Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, May 22, 2012

Bubur dan Eqal

Lemaunye la rasa badan ni. Dah berapa hari aku rase tak cukup tido.

Semalam gigih ajak hubby belikan bahan-bahan untuk buat stok puree untuk anak teruna aku yang kedua tu. Maklumla, tekak dia demand sikit, tak mo makan makanan segera ni like nestum or biskut milna ke ape, tetap nak makanan yang dimasak mama. Kalau bagi instant or ready made dia luehkan balik, tak sedap gamaknya.

Dia tak tau, abang Kimi dia mendalah tu la mama dia dok sua sampai umur 9 bulan haahhaha... Maklumla, dulu takde ilmu dan pengalaman, sekarang dah kawan dengan ibu-ibu yang rajin buatkan bubur untuk anak diorang so rase terdorong tuk buat menda yang sama. Lagipun bersemangat la sikit nak masak sebab memang Eqal berselera makan dan habis satu bekas makan pengasuh dia suap.

Semalam buat stok keledek yang warna kuning dengan purple tu. Then stok brokoli. Ikan tenggiri aku rebus siap-siap dan letak dalam bekas asing-asing untuk bekukan. Kalau tak cepat rosak kan, ikan ni. Dapat la untuk 4 kali masak. Beras pun dah aku blend siap.

Semua puree tu sangat berguna bila aku, sebagai seorang mama yang agak malas nak bangun awal *hikhiks* untuk masak bubur ni. Sebab sekejapan aje siap bubur untuk anak teruna. Campak-campak je bahan beku tu. Tak sia-sia belajar dengan ibu-ibu yang otai ni. Biasa stok tu aku buat untuk 4-5 hari je. Nak sangat buat bubur campur ayam ke bilis ke tapi anak teruna ni kan alergik.. Ayam pun dia tak boleh sangat apa lagi seafood. Takpe, tunggu kulit dia betul-betul sihat baru cuba letak ayam pulak kan..

Gambar? Takde la, kalau korang nak gambar pegi tengok kat blog kakak ni, rajin bebenor. Selalunye aku akan rase bersemangat bila tengok dia upload gambar-gambar puree yang dia buat untuk anak dara dia. Anak dara dia pun kemain suka makan, kalah anak teruna aku tu hahah..

Progress Eqal...ermnn.. udoh ada tanda-tanda nak merangkak dah.. tapi baru gerakkan satu langkah ke depan je.. Tak pun dia lompat-lompatkan badan dia, laju lak tu. Macam semalam, hubby baru masuk bilik, dia teruja terus lompatkan badan dia sambil masa tu posisi dia merangkak. 2 kali lompatan dah hampir jatuh katil. Nasib hubby sambut. Aku lak kaku depan pintu sebab terkejut.

Kalau berdiri dengan bantuan, macam pegang sofa ke katil ke dah kuat sikit dah kakinya. Duduk tanpa bantuan pun dah ok, tapi tak boleh lama hihhi..

Kalau tengok mama bersiap dah seronok gelak-gelak dah, siap hulur tangan nak ikot, olololo.. kalau buat tak tau mula la nangis cemek-cemek muka.

Gigi dah tumbuh sepenuhnya 2 atas dan 2 bawah. Gusi pun dah tak gatal kot, so aktiviti gigit puting asli pun dah dihentikan. Legaaaa... hahahah..

Owh, kalau korang nak tau, muka Eqal sekarang sebijik muka Kimi masa umur 7-8 bulan tau.. Nanti ada masa aku nak upload sini.. aku maknye tengok pun dah keliru mana satu Kimi mana 1 Eqal.. Rambut je yang membezakan muka diorang hahaah..

7 comments:

eima said...

sama gaya alisha tu ..br leh merangka 1-2 langkah ...pastu tersungkur ..hempas2 bdn..comey kan ....

alergik nk mkn ok la.... ni alisha start refuses ni ... tak mo bubur ...nestum ngan milna tu lagi la ..masuk je buat muntah...

bunga_rose said...

Tu la pasal, comel je tengok diorang berusaha untuk bergerak tu hahaha..

tu la, apsal alisha takmo makan manje? tibe-tibe je kan.. ermnn..aku pun tak tau camne nk tlg, takde pengalaman, sbb eqal bab makan laju je

deelira@deeliraz said...

hope aku serajin ko nnt ;)

bunga_rose said...

jgn la serajin aku zue, sbb aku agak malas sikit, bio lebih rajin dari aku, tu ok haahaha

Myra Jay said...

Kalau Myra nanti ada anak pun rasanya akan buat puree ni gak..heheee

Eda Latiff said...

eh, aah la...sama muka kimi la baby eqal ni...comelnyaa

Tukang Karut said...

ok... aku terbayang aku dah jadi ayah dah ni...