Jom klik

kENgkaWAn

Monday, May 7, 2012

Kes pecah rumah lagi

Pagi yang tak berapa nak pagi buat semua. Mengatuk la.. Bos masuk lambat hari ni sebab pergi ke hospital, so aku ambik kesempatan lelapkan mata dalam 10 minit.. Hujan kan, memang syiok sangat la dapat tido. YAng bestnya siap boleh termimpi-mimpi dalam tempoh lelap tu hiihhi..

Just nak share cerita kat kawasan perumahan aku. Baru 2 hari lepas digemparkan lagi dengan kejadian hampir pecah masuk. Yang bestnya penceroboh ni bukan aim 1 rumah je, tapi 4 buah rumah dia panjat pagar dan intai-intai apa yang ada kat kawasan parking kete tu. Dan semua rumah yang dia panjat or jenguk-jenguk dari luar pagar tu, semuanya rumah yang pasangkan lampu depan rumah.

Kitorang syak mat pet aka penagih dadah yang buat kerja ni. Lebih kurang pukul 5 pagi la menda ni berlaku. Yang bestnya, jirang kitorang yang ternampak mat pet tu telefon 2,3 orang, ajak kejar mat pet tu. Tapi, agaknya dia dah biasa dengan kawasan keliling kampung tu, so dapat lolos.

Yang kelakarnya pulak, masa diorang tengah kejar tu, ada la sebuah kereta datang dari arah bertentangan, perempuan yang drive. Diorang cuba tahan sebab nak tanya ada nampak tak lelaki yang lari tadi tu dari arah perempuan tu datang. Sekali perempuan tu tak stop, lagi pecut adalah. Yela, memasing dengan pegang parang panjangnya, tahan kete. Kalau aku pun tak stop kot. Takut la kang kita plak yang kena belasah kan. Hahaahaha... padahal diorang just nak tanya ada nampak tak kelibat orang lari dan ke mana arah orang tu lari.

So kesimpulannya, jenayah sekarang dah tak kisah target dan kat mana. Kawasan perumahan orang berpendapatan sederhana ke rendah ke, janji dapat Rm50-100 diorang akan pecah masuk. Dulu yer la aim rumah orang kaya je, tapi kalau kes mat pet aku rase, diorang dapat jual kasut sukan kita or apa-apa barang berharga yang boleh diorang dapat depan rumah pun dah berbaloi, janji dapat beli barang kekdahnya kan. Tak tau la kaedah macam mana lagi boleh dibuat untuk halang pencuri dari pecah masuk. Dan aku rase kalau diorang pecah masuk rumah cam kitorang ni tak berbaloi, apa sangat la ada pun.

Paling aku takut kalau pecah masuk then mengapa-apakan keluarga. Sebab tu aku pesan kat hubby, kalau la jadik pada kitorang (mintak sisih sangat) jangan la melawan, just bagi apa diorang nak, asalkan diorang tak apa-apakan keluarga, nyawa first. Barang, duit boleh cari, nyawa takde galang ganti. Ape pun moge kita semua dijauhkan daripada kes-kes pecah rumah or rompak or pukau dan apa-apa yang seangkatan dengannya, aminnnn...

10 comments:

♥cikmOt♥ said...

moga famili kamu dilindungi allah selalu...amin

eima said...

bg ape je ... jgn melawan ??klu die mintak ko ??pastu mintak plak anak ??
cam ne ?? nk melawan ke tak ??


saje tanya jgn marah no .... tu la aku lg takut rumah aku tak de pagar ...huhuhuy

bunga_rose said...

cik mot;
aminnn kak..

eima;
klu mintak aku, aku sanggup mati dari dia buat ape2 kt aku.. anak2? lagi la..

perumaahn kitorang pun baru nak buat pagar ni.. tunggu persetujuaan rumah depan sana tu je lagi.. lane kitorang dah setuju, payah klu ada yang tak concern ttg keselamatan ni

.:Mama Dhia:. said...

nauzubillah..mintak dijauhkan la benda2 ni berlaku pd kite..moge2 family bunge tak jd mangse mat pet2 tu..

kat perumahan mertua kat sg.petani sane, dieorg masuk lalu bumbung...lg seram..

Mama Gee said...

yelah...pun takut juga..kalo dia masuk umah kita..tp kita takde byk brg berharga...dia geram dia buat apa2 kt kita dan kuarga juga...adoii...

bunga_rose said...

mama dhia;
takut kan.. sebab atap rumah skrg ni jenis letak2 je, bukan paku2 pun..

bunga_rose said...

mama gee;
tu laa kak, menda tu yg paling saya takut... nk amik barang amik la asalakan tak apa2kan kuarge kita..

Imaan09 said...

takooooottt!
mintak dijauhkan.. dengar pun dah fobia..

Kesuma Angsana said...

Tulah orng2 tua ada kata suh buat pagar rumah (dgn ayat2) masalahnyer nnti pencuri masuk x nmpka jalan kluar lak

Nadiah said...

datang singgah... betul tu...kalau terkena mcm tu jgn lawan...berserah je la...semoga ALLAH lindungi kamu dari bencana...

done follow awak...nnti jenguk blog kite ye...