Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, May 29, 2012

Kalau suami bercuti dengan kawan-kawan...

Pagi tadi nak up cite pasal topik hot fm, tapi tak berkesempatan. So sekarang nak sembang pasal topik tu.

Suami bercuti dengan kawan-kawan, apa pendapat isteri. Hahha... pendapat aku sebagai isteri... NO!!! Kihkih.. Queen control tak aku?

Sebenarnya bukan queen control, tapi bagi aku cam tak patut je bagi suami bercuti dengan kawan-kawan lelaki. Kalau setakat nak hang out, keluar lepak2 minum kopi ke, main bowling, tengok bola ke bagi aku okla, memang aku lepaskan je. Tapi kalau sampai bercuti, again, NO!!!

Nama pun bercuti, harusla percutian tu melibatkan tido kat mana-mana kan. Mana boleh.. nak bercuti dengan keluarga pun boleh hitung berapa kali je setahun, lagi mau bercuti dengan kawan-kawan. Haruslah aku menentang.

Haloo, lelaki ni kalau dengan kawan-kawan harusla berlagak macam bujang. Boleh pewwitt awek sana, boleh ushar awek sini.. owh menanah mata, telinga kalau bayangkan hahahah..

Dan, hubby aku sendiri pernah bercuti tanpa aku sebenarnya. Tapi bukanlah dengan kawan-kawan, dengan keluarga aje, tapi dia sendiri nampak tak seronok. Macam takde roh sebab anak isteri takde bersama. Masa tu aku tengah pantang dan family belah hubby nak bercuti kat Langkawi, sob...sob.. terase ai tau sebab tak dapat ikut. Tapi biras aku sendiri cakap nampak macam jasad hubby je ada kat situ, jiwe takde hahaha...

Natijahnye abis semua coklat yang aku mintak dia belikan, rindu + rase bersalah la tu sebab tinggalkan anak bini tuk berseronok yang akhirnya dia rase tak seronok kahkahkah..

Kalau kawan-kawan ajak dia bercuti pun, biasa dia tolak. Sebab dia nak ajak aku, tapi kitorang  pulak ada anak kecik, so terpaksa tolak.

Bagi aku, biasanya lelaki yang dah berkeluarga, jarang la nak bercuti dengan kawan-kawan ni tanpa ajak anak isteri. Sebab dah biasa dengan anak isteri, bila takde mesti rase lain kan, tak tau la kalau ada yang jenis mak okeh je. Setakat ni tak jumpa lagi la suami yang bercuti dengan kawan-kawan tanpa ajak keluarga, kalau yang bercuti dengan kawan-kawan, tapi keluarga tetap dibawak bersama melambak dah jumpa.

Again, terpulang pada penerimaan si isteri sendiri. Kalau dia rase tak kisah suami bercuti dengan kawan-kawan asalkan pandai jaga diri then fine. Or maybe sebab si isteri pun selalu je bercuti dengan kawan-kawan perempuan, so ok je la kan.

Tapi aku, lepas kawin, perasaan nak bercuti dengan kawan tu ada, tapi still aku nak orang yang aku sayang ada disisi.. Takde suami, takde anak-anak, rase cam tak seronok je cuti tu. Like, pergi kursus la, rase cam tak best even ada rakan-rakan pejabat yang riuh. Oh, atas alasan itu, aku tak penah mohon gi kursus mana-mana yang perlu bermalam & jauh setakat ni haahahah.. Tak sanggup tinggalkan haiqal sebab masih menyusu badan... Next week pun kursus kat Putrajaya je.

So, kawan-kawan putrajaya, jom ngedate... Tapi, tumpang orang nanti gi Istana Kehakiman tu, meh la amik ai kat sana haahahah..

9 comments:

amiey lee said...

hee selalu laki yang nak g bercuti ngan member2 ni kurang sifat kebapaan dia hahahahahahahahahah
suka suka jekan kita ckp gitu..
alhamdulillah hubby tak penah plak nak g memana bercuti tanpa bawa anak2 n bini ..heeee

♥cikmOt♥ said...

jemputlah datang ke opis ai...sebelah jek ni...hehehe

bunga_rose said...

amiey lee;
bukan kurang sifat kebapaan, tak puas enjoy lagi kot hahahah...

tula setakat ni tak penah lg dgr hb nk bercuti dgn kawan2.. nk bercuti dgn anak isteri ada laa

bunga_rose said...

cikmot;
owh, ofis akak sebelah POJ je ke?? sila membelanjai adik yer kakak hahahah

Myra Jay said...

Myra cik abg jarang hang out dengan kawan2 apatah lg nak bercuti dengan kengkawan..

Tp Myra sebb study ePJJ ni, bila abes final kengkawan akan plan bercuti tanpa suami sbb ada kwn yg belum berkahwen..

Tp Myra tak dilepaskan oleh en suami untuk bercuti dengan kawan2..huhuu

bunga_rose said...

myra;
suami myra cam hb bunga la.. klu lepak pun sbb main badminton, bercuti jgn harap la...

err... no komen, klu hb bagi pegi la sbb pempuan dah kawin confirm tak menggatal, tapi lelaki ni, ishhh ssh nak pecaya hahhahah

SYANI said...

Setakat ni hubby tak pernah la lagi pi cuti dengan kengkawan dia. Cuma ada tahun lepas kompeni dia buat trip tapi tak boleh family. Aku kasi can la kat dia berombongan 3hari 2 malam..

mrs.ecam said...

aku pong akn ckp NO...sentaphatimaknak klu asben ai g bercuti x ajak i...stakat ni x pnah terjadi lg...nk g men futsal pong d angkutnyer i n ank2...ihihihhi

zura_habib said...

my hubby biasa outstation merata ngan kwn so xde la cuti2 ngan kawan...nk bercuti ngan kami saje ye! hehe