Jom klik

kENgkaWAn

Friday, May 18, 2012

Anakku jatuh, lebam dan bergaris dahinye

Semalam, tidurkan Haiqal. Sambil susukan dia, mata aku sama naik mengantuknya.Sedar kemungkinan aku akan terlelap sama, aku sendal bantal keliling Haiqal, kot-kot da guling-guling, terjatuh.

Sekali, huwaaaaa!!!! Bergema tangisan. Aku yang terlelap terus melompat bangun, tengok ada anak kat bawak. Ingatkan si Kimi,sebab masa aku tidurkan Haiqal tu, dia ada penjuru katil, dok kunyah corn flakes. Sekali aku raba sebelah aku, Haiqal takde.

Ya Allah, Haiqal rupanya yang terjatuh. Keadaan dia tertiarap. Menangis sayu. Aku terus angkat, bawak ke ruang tamu. Badan dah ketar-ketar dah. Buka lampu tengok dahi dah benjol, dan bergaris luka. Lari ke peti ais nak ambil ais untuk tuam. Melalak tak berhenti-henti Haiqal, sakit dengan terkejut barangkali. Sedih aku dengar dia menangis weh.

Lepas dia dah tenang, Mintak hubby tuamkan sambil aku susukan dia, tapi dia menolak. Cek pampers, berak rupanya. Padan la dia bangun balik tido, sebab nak suruh mama basuh berak. Bangun pulak terus mengadap belakangi aku kot. So tak nampak mama ada sebelah, cube menyusur turun katil nak cari mama.

Biasa, dia tak boleh lepasi bantal-bantal yang aku letak keliling buat pagar, rupanya dah boleh. Menyesal pulak tak tinggikan lagi bantal semalam. Ye la benda nak jadi kan.. Lepas dah salin pampers, susukan dia terus dia tidur. Ingat nak ambil gambar benjol dia semalam, tapi Kimi pulak main hp aku, dok tengok spongebob dia tu.

So just amik gambar dia pagi ni. 

Nampak garis kat dahi dia?
 Ermn... ni kali ke dua dah dia jatuh.. Yang 1st itu hari takde lebam, yang ni siap benjol dan bergaris. Bergaris tu sebab dia jatuh tertiarap, atas tikar buluh yang bergaris sekeping-sekeping tu.
Close up skit adik.. Lebam dah ilang, garis masih bersisa

 Ermn.. anak mama dah lasak la sekarang, tak boleh tinggal sorang-sorang dah... kena paksa masuk katil baby kalau mama nak buat keje kat dapur..

No more cuai-cuai ok mama, saya dah buas sekarang ^_^

11 comments:

adianiez AIDA said...

syukur la takde pe pe. just satu aida nak share. if anak-anak especially baby jatuh, terkena bahagian kepala... observe. if dia da muntah pastu, terus bawak spital. something wrong la tu :)

♥cikmOt♥ said...

moral of dah stori...marilah tido tanpa katil...lalala

MRS. K said...

tido bawah wei.. tak pon bila anak dah tido masukkan dalam baby cot..

lurun namzar said...

bulatnya mata. comel. :)

bunga_rose said...

adianiez AIDA;
mmg selalu pantau.. alhamdulillah, takde muntah pun lepas tu.. hope tak de pepe la kan

bunga_rose said...

cikmot;
takde la katil mana pun, tilam je tu dengan alas kayu skit bawah tilam tu.. tapi tilam tebal sikit.. kena guna toto je kot tido haahah

bunga_rose said...

Mrs. K:
anak aku tak suka dok dlm katil baby tu...susah dia nak bau ketiak masyam mama dia klu dok dalam tu hahaahah

bunga_rose said...

lurun namzar;
ikot mata mama dia masa kecik2 dulu ni rasenya hihih..

eima said...

tu la mende nk jd ...
tak leh slh mana2 pihak ....
kadang tu kite dah berhati2 dah ...
sian eqal.... alisha ari tu mulut bengkak sikit sbb die hentak muka die ke lantai ...hahaha

bunga_rose said...

tu la manje.. aku ralat gak la sebab biasa kalau aku ada sebelah memang dia terus ke arah aku je, smlm tak nmpak aku kot, gelap kan, aku tutup lampu.. harap cahaya dari lampu tengah je..

alisha hentak muka ke lantai? eqal lak tak leh nak imbang badan ari tu, jatuh ke sisi.. lahai anak2...

.:Mama Dhia:. said...

sian haiqal..tp alhamdulillah tak de pape..cume benjol ngan luke..tp sian jugak..kene extra carefull bile anak dah pandai bergerak ni..