2,3 warna tuk bagi cantik kek tu dan aku tak letak hiasan bagai, tak pandai menghias.. Tapi rase dia memang sedap.. lembut je.

Hubby balik kelas pun terus terjah meja.. Siap tanya, beli mana? Ehhhh masak sendri laaaa.. Sedap katanya... hikhik.. sukaaaa.

So selamat mencuba...^_^

6 comments:

MRS. K said...

Waaa canggih la ko cik nge weii.. Klu buat toping lg bestt tu

~aSHa~ said...

boleh buat jual dah ni...tangan menjadi

tiefazatie said...

ifa xpandai la nak msk kek nie..hehe

bunga_rose said...

Mrs. K:
aku tak canggih, oven yang canggih ahahha...dok reti nak buat toping.. nanti la belajar hihihi

asha:
kak, masalahnya tangan saya ni selalunye menjadi kali pertama je.. kali kedua sure hancus haahahah

tiefazatie:
senang je dik.. nampak cam susah, bila dah buat laaaa senang je ghopenye.. sila cuba hahaha

~aSHa~ said...

dik..akak nak cuba buat weekend ni..curi resepi yer

bunga_rose said...

kak asha, buat tau jgn tak buat..

tapi, bukan resepi saya ni tau.. marah lak kang tuan punye resepi ni kang, ibarat lembu punye susu sapi dapat nama hikhik