Jom klik

kENgkaWAn

Monday, June 18, 2012

Hai, lama tak bersiaran. Sebenarnya start Rabu minggu lepas aku tak sihat. SO dia membawak-bawak sampai ke hari ni..

Masa tengahari Rabu minggu lepas, aku dah rase cam tak sedap badan, rase macam tak sedap perut, so cam tak lalu makan. Aku takde la pegi beli makan pun. Sekali pukul 2, ada akak ofis ni muncul dengan set snack plate KFC.. Aku kan hantu KFC, tengok KFC harus la walau takde nafsu nak makan pun aku kedarah gak, tapi seketul pun tak habis. Bawak balik.

Petang tu time drive aku rase cam pusing2, kepala berdenyut, perut mencucuk2, nafas rase pendek tapi still boleh bernafas la. Ingat nak rehat je tapi sebab ada MIL kat rumah segan pulak kalau tak masak. So sinsing lengan baju gagahkan diri nak masak ayam masak sambal. Tapi MIL cakap goreng aje sudah ayam tu. Sayur aku nak buat masak lemak, tapi Eqal pulak amuk nak susu, alih2, MIL yang siapkan lauk hhahaha... Bertuah punye menantu.

Lepas maghrib aku dah rase sakit tahap gaban dah.. Nak baring tak leh sebab sakit tu rase sampai tembus ke tulang belakang. Call hubby cakap sakit, dia suh aku ajak SIL pegi klinik, sebab malas susahkan SIL yang baru je balik dari bercuti kat Korea, aku just telan panadol je. Tido dalam 1 jam sambil berselimut, sebab aku rase sejuk sangat, dan memang aku demam pun.

Lepas dah tido tu baru rase kebah sikit, then baru makan nasi. Tu pun takde selera, tapi sebab lapar, paksa gak tekak ni telan. Esok paginya, sakit tu datang balik. Ikutkan hati nak EL je, tapi senin baru je EL. Paksa diri bangun tapi memang jalan cam orang mabuk la, berpinar je rase.

Pegi keje kejap, then mintak kuar untuk pergi klinik. Jumpa doktor katanya aku demam dan gastrik. Dia tanya nak cucuk ke makan ubat je, aku pilih cucuk sebab aku tak tahan. Nak nafas pun sakit cuma ok sikit berbanding malam tadi. Ubat cucuk tu menyebabkan mengantuk, so aku dapat MC sebab doktor suruh aku rehat. So aku drive balik rumah tu dalam keadaan mamai & teruk aku kena berleter dengan hubby sebab berani tak menempat. Patutnya mintak la SIL or BIL hantarkan katanya.. Hihii.. malas la nak susahkan diorang...

Khamis tu demam aku on off, nasib anak2 tak banyak karenah & tak jangkit demam aku. Lagipun hubby pun dah balik dari jaga kursus. Tempat bermanja dah balik so rase tenang sikit hati.

Jumaat, pagi tu ok, start pukul 10 dah rase lain macam. Ambik, kena pulak cirit. 5 kali aku ulang alik tandas. Tengahari tu balik rumah sebab hubby ada kat rumah, saja nak lunch sama-sama. Tapi, lain jadinya sebab kat rumah sakit tu datang lagi teruk. So melepek dok atas katil sebab penat berulang masuk tandas. Dah macam air paip kuarnya.. air aje.. Ape lagi yang tak kena ntah.


Kena paksa makan ubat dengan hubby then baru ok. Tu pun dia yang hantarkan pegi keje, takut jadi apa2 pulak kat aku tengah jalan.


Adui, dah penat taip, nanti sambung pulak.. Nak baca blog korang pulak dulu ihhihih..

3 comments:

eima said...

seb baik la ade MIL kan ...ade jugak org tgk2 kan anak2 time ko sakit kan ...

pena rozie said...

I like Key Ap Cis... muahahahahaha....

Myra Jay said...

Myra pun kekadang MIL yang masakkan..heheee :)

Moga cepat sembuh ye... gastrik ni sakitnya macam2 jenis kan..