Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, June 6, 2012

Kepulangan yang dinanti

Schedule post...

Tuan tanah tengah berkursus kat Palace of Justice Putrajaya...

Last week pergi kenduri kawin kat Cheras.. Bertiga je, anak sulong bercuti dengan kuarge angkat dia kat Klang kan...
Bertiga je,takde pemceria suasana

Sangat-sangat terase kekosongan bila salah sorang anak takde. Tak tau nak describe camne perasaan tu, tapi rase kehilangan, so buat ape, pegi mana pun tak rase happy.

Sepatutnya Ahad diorang dah hantar, tapi tiba-tiba still ada kuarge belah sana tak jumpa lagi Kimi so hold sehari lagi. 

Then janji hantar semalam, tapi diorang tanya si Kimi nak balik rumah ke tak, boleh anak bertuah ni cakap tak nak.. balik esok je. Budak beso tu, ape tau kan.. mana orang layan dia cam raja, situ la dia suka duduk.. Ok, aku dah stat sedih malam semalam... nangis kat bilik sorang-sorang sampai tetido..

Hari ni akhirnya diorang hantar, tapi hati aku sedih sangat sebab anak yang aku kandung selama 9 bulan 
18 hari ni tak nak balik, katanya nak ikot korge angkat dia tu jalan-jalan lagi.. Bila aku tanya, tak sayang mama ke, sanggup dia cakap tak sayang sebab nak ikot. Tuhan je tau perasaan aku.

Adik mak angkat dia sampai lari senyap-senyap kuar dari rumah sebab tak nak dia ikt, nangis ke.. Mula-mula dia merajuk, tak mo cakap dengan aku, sebak hati seorang ibu, hanya ibu2 yang tau kot.. Anak sendiri macam nak jauhkan diri, macam dendam dengan mak sendiri.. pilunya hati aku...

Hubby pujuk-pujuk aku, tapi aku tak dapat tahan, nangis gak aku, sedih.. Sebak, kecewa, semua bersatu.. .selama ni tak pernah dia buat hal macam ni. Dia pandang je aku.. aku tau tak patut ambil hati dengan budak umur 3 tahun, tapi dia anak aku... sayu hati anak buat camtu tau... Hubby cakpa bagi dia masa, 4 hari tak jumpa, 4 hari dilayan macam raja, dia je anak kecil kat sana, sini semuanya kena berkongsi dengan adik.

Tapi alhamdulillah, tak sampai 10 minit pun, dah manja balik dengan aku.. Aku peluk dia, rindu sangat, Tuhan je tau perasaan aku.. Mungkin aku terlebih emosi, tapi sumpah, aku sebak. Aku tanya dia sayang mama tak, dia ckap sayang..Bila tanya kenapa tak nak balik? Ok kimi tak pegi dah katanya. Aku cakap, janji dengan mama, tak tinggalkan mama lagi.. dia cakap janji..

Malam ni, tak sekali pun lagi aku or hubby tinggikan suara, tolak kemahuan dia, aku nak dia tau yang kami sayangkan dia.. Marah bukan beerti tak sayang, tapi ingin mengajar wahai anakku.. Moge besar nanti Kimi baca balik blog mama dan fahami bahawa mama terlalu sayangkan anak-anak mama, tak penah nak bezakan anak-anak. Tapi mungkin tanpa sedar mama lebih berikan perhatian pada adik kerna dia masih kecil, tapi tak bermaksud untuk beza-bezakan kasih sayang pada anak-anak mama.. 

Anak-anak adalah segalanya pada mama selain papa.. Mama sayangkan kalian lebih dari nyawa mama sendiri.. kalau apa-apa nak menimpa kalian, mama relakan diri mama jadi galang gantinya.

Ape pun sayang, ketahuilah, kepulanganmu malam tadi amat papa, mama dan adik gembira.. memang mengharapkan kepulanganmu tadi sayang... We glad you home, sebab dengan kehadiranmu barulah hidup mama, papa dan adik terase lengkap..

Lapang rase dada ni lepas dah curahkan pada blog yang aku umpamakan macam diari aku untuk aku kenang dan untuk tatapan anak-anak bila aku takde lagi suatu masa nanti. 

Thanks pada yang sudi baca =_=

9 comments:

Riny said...

hati seorang ibu kan kak......walau nakal cmne pon..bile x de sekejap anak tu..mesti da rase lain....

♥cikmOt♥ said...

susah weii kalu dia terlalu baik ngan korge angkat..sudahnya cam ginilah jadinya weii...ishh....

Myra Jay said...

Alahai touching plak bila baca..

Yela anak sendiri kan maunya tak rindu dan sayang :)

Zana Adieyza said...

sedih la pulak baca entry ni.. mm zana belum ada anak tp zana dpt rasa yg mmg pilu hati bila anak buat mcm tu kan.. xpelah, dia lebih dimanjakan kat situ, tu yg sampai terlupa nak balik.. hihihi

eima said...

betui la ..aku pun tak leh tido klu fahim tak de ....

penah sekali nenek amik die bw pi rumah ateh .... seb baikd ekat je KL je ..aku pi amik balik die lepas 2 hari ... tk mo dah bg ...die pun tak mo pegi ....


Qimie siap ckp tak mo balik tu ...sian mama die

ainnoraini said...

bila tak ada sorang mesti rasa sunyi kann..terkenang dgn kerenah dia yg nakal tapi menghiburkan...

Imaan09 said...

memang la budak besar tu..kejap je, pastu mesti dia cari mak dia punya..

Kesuma Angsana said...

cam tulah jd ibu... sentiasa rindukan anak2 wlau berpisah sekejapkan!.. hope anak2 pun takkan lupakan dan sentiasa ingat kita!

deelira@deeliraz said...

sayu je