Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, May 30, 2012

Diary seorang mama tinggal bukan tunggal

Mengantuk la.. menaip entry kat blog ilang sikit mengantuk kot.. Padahal bil-bil boss bersepah atas meja ni untuk buat claim hahaaha..

Penat sebenarnya.. Hubby takde kan, so rase macam terkejar-kejar sangat kat rumah. Balik ni, rushing ambil anak, kalau lambar yang sulong bising, cakap "Ape la mama ni, lambat amik kimi". Buka je pintu rumah, si adik sibuk nak minum susu dan-dan tu jugak, kadang tak sempat aku buka tudung dah kena bagi dah sebab dia dah jerit cam nampak antu.

Si abang pulak, asiknya "mama, kimi nak main basikal boleh?" Kalau aku jawab tak boleh, dia cakap "Ok, kimi tunggu mama semayang lepas tu main basikal ye". Kalau aku cakap, pergi la, tapi jangan main jauh-jauh, dia kuar jap je, pastu masuk balik rumah tarik-tarik ajak aku teman dia main. Aduii..

Kadang tu aku sembahyang kat ruang tamu, janji si kecik tu nampak aku ada depan dia. Nak masak pulak, kena letak adik dalam bilik tengah, letak dalam baby-court. Pastu kejap-kejap agah dia, tak bagi bosan. Klu abang dia ada, dia ok je dok situ sebab dah jarang-jarang letak dalam baby court bila dah sesekali letak dia cam leka main dalam tu, so aman la sikit aku nak masak.

Maghrib time, aku rase aku mandi 5 minit pun tak sampai kot. Gosok gigi, cuci muka, kena buka pintu bilik air, pantau si Kimi, takut dia main lompat2 atau pijak belakang adik dia. Ntah nape tah dia tu, dia ingat dia main dengan anak pengasuh dia kot.. Adeiiii adik tu kecik lagi laaa.. Dah siap gosok gigi, cuci muka, tutup pintu pastu laju-laju siram air, sabun, bilas. Dah siap. Syampu? Scrub? Mimpi laaaaa.. Tunggu sabtu ahad laa nak buat gitu, tak pun tunggu hubby ada kat rumah, kan selalu gak dia balik lambat sebab main badminton dengan dak2 ofis.

Dah siap tu melayan anak-anak main. Lipat kain.. yey, hubby takde ni sempat pulak aku lipat 3 bakul kain.. wahhhhh bangga. Apsal masa hubby ada tak leh lipat erk??? Kihkih..

Pukul 10 dah masuk bilik tidokan anak-anak. Adik cepat je tido, tapi si abang, mama, nak tengok dora, mama nak tengok mickey, mama, upin ipin, mama otromen.. Arrrghhhh!!! Blom campur risau-risau ada bunyi itu ini lagi tu. Tapi alhamdulillah 2 malam dah lena je tido, sedar tak sedar bila kimi jerit sebab jatuh katil or adik merengek nak susu haahahah...

Kol 6.20 pagi, bangun. Terus ke dapur buat bubur adik. Pastu dengar adik dah bangun, mintak susu, susukan dulu.Pastu laju-laju mandi. Siapkan bekal adik. Sebbaik baju diorang memang buat stok untuk 1 minggu terus. Si abang, pengasuh memang letak kat rumah dia je, dia rajin nak basuh bagai. Baju adik jela aku angkut seminggu sekali.

Pukul 7.25pagi, angkut dua-dua bawak pergi rumah pengasuh. Tengok jam dah 7.35pagi baru gerak dari rumah pengasuh. Sebbai minggu ni cuti sekolah, so boleh sampai pukul 7.50 kat ofis. Phewww!!

Oh itulah diari aku sokmo bila hubby keluar daerah... Ermnn..tu baru 2 orang, aku tak tau la klu Eqal dah dapat kaki nanti. Baru menyusur pun dah laju asik nak masuk bilik air tau, hantu air, cam kimi gak! So, panjang lebar tak reason aku mengantuk petang ni? Hahahahah...

P/s: Tadi hubby cakap nak balik gak malam ni. Suka dengar tapi risau pulak kalau dia balik malam ni.. jalan Kelantan Gua Musang tu cam bahaya kan?? Ermnn.. harap-harap selamat sampai suamiku & sobatnya itu.. Aminnn..


P/s 2: Jun pinjam perkataan mama "tinggal bukan tunggal yer"

7 comments:

mamyharraz said...

awk 2 org akk ni sorang pun tak terhandle..

kadang ter merungut jugak kt suami sbb tak terlayan kalau sorang2 kt anak =P pitam kadang tu dgn karenah anak hehe

deelira@deeliraz said...

giler padat jadual ko.. letih tuuu!!
bertabahla wahai bunga. besar pahala kita. :)

eima said...

aku pun risau ni panjang nk kursus gak minggu depan

.:Mama Dhia:. said...

tu lah hebatnyer ibu bekerjaya kan?? aktif dari pagi sampai ke malam.. kan??

~aSHa~ said...

Gitu la mama y bekerjaya kan. Terkejar2 sana sini. Anak sorang tahan lg. Kalo dh lebih dr satu haru jap diari harian kita

ejaMaria said...

next time ce try tinggal pegi kursus... tengok hubby bela anak plak macam mana... hihihihi...

akak rasa gak benda-benda gini... hadap je la... kan... ;p

Zana Adieyza said...

zana respect dgn ibu bekerjaya.. semua benda boleh buat laju2! terbaik!!