Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, May 3, 2012

Dugaan silih berganti

Lepas satu-satu dugaan mendatang, tapi aku tau sebenarnya dugaan ni kecil je kalau nak dibandingkan dengan dugaan yang Allah beri pada kawan-kawan lain. Tapi sebagai manusia biasa, aku mengeluh juga.

Bermula dengan Qimie yang hampir lelah, dan syukur lepas 1 minggu, batuk, kahak dan selsema dia hilang.. tapi start semalam ada bunyi-bunyi batuk balik.. ermnn.. Kemudian, Khamis lepas, dapat panggilan daripada ayahanda yang bagitau Tok Wan aku meninggal dunia. Gegas amik half-day dan cuti kecemasan untuk Jumaat tu. Niat nak terus ke Terengganu, tapi dapat panggilan daripada ayah yang adat orang Terengganu, tak mau lewat-lewatkan kebumi, diorang putuskan terus kebumikan lepas Asar. Anak-anak yang lambat sampai, cucu-cucu yang jauh macam aku ni tak sempat la jumpa.

Oleh kerna kalau terus balik Terengganu pun aku tetap tak sempat tatap jenazah buat kali terakhir, maka ayah suruh kitorang singgah Kuantan hilangkan penat badan, then Jumaat baru balik Terengganu. Ralat sangat tak dapat tengok jenazah buat kali terakhir... rasanya last aku jumpa arwah masa Qimie umur setahun... Sekarang dah nak masuk 3 tahun Qimie.. Jarang sangat balik Terengganu, ada je aral yang melintang. Tapi at least aku dapat ziarah kubur arwah dan sempat sedekahkan Yasin & Al-Fatihah kat kubur arwah. Kata mak muka arwah tok wan macam tengah tidur, tenang je. Meninggal pun atas pangkuan anak-anak. Ayah aku pun tak ralat sangat kot, sebab selalu dia balik tengok arwah mak dia. At least, sempat la berbakti sebelum mak ayah menutup mata.

Dan hari ni pulak, Eqal pulak demam. Belum habis penat badan berulang alik Shah Alam - Kuantan - Terengganu, anak-anak pulak dilanda demam, batuk. Kecian sangat tengok Eqal. Mulut dia merah, pecah-pecah. Mungkin panas sangat. Semalam aku dah perasan bibir dia merah, tapi tak sangka hati ni dah terus pecah-pecah. Susu pun dia tak nak minum sangat. Sampaikan pengasuh aku cakap dia tengok Eqal dah susut. Yela, biasa pantang aku sua susu badan, sure dia tangkap, minum sampai kering stok. Tapi semalam dia lebih banyak merengek, kalau aku paksa, dia akan gulingkan badan dia ke arah bertentangan, marah sangat sebab aku paksa. Dan dia rela tidur ditepuk, dipeluk daripada menggombeng.

Sedih tengok keadaan dia tadi. Aku memang pecut tadi, kuar ofis kol 12.15, pecut ke ss18 sebab kat situ klinik panel dan anak-anak serasi dengan ubat kat situ. Layanan doktor pun puas hati.. Pada yang nak tau, klinik tu Klinik Nik Ishak. Setakat  ni jarang mengecewakan aku sekeluarga.

Dapat ubat demam, antibiotik dengan ubat sapu untuk mulut. Nasib la doktor cakap bukan penyakit tangan kaki dan mulut tu sebab dia cek kat tangan dan kaki takde. Dan bukan juga kurap susu katanya, cuma terlalu panas cuaca sekarang.

Aku ni, masa Eqal ada sekali dalam kereta, rileks je leh drive, yela risau kan. Lepas je hantar dia terus, tekak rase perit, mata berpinau. Panas terik cuaca hari ni, aku pulak puasa kan.. Nasib la Allah masih sayangkan aku, takde la pulak aku rase cam nak buka pose or haus gile, masih dapat bertahan hihihi..

Cuma ingat satu je, Allah takkan menduga manusia diluar kemampuan dia. Eh, tadi mengeluh, sekarang bersyarah plak ahahah.. Ok, nak BW.. dah lama tak BW

6 comments:

♥cikmOt♥ said...

ishh anak2 tak sehat...hati ibu sangat runsing woo..

tanda akak baca seme ko tulis ni...lalala

deelira@deeliraz said...

banyak2 sabar ye maida..

eima said...

tu la kdang tu kite ni lebih tabah dr yg kite sendiri jangka kan ....

mudahan eqal & qimie makin sihat .. risau kan klu anak2 tak sihat ni

lurun namzar said...

brsabar yer, kak.
ada hikmah disebaliknya.

zura_habib said...

sabar ye bunga..takziah sekali lagi..

~aSHa~ said...

alfatihah tuk tok wan

musim tak menentu ni jap panas jap boleh banjir di tgh kota raya....