Jom klik

kENgkaWAn

Monday, May 28, 2012

Lauk pengubat rindu

Malam tadi do potong-potong ikan, sayur untuk buat puree adik Eqal. Sekali aku tengok ikan merah ni macam beso la pulak, klu biar dalam esbok lama-lama rosak pulak.

Sekali hubby masuk dapur tanya buat ape, dari nada dia aku dah boleh agak dia harapkan aku masak sesuatu untuk dinner. Then bila aku cakap nak masak untuk dinner, lebar je senyum. Alasan dia bagi ok gak tu, masak lebih ye, kepala abang pening la, perut masuk angin kot.Eceh, alasan.

Klu korang nak tau, dah lama aku tak masak kat rumah. Sejak aku cakap nekad nak diet kan, memang takde dah la aku nak masak2 kat rumah ni. Hubby pulak menyokong, tapi bila time dia balik dari main badminton cam kecian gak, sebab biasa dia balik je mesti ada lauk atas meja hahaahah..

Ok, ikan merah semalam aku masak asam pedas & ayam yg beli tuk emergency stok, aku goreng je. Asam pedas tu rase dia cam errr fail sikit la kat tekak aku ni. Orang tak pandai nak masak kuah-kuah, tentiba gatal tangan nak buat kuah2 *tu la hubby, tak minat lagi, dah bini tak pandai masak lauk berkuah kecuali kari & sup tau*. Tapi, aneh, hubby makan rileks je, macam sedap je kat tekak dia tu, ke sebab lapar erk? Kimi pun makan bertambah-tambah.. ermnn.. tekak aku yang tak kena kot..

Ayam goreng berkasih *eceh nama
Ikan asam pedas lautan cinta

Hahahah... gedik kan nak letak nama lauk-lauk tu. Ala, aku tau, hubby aku tu rindukan air tangan bini dia ni ha.. Yela, esoknye nak gi Kelantan pulak 3 hari, kang tak merasa masakan isteri kang, rindu pulak kihkihkih..

10 comments:

deelira@deeliraz said...

ayam grg berkasih
ikan asam pedas lautan cinta

kononnnnnnnn :p

tp sedap je nmpk asam pedas tu.. apa yang kurangnye? hehe..

bunga_rose said...

haahhah.. gedik tak? gedik tak???

penangan master chef selebriti la ni mekzue kihkihkih

errr tak kurang, tapi terlebih gula kot aku rase ahahahah, tentiba jadik versi kelantan

♥cikmOt♥ said...

kelas kau rose...eh tetiba...hahaha

bunga_rose said...

haahahah... kelas mawar ke kelas anggerik cikgu?? kihkihkih

Tukang Karut said...

kenapa aku tengok ayam tu macam cekodok pisang je ek?

eima said...

vavava hebat tu ..aku ni pun sama lama sudah tak memasak ...sejak alisha wujud ...

qimie mkn pedas ke ... baguih tul busak tu ...fahim tgk warna merah pun takut ... bayam merah masak air pun takut..hahahaha

zura_habib said...

pandai cik mungeee masak...asam pedas tu

bunga_rose said...

tk;
tu namanye seni, ko tau ape, ahahaahah

bunga_rose said...

eima:
kimi kuat pedas, tapi akan mintak air lagi banyak dari aku suap nasi hahaahah...

aku tak masak sbb diet, klu bukan sebab badan gemuk, aku masak hari2 dah haahaha

bunga_rose said...

zura;
idok ler sehebat awok, tgk post kt fb lauk sedap2 sokmo