Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, May 17, 2012

Janji pada diri bukan pada orang lain

Hola, soy bunga.

Intro pun cam kanak-kanak riang dah kan.. memang betul penangan dak Kimi la ni.

Mengantuk sebenarnya ni, lewat tidur malam tadi, layan cerita hindustan.. Nak letak tajuk cerita, aku dah lupa tapi cerita yang bikin panas gak la sebab suami A dan isteri B yang curang, si A dan si B baik je... haihh!! Eh tentiba emo.. Sebbaik abe Shah Rukh belakon, klu orang lain aku memang tak tengok dah sebab sakit hati kalau pasangan masing-masing curang nih hahahaha...

Semalam pergi rumah jiran, hantar barang sekali tengok badan sendiri kat sliding door. Gulp, telan airliur sendiri. Insaf tentiba. Gemok sangat weh. Padan la hubby dok perli-perli, jiran pun tegur badan naik. Balik kampung itu hari pun mak cakap dah naik, tapi tak sedar diri. Entah la, tengok kat cermin kat rumah takde la cam bulat benor.. Semalam memang bulat la sangat weh. Apekah selama ni cermin kat rumah aku menipu diri aku? Cermin sliding door pun sama? Semuanya nak amik hati aku ke apa buat aku nampak aku cam tak gemok nih?? Adolahai..

Nekad terus dengan hubby, tak mau makan malam. Pagi pun aku tak mo dah amik nasi lemak, nasi goreng or bihun goreng (ko tengok makan pagi, camne tak gemok hahahah). Aku nak on balik diet lama, telan oat je pagi. Tengahari nak ambil nasi sesenduk dengan lauk sayur dan ikan je. Malam just ambil makanan untuk kesihatan dalaman wanita. Eceh ayat haahaha.. Snek, coklat, makanan ringan, aku nak sorok jauh-jauh dari pandangan mata aku. Sebab, kalau nampak, tangan ni mesti gatal nak makan.

Malam, kalau lapar pun just nak buat air milo je. Malam tadi baru start tak makan nasi time malam. Hasilnya? Memang perut aku berdondang sayang sebab kelaparan. Hahhaa.. mungkin hari pertama je kot.. hari seterusnya boleh. Perut ni kalau dilatih ok je sebenarnya kan.

Ok, aku tau.. Aku ni memang jenis yang semangat time awal-awal je (bak kata hubby dan kawan aku Zue  hiihhi, yeah u both right!!). Lepas tu senyap, malas dah nak teruskan haahah.. Tapi, aku kena nekad jugak kali ni. Sebelum ni rase ok sebab baju-baju still muat, tengok cermin pun takde melampau tumbesaran aku tu. Tapi kali ni tidak, I really need to do something. Kena janji dengan diri sendiri, bukan cakap pada orang lain... kata aku kepada aku hiphip..

Harap sangat at least dapat turun 3-5 kg. Wah target kemain. Tapi serious, aku memang gusar tengok penampilan diri sendiri. Padan la baju-baju kebaya, kebarung semua tak muat, aku memang dah membesar. Doakan aku berjaya dan tak terpedaya dengan godaan-godaan seperti KFC semalam hahahha..

Dan korang kat luar sana yang cakap, eh tak gemuk pun ko bunga.. Owh, pakai baju kurung memang dapat menyembunyikan lebihan lemak di setiap bahagian badan, tapi tidak dirumah, hubby siap tepuk2 lemak berlipat-lipat kat perut ni sambil gelak2 huwaaaa...

Ok, kita tengok hasilnya hujung bulan ni. Kalau turun aku bagitau, kalau aku senyap je, maknanya berat aku still sama tak turun malah makin naik khikhikhihkhk.. Jangan korang rajin lak nak tanya kurus ke tidak ahahahah...

Tapi buat masa ni, aku memang janji pada diri sendiri, bukan pada orang lain.. Sebab ini untuk kesihatan aku, orang lain tak peduli pun kan.. eh tak, hubby aku peduli ahahahaha...*asik gelak je, cover sedih ke ape ntah hahahaha.*

7 comments:

deelira@deeliraz said...

ok.. kali ni betul2 ye?

aku sokong ko dari belakang ;)

MRS. K said...

berat ko bape wei???

eima said...

elok la tu ..aku laki perli cam budak darjah 6 .. ko pun sama hahahahaha

bunga_rose said...

deelira;
tak berani nak jamin, tapi insyaallah... doakan deh ihihhi

Mrs.K;
klu ikot bmi dah 24, dah nak tergelincir dari landasan dah tu hahahah

eima;
hahahaa.. ko darjah nam tp kecik comel.. aku darjah nam, tp pendek gumuk huwaaa

Fida Ghazi said...

yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!

kekekekekekekekek... jgn mungkir janji kat diri sendiri tau!

kalau mungkir jugak..sila cubit lemak perut sendiri...hahahahhaha...

.::Lynn::. said...

bila berjalan peha ada berlaga x? kalo x berlaga, x gemuks lagi la tu..
apa² pun nak cakap "GuD Luck"... ^_^

Tukang Karut said...

ala... jom la masuk kelab bulat sedunia!~