Jom klik

kENgkaWAn

Friday, May 18, 2012

Misteri di ofis aku...takotzzz

Misteri berlaku lagi dekat ofis aku ni..

Semalam, ada staff nak pergi tandas. Masa dia nak masuk tu, tandas tu gelap, belum switch on lampu lagi, so dia tekan suis, lampu pun menyala. Baru je nak masuk, dia terdengar bunyi orang tolak pintu, kuat, "pangg!!! *eh gitu ke bunyi pintu ditolak kuat?? hihihi*

Terus staff ni tak jadi masuk, lari masuk bilik dia semula. Ok logik akal, ada ke orang nak masuk tandas dalam keadaan suis lampu tak dipasang, gelap gulita. Masa tu pukul 7.40 pagi.. aiseh, pagi-pagi pun nak main-main tau.. Dah la aku kerap ke tandas tu untuk amik air sembahyang, surau kat tingkat 6 tu..

Natijahnya aku takut nak gi tandas hari ni. Dari pagi tadi, baru 1 kali aku masuk tandas.. haru tak??? Hahahah

Then semalam jugak kitorang dok kumpul sembang pasal mistik kat pejabat ni. Rupanya odeli sebelah bagitau, baru-baru ni ada yang kacau dia. Ceritanya....

Masa tu dalam pukul 7 lebih, dah nak masuk maghrib. Dia tak balik lagi, dok main komputer. Tiba-tiba dengar suara odeli court aku ni gelak. Bilik diorang bersebelahan bilik aku je so memang boleh dengar la kalau ada yang ketawa, pulak tu time tu sunyi sebab aircond pun dah dimatikan.

Dia pun hairan la, then pm kat facebook. "Apsal ko gelak sorang-sorang?" Odeli court aku jawab la, takde, dia ada kat tingkat 3. Dia tak percaya sebab memang dengar suara gelak2 dalam bilik kitorang ni kan. Then dia ketuk-ketuk pintu, panggil nama. Senyap je. Dia tengok bawah pintu, gelap, maknanya lampu tak terpasang, so memang takde orang la.

Terus dia tutup pintu bilik, buat macam biasa, turun ke tingkat 3. Tapi sepanjang perjalanan dia nak keluar dari ofis ni ada bunyi yang cam ketuk-ketuk dinding, ikot je setiap langkah dia. Sampai ke punch kad, then bunyi tu hilang. Odeli court sebelah ni cerita, jantung dia usah cakap la macam nak pecah, menda tu ikot dia kan.

Ok cerita lain pulak. Yang ni dari kisah orang bawah tingkat aku. Staff ni cakap, dia rajin datang Sabtu, Ahad. Then selalu la dengar ada cam orang bertukang la kat tingkat atas dia, means, floor aku ni la. Pastu time tengah buat keje, mesin printer bunyi macam ada orang print la, padahal takde apa pun yang keluar. Ada yang berdehem. Bunyi pintu tutup, tarik kerusi. Macam-macam la dia cerita. Agak seram la kot..

Yang part kelakarnye. Odeli court aku ni lepas hantar bos tak naik dah atas sebab takde siapa dah kat floor ni. Bos aku paling lambat balik semalam. Tu pun katanya berdebar-debar tunggu sorang-sorang hahahha...

Misteri sungguh bangunan sewa ni.. Kalau kat kompleks sana nanti tak tau la camne plak versi cerita orang sana.. Emn...

8 comments:

eima said...

dasat .... seram tu .... dah la kite ade anak kecik...

.:Mama Dhia:. said...

seramnyer...

bunga_rose said...

eima;
uiii harap takde yang ngikot.. udah la kat taman aku tu ada orang cakap ada sesuatu.. budak kecik katanya..mlm2 buai berayun sendiri.. uhuhuu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila mmg takkan tgal kat opis sorang2

Tukang Karut said...

apa lagi... bawak la hantu balik rumah... buat pameran!

bunga_rose said...

baby;
hahahaah, jgn kata ila, odeli court ni, lelaki tu, dia pun kecut perut haahahah

tk;
klu antu kak limah, berani gak nak bawak balik, ni antu spesis lain ni, takot wehhh

Kesuma Angsana said...

pernah alami benda yg lebih krg sama...

Myra Jay said...

Adehhh!! seram lak baca ha..