Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, May 24, 2012

Mintak pendapat korang boleh??

Selamat pagi semua. Dah minum pagi? Aku macam biasa, just amik oat + milo 0 juga roti Massimo sapu lepa kacang lady;s choice. Ate nak dapatkan balik berat ideal, bertabahlah hahaah..

Semalam hubby ada beli seluar jeans kat PAS, then sebab labuh, mintak potong. Balik tu takde pulak nak test pakai ke apa sebab setakat ni elok je tukang tu potong. Sekali semalam pukul 9.30 malam, dia try, aik senteng. Memang atas buku lali jeasnya, kalau pakai gak memang cam mr bean nengoknya.

Ambil jeans lama dan ukur.. Amik, sampai 4 inci larinya. Tapi yang pelik masa budak tu ukur semalam, aku pun tengok dia ukur, tapi kenapa bila siap jadi senteng? Tu baru berdiri, kalau duduk memang teruk la. Hubby dah bising, mintak aku tolong tanyakan pada pekerja tu tengahari ni.

Tapi boleh ke diorang betulkan balik.. sebab dia potong sikit je.. maknanya cukup2 untuk lipat je, lepas tu kalau mintak diorang ganti baru pun dapat ke? Korang rase sape salah? Budak tu dah ukur, dan kitorang takde argue apa-apa sebab selama ni memang hubby beli dan potong kaki seluar terus kat situ, tak penah pulak seluar tu senteng ke ape, tapi tiba-tiba semalam jadik camni.

Dan aku perasan semalam budak yang potong tu tak pakai baju pasaraya tu dan ada pakai tag visitor kat baju dia. Salesgirl tu yang panggil budak tu suruh tolong sebab salesgirl/salesman yang biasa potong tu takde kat tempat, rehat mungkin. So, ada keraguan kat situ, budak tu pandai potong ke tak sebenarnya.

Dan aku ni nak pergi tanya ni pun dah risau-risau.. Nanti diorang pandang aku cam nak makan lak kang.. Tapi nak juga keadilan.. takkan bayar duit untuk barang yang kita tak boleh nak pakai kan.. Rugi laa..

Korang rase??? Pendapat korang??

9 comments:

MRS. K said...

ko bawak resit, bawak suo pegi kedai tu balik.. tanye la dulu huhuh

eima said...

pegi je balik ... diorg ukur diorg gunting tu salah diorg bukan salah laki mu ...ok ...

sila dpt keadilan ..sayang tu duit beli jeans kan mahai ...

Tieah Madian said...

Elok jugak p tanya kan.. Tapi nak bagi dia pjg takleh lah kan? Sebab dia potong bukan lipat dan jahit..

aTy _faRed~ said...

baik gi tanyer..sayang kot kalau beli tak ley pakai..bukan salah kite..salah die...kene report tu..hurrmm..hak kite..:)

bunga_rose said...

Mrs.k;
memang ada bawak resit dgn seluar tu, tapi perasaan takut tu lebih dari nak buat haahah..

eima;
tu laa.. laki aku cakap kalu depa tak nak ganti, nak pegi tribunal tuntutan pengguna..

nak je aku tanya bos aku, sape menang klu ada kes macam ni haahahah

tieah;
tu laa.. klu nak bagi panjang macam susah dah tu.. tapi tu la, klu tak pegi rase tak sedap hati..

Me said...

pergi jer tanya nge.. suh dia betulkan balik..kalau takleh betulkan mintak deme ganti balik..kalau kedai sama mesti deme ganti lah!!.. pegi yer!!

Tukang Karut said...

beli je la baru...

bunga_rose said...

aty;
thanks, mmg nak kena pergi ni.. klu tak rase tak puas hati hiihi

me;
tu la... rase bersemangat nak pegi bila baca pendapat kwan2 ni.. thanks all

adianiez AIDA said...

pergi semula utk puas kan hati :)
customer is always right :)