Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, May 3, 2012

Bila anak meragam

Hai korang, dah sarapan? Aku insyaallah puasa setakat ni.. Jangan dah dekat waktu berbuka kang bendera merah datang udah la hiihi..

Mengantuk sangat rase mata ni, badan pun penat. Mungkin aku tak cukup rehat sebab start Khamis lepas bercuti sampai Selasa, jadual padat. Nasib baik esok dah Jumaat, then Sabtu boleh rehat.. Rumah pun dah kembali bersepah, tak sempat lagi nak kemas baju-baju balik kampung itu hari.

Owh, aku mengantuk hari ni sebab anak teruna sulung buat hal. Bermula malam tadi, dia terkencing dalam seluar, ingatkan kat seluar je, sikit je terkucilnya. Sekali aku masuk bilik tengok selambak tepi tilam. Sakit ati, bukan nak bagitau. Kena marah, merajuk, tak nak kawan mama katanya.

Tengah malam sikit, eh, bukan dalam pukul 11 camtu, dia cakap, "mama, nak berak!!" Aku cepat-cepat la mintak hubby bawak dia masuk bilik air, takut tercicir atas lantai kan. Menangis-nangis tak mau, mintak pakaikan pampers juge.. Tapi kat seluar dah terkena, aduiii... membasuh lagi aku. Susahnya nak ajar dia buang air beso dalam tandas, ada petua tak???? Hubby cakap, malam-malam pakaikan la pampers, aku tak nak sebab sampai bila kan.. anak kita, kalau bukan kita ajar, siapa lagi. Katanya kesiankan aku sebab penat-penat balik kerja nak kena basuh itu, mop ini. Takpela, janji anak pandai berdikari. Lagipun tak sampai 1 bulan lagi Qimie free diapers. Aku kena sabar...

Ok, settle bab mop & basuh seluar dia, tido.. Tup-tup, lebih kurang pukul 3pagi, dia kejutkan aku. Suruh buka baju, basah katanya. Aku pelik la kan.. Sekali, dengan bantal dia, dengan selimut aku sekali basah kena kencing dia. Owhhhhhh anakkuuuuu... Cek pampers, kosong ok. Ni harus dia ingat dia kencing kat tandas, keluarkan bebird dia pastu pancut je, padahal atas tilam. Bebel kat dia, klu tak pakaikan pampers terkencing boleh dimaafkan lagi, tapi berpampers pun boleh kencing atas tilam.

Sudahnya, aku, Eqal & Qimie tido la atas toto. Dah tempat kencingnya tengah2 tilam, memang takde harapan la nak bersesak2. Owh, Eqal pun terjaga time tu sebab Qimie menangis bila aku paksa dia masuk bilik air basuh badan sebab dah terkena air kencing dia kan. Elok dua-dua lena, aku buat milo, makan dengan roti aku beli semalam. Ingat nak layan tv, nak iron baju bagai sebab mata dah tak mengantuk. Sekali keluar si Qimie nangis-nangis ajak aku masuk tido. Aduhai.. mana-mana pun nak mama jugak ada sebelah, peluk. Sanggup dia tunggu sampai aku habiskan roti dengan air milo semata-mata nak tido dengan aku. Sabo jela..

Pukul 5.50 pagi, si adik pulak merengek. Aku rase dahi dia, belakang badan dia. Panas la pulak. Cari-cari jangka suhu nak cek suhu tak jumpa. Ni mesti keje Qimie ni, mana ntah dia sorokkan. Padan la merengek dari malam tadi. Bibir dia pun merah, tanda nak demam. Aku just bagi ubat Qimie, ubat klinik kerajaan banyak sangat sekali telan 5.3ml, ubat abang dia aku main agak je 1ml... Sebab sebelum ni doktor ada bagi sukatan untuk ubat alergik Eqal 1ml, aku ikut yang tu jela. Sebelum hantar ke pengasuh tadi, suhu dia macam dah turun. Hope takde la demam.

Kalau demam pun aku rase sebab penat berjalan jauh. Shah Alam - Kuantan - Terengganu - Kuantan - Shah Alam. Aku dengan hubby yang dah besar ni pun sakit-sakit badan, ni kan pula dia yang kecik lagi.. Lagipun, semalam dia cukup 7 bulan. Mungkin demam beralih bulan bab kata orang-orang tua kan.. Tak pun nak pandai sesuatu.. macam dah nak merangkak gayanya.. Gigi pun cam ada putih2... Nak tumbuh lagi 1 la tu.. Nak cukupkan 2 bawah, 2 atas.. Qimei pun batuk-batuk balik..

Budak ebab mama

2 buah hati kesayangan mama

Ermnn... cepat-cepat sihat ye anak-anak mama... Tak senang duduk dibuatnya bila anak-anak tak sihat ni..

4 comments:

deelira@deeliraz said...

alahai.. sian ko. ptt YM aku x berjawab. dah terlena kut.. hehe

eima said...

yang oi ... ubat demam ngan elergik lain kiraannye .... eqal tu kena bagi dlm 2.5ml cam tu ... klu pcm gomen 5.3ml...sbb pcm gomen slalunye 120mg klu swasta die bg 250mg sbb mmg klinik gomen provide 120mg je kot... tah la ...

lain kali klu demam lagi nk bg ubat qimie tu ko ikut kiraan ni .. senang je

15 X berat /(bahagi) 250(dose)X 5


mudahan eqal cepat sembuh ok ....

Cute Mum said...

wah.. orang yang membaca pon nampak penat..
cute mum walau baru ada sorang anak, itu pon kadang2 rasa penat sangat.. camnerlah ada 2 orang nanti.. huh..

hope anak2 cepat sehat yer..

bunga_rose said...

zue;
mmg aku telelap pun tadi haaha

manje;
laa yeke.. patut la tak kebah anak aku tu.. ni nak kena balik bawak dia gi klinik pulak.. susah ati aku..