Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, May 24, 2012

Seluar jeans tu akhirnya...

Lunch hour tadi pergi kat tempat beli seluar jeans tu. Cakap elok-elok dan bermanis muka dengan salesgirl tu. Akak tu ada semalam, tapi bukan dia yang uruskan pasal potong kaki seluar ni.

Mula-mula dia cakap mana boleh, bukan salah kami, kitorang cuma potong ikut kehendak customer. Lepas tu aku cakap elok, tapi yang potong staff kan. Aku cakap la, memang ada amik ukuran, tapi bila pakai senteng, memang atas buku lali, cam MR. BEAN dah gayanya. So dia mintak detail sapa yang potong dan sape amik ukuran. Tapi cakap sambil pandang tempat lain, sambil buat muka. Aku dah sakit rase kat dalam hati ni, tapi still bermanis muka la kan dah kerjasama dari diorang kan. Sebbaik ada adik SU sebelah ni temankan aku tau.

Then aku cakap la, sape potong tak tau sebab kitorang tinggalkan seluae dan pergi makan, tapi yang amik ukuran tu budak laki, muda lagi, kurus-kurus pakai tag visitor, tak pakai baju staff pun. Dia pun panggil budak laki tu, sebab yang pakai tag visitor & pakai baju lain semalam budak tu sorang je. Nasib budak tu memang budak lagi, so takdela aku rase takut kena gertak ke ape kan.. Yela, kitorang dua-dua pun pempuan huuhu.. Tapi budak tu tak admit kesalahan dia, siap cakap bukan dia buat.

Tapi sebab aku dah bagi detail pasal budak yang potong, akak tu cakap ha ko bayar la xxx(nama budak tu). Kesian gak tapi kalau kecian kat dia rugi la kat laki aku.. Yela, selama ni memang beli dan potong terus seluar kat sana dan memang takde masalah pun, tiba-tiba semalam seluar tu senteng.

Akak tu aku rase dah lama keje situ, sambil cakap sambil dia buat keje. Kejap2 stop dia tanya soalan2 kat aku, pastu pegang seluar tu.. semuanya sambil buat muka la. Adik SU yang teman aku ni pun cakap sakit ati sebab akak tu buat muka ahahah.. bertabahlah, nak buat camne kan.

Dan lepas dok depan dia selama lebih kurang 10 hingga 15 minit, akak tu pergi kat seluar tu dan amik yang baru.. Dia lipat seluar tu, lepas tu bagi aku. Katanya, kita tak boleh potong, takut salah lagi. Aku pun, ok takpe la.

Lepas masukkan suar tu dalam plastik dan ucap terima kasih aku blah la gi beli KFC haahaha... dan-dan.. Promosi tamat pada 27 Mei, harus rase kihkih..

5 comments:

eima said...

o0o promosi yg RN2.80 tu ke

pena rozie said...

nasib baik...

.:Mama Dhia:. said...

sib baik dapat tukar yg baru kan??tak potong pun tak pe la, baik buat kat tempat lain..kang senteng lg sekali, susah plak kan...

bunga_rose said...

eima;
haah yang promosi tapi bukan rm2.80 tapi rm2.60 hihihi

pena rozie;
tula, sebbaik depa nak replace..

Mama Dhia;
tu la, tak potong pun takpe la, janji diorang tukar... tu pun dah rase syukur dah

ainnoraini said...

Dapat jugak gantinya tu...
Kalau tak dpt rugi jer..