Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, June 19, 2012

Ada ular kat kawasan perumahan aku

Aku sebenarnya kerisauan. Baru-baru ni kecoh kat taman aku. Belakang rumah aku & jiran-jiran, ada ular sawa.

Yerrr ular sawa. Akak yang selang 3 buah rumah dari aku tu nampak, katanya boleh tahan la besarnye.. dalam besar lengan orang dewasa yang badan dia berisi. Owh... takutnya..

Belakang rumah aku tu ada kilang kabel. Mungkin ular tu memang dok situ dah lama, then tiba-tiba dibina perumahan kami kat situ kan so mengganggu habitat dia. Sebabnya, akak sebelah rumah aku ni pernah jumpa anak ular sawa tu. Maknanya memang depa ada keluarga la, bukan la ular sesat or ape kan..

Udahla kat belakang tu, aku selalu gak lepak-lepak dengan jiran, nyembang itu ini, bertukar juadah. Gunting rambut anak pun kat belakang tu. Kalau masak, selalu buka pintu belakang, tingkap pun seluasnya.

Sekarang dah tak berani dah. Aku masak pun tutup tingkap, hadap la satu rumah bau tumis haahahaha.. Dah tu, takut tengah-tengah masak kang tak pasal je muncul uhhuhuhu...  Aku memang tak leh dengan ular ni, meremang bulu roma kalau sebut pasal dia.

Jiran ada tangkap ular tu, tapi dia tak melawan, so takut juga kalau bukan ular betul, takut ada yang merupa je sebab kata jiran, kucing sebelah dia pun dia tak usik, lalu je sebelah kucing tu. Ermn... menakutkan..

Tapi risau juga sebenarnya, sebab kawasan belakang rumah tu budak-budak selalu lalu lalang. Main kat situ. Kalau aku  tengah masak kat dapur memang dengar la suara budak-budak bertempik main kejar-kejar la, lalu dengan basikal la. Aku yang dalam rumah ni pulak yang kerisauan.

Harap sangat ada sesuatu dibuat oleh AJK taman. Tak nak la hidup dalam ketakutan. Kena report pada bomba la kot kan kalau terjumpa sebelum apa-apa buruk jadi. Entah berapa ekor ntah ada kat sarang dia tu gamaknya, eeeee seriau... Dah la hubby selalu outstation. Minggu depan awal-awal dia dah kasik tau dia nak kena gi Melaka... nak je aku ikot tau aduuuiiii...

8 comments:

Imaan09 said...

isk..takutnya.. ati2 sis..!

Riny said...

ular sawa siap da de anak pulak tu..mau x takut....bahaye la semua org yg dok situ kak...dok dalam ketakutan la ye....

eima said...

huhu ular l takut ... mana tau die masuk rumah .... klu jenis jadian ni pun takut gak ...

pena rozie said...

tak mau... takut gan ular...

Kesuma Angsana said...

aduhai saya klu len oklah tpi klau ular... eeeeeeeeeeeeeeeeei... takut sgt2 le

bunga_rose said...

imaaan:
hui mmg menakutkan.. insyaallah akan hati2..

riny:
deretan rumah kitorang yang dekat dgn kilang tu je yang ketakutan, rumah2 lain tak heran pun huhuhuh... mmg hidup tak tenteram dah ni..

eima:
aku dah risau sbb mgu depan laki aku kena kuar daerah lagi, 3 hari lak tu.. aduuuuu

bunga_rose said...

pena rozie:
huuhu... mmg tak mo.. penakut gak ni dgn ular..

kesuma:
mmg takut, kadang2 ada bunyi ssstt skit pun dah gabra, padahal bunyi menda lain huhuhhuh troma dah ni

Mama Gee said...

iskk risoo gak tu...kilang kabel tu sejuk kot..tu yg ulo suka duk ctu...huhu

kalo jumpa ulo ckp dgn dia...kalo nk lalu lalu jelah..jgn kaco kita...huhu