Jom klik

kENgkaWAn

Friday, May 25, 2012

Saluran tersumbat aduan ke pemaju

Hola!! Me again. Tengah seronok ni sebab baru lepas call pemaju perumahan. Tanya pasal warranty rumah. Alhamdulillah ada lagi 1 bulan sebelum tamat.

Sebabnya rumah aku sekarang ada masalah. Last time tu tersumbat dekat dapur. Sekali ayah aku korek guna tangan ok, ayah sangat la tidak penjijik. Menantu dia aka hubby aku yang aku rase bukan penggeli tu pun cakap tak sanggup nak korek. Tapi ayahku yang superb telah berjaya menemui punca kenapa saliran tersumbat. Iaitu sebab tukang rumah ni sumbat plastik, sisa bancuhan simen ke saluran tu. So jadi la tersumbat.

Jahat kan pekerja yang buat rumah ni.. Settle la masalah tu. Tiba2 last 2 month bilik air kat dalam bilik aku pulak problem. Tersumbat. Mula-mula tu dia macam slow nak masuk dalam saluran tu kan.. lepas tu tiba2 macam tersumbat pulak. Ok, hubby cakap jangan guna bilik air tu untuk sementara supaya kering dan dia nak tengok punca tersumbat.

Belum sempat cek tentiba that day hujan lebat dan air kat longkang memang penuh la, pastu aku balik keje tu tengok bilik air tu penuh dengan air. Hairan sebab bilik air sebelah takde pun air, kering je. So macam, mungkin tiris hujan, fikir macam tu jela. Sekali after a week air penuh lagi. Kali ni memang lebih banyak dari yang sebelum ni.

So tanya jiran-jiran. Ada jugak yang alami perkara yang sama. Maknanya pemaju ni just buat rumah ibarat lepaskan batuk ditangga. Sebab bukan sebuah dua je jiran yang kena lebih dari 10 kot. Dah la nak panggil diorang datang cek sekian hal.

Tapi tadi call, katanya kena datang isi borang aduan dulu. Tak kisah la, lagipun hari ni rehatnya panjang. Hope diorang dapat datang esok untuk periksa. Rindu dah nak mandi kat bilik air sendiri huuuhhu..

Sapa-sapa ada yang nak ke Klang Parade tengahari ni? Jom ngedate haahaah..

10 comments:

Me said...

seb bek ada waranty lagi..kalau tak habis lah!! klang jauhla nge..putrajaya boleh lah..haha

bunga_rose said...

haahahh... putrajaya jauh bebeno... tapi awal bulan 6 nanti ada kursus kat putrajaya hiihi

Myra Jay said...

Tension kalau pemaju buat kerja macam ni kan, kita dah la bayaq mahal ;)

Amieylee said...

hishh betul geram kalau pemaju buat rumah mcm ni.. umah kita pun gitu la... ada retak2..kekadang rasa seram gak huhuhu

bunga_rose said...

tu la, tu belum cite bab retak dinding kat bilik tido lagi tu.. adeiii sabo jelaaa

eima said...

mai putrajaya mai alamanada tau .. leh ai ngedate ngan u ..ai jalan kaki je ... k.ya klu bunga dtg kite jumpe ek ... hehehe

bunga_rose said...

eima;
aku tumpang kawan je nanti.. camne nak pegi.. nak je jmpa korang2 kat putrajaya nun hihihi...ko mai amik aku time rehat tu boleh?? haahahaha

bunga_rose said...

Amieylee;
mmg seram.. dah la retak ni kat dinding dalam bilik tido.. tp malas nk buat aduan, klu buat aduan pun diorang just boleh tampal je

aimaniman said...

yupp... pemaju perumahan bisanya buat dek jer bila rumah dah diserahkan,.. rumah akak ni retak sana sini, punya ler takut kami duduk rumah..

aTy _faRed~ said...

kalau umah dah siap..lepas tu dah masuk pindah..kalau rosak ker ape..memang susah nak panggil pemaju balik soh repair..tak bertanggungjawap..kene pakse n desak selalu marah2 baru nak buat...