Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, June 19, 2012

Black out satu taman

Ok, sambung cite tadi. Jumaat malam tu aku dah rase sihat sikit sebab tengahari tu dah kena paksa makan ubat dengan hubby kan. Cuma badan jela penat. Pukul 9 lebih aku tiba2 rase lapar, terus goreng ikan yang MIL dah siap siang untuk menantu dia haahah... Pastu makan berdua dengan Kimi..

Tiba-tiba.. plup!! Lampu padam.. Lepas tu dengar bising2 1 taman.. laaaa black out setaman rupanya. Eqal boleh lena panas2 camtu. Aku teruskan makan dalam gelap, lapo, dok duli orang dah aku.

Rupanya TNB buat kerja-kerja tanam kabel ke ape ntah. Dah tu takde inform kitorang bekalan nak kena stop kejap.. ngek kan.. Siap buat aduan kalau lambat siap nak saman TNB sebab dah sulitkan kami penduduk taman.

Hubby balik, dia cakap, macam lambat lagi nak siap, aku terus ajak dia kuar pusing-pusing Shah Alam. Katanya alang-alang dah kuar, pergi bawa Kimi gi ICT la, dia suka lampu.. Aaaa sudah, dengan sememeh kami 4 beranak nak gi ICT? Adeiii....

Sampai kat parking, aku kuar kete, baru aku perasan aku pakai baju terbalik. Hahahah.. kelam kabut tukar baju dalam gelap, rupanya baju aku yang dah betul, aku terbalikkan haahahaha... Sebbaik malam, orang tak perasan sangat.

Sempat la tangkap 2,3 keping gambo buat kenangan..
Muka tanpa secalit mekap uhu.. pucat
 Nasib tak ramai orang malam tu so dapat la tempat parking dekat sikit dan gak Kimi boleh lari sesuka hati dia, kalau ramai aku memang tak lepas sebab tak nampak dia celah2 orang ramai ni..

Anak-anak pun pakai baju basahan kat rumah je haahah
 Duduk dalam 30 minit je, lepas tu call jiran. Katanya elektrik dah ada balik. Alhamdulillah, terus check out dari I-City, balik tido je terus ahahah... kata penat+tak sihat kan...

4 comments:

Kesuma Angsana said...

smpat lg pg jalan2 bila black out hehe

eima said...

hebat dr tak de lampu pi ke tmpt penuh lampu ...kekeke

TNB ke kontraktor buat ni ...hehehe
jgn la saman kang laki aku tak bonus ini tahun ...hahahah

bunga_rose said...

Kesuma:
tak tahan panas.. 1 jam 30 minit gak kena tunggu dia settle keje.. tak sanggup berpanas weh hihihi

bunga_rose said...

eima:
hahahhahah... abis aaa panjang...

org kuat taman call bos tnb rasenya, buat komplen pastu diorang cepat2 la buat.. cepat2 pun sejam setengah gak baru siap