Jom klik

kENgkaWAn

Friday, July 13, 2012

Aku idolanya

Pagi tadi dalam kereta, nak hantar anak2 ke rumah pengasuh, aku lepas stereng sebab betulkan baju, kereta masa tu perlahan je sebab dalam kawasan taman kan. Sekali kereta macam nak ke tepi dan kebetulan kat bahu jalan tu ada lelaki tengah berjalan.Sekali dak Kimi tegur aku;

"Isk ape la mama ni, asik nak langgar orang je"

Tergamam aku kejap, pastu aku gelak besar.

Laaa... dia perhati rupanya cara aku bawak kete selama ni. Selalunya time nak hantar dia aku mesti tersempak jiran2 yang naik moto baru balik dari hantar anak-anak ke sekolah kan. So aku selalu buat2 macam nak langgar diorang. Acah-acah gitu kan.  Tapi tak sangka pulak dia faham menda tu bahaya & tak boleh buat main.Dan tadi dia ingat aku sengaja nak main-main acah-acah langgar orang, padahal takde pun niat tu.

Lepas tu baru aku perasan sesuatu. Kalau main basikal, Kimi selalu buat-buat macam nak langgar aku. Owh, aku tersedar.. aku yang salah beri didikan, dah jadi ikutan dia apa yang aku buat kat jalanraya selama ni..

Antara contoh lain, kalau ada kereta ke orang ke yang cuai, contoh tiba2 pintas aku secara berbahaya or tiba-tiba buat sesuatu yang buat aku bebel, sekarang tak sempat aku nak bebel, mulut dia dulu yang bunyi
"Isk, apa la orang tu kan mama"
"Hei tepi laaa, bahaya nanti langgar baru tau"
"Ape la orang tu kan mama"
"Tepi-tepi"
"Hoi!!!"

Erk!!! Semua bahasa aku guna masa aku bawak kete.. takde pun bahasa papa dia yang kuar hahahahah... Anak tengah membesar, semua benda yang kita buat pun dia nak ikut kan. Yang baik tu takpe, yang susahnya biasanya ikut tang yang kurang bagus tu huhuhuh...


Ok, aku munasabah diri.. Perlu hati-hati dalam berbicara.. Anak dah semakin membesar, kalau tak elok perangainya, kita pulak yang malu kan. Ibu bapa la idola anak-anak masa kecik2 ni kan.. cam kimi, aku la idola utama dia.. sebijik perangai ikot aku okehhhh!!

4 comments:

Me said...

hahaha...kan dah kena dah!!...hehe.. budak2 memang!! benda yang tak elok lah cepat dia ikut

mamyharraz said...

hehe kiuttt..situasi yg sama berlaku kt akk.
kadang akk tgh drive terkeluar perkataan tak sepatutnya..ank dengar je..buat mcm tak tau..alih2 esok2 dia repet apa yg akk ckp..haha bahaya kan..

ok jom kita hati2 lepas ni ;)

nn lylyn said...

budak2 semua die nak ikut..sy de baby nnti nak kena kawal2 tingkah laku nnti ^^

~aSHa~ said...

itu la..kadang2 kita lak marah dia ckp tak elok..padahal kita yg mulakan..ehehheee