Jom klik

kENgkaWAn

Monday, July 9, 2012

The Amazing Spiderman

Petang jumaat tu hubby call, dia tanya nak tengok citer Spiderman tak, kawan dia kasik tiket free 2 keping. Wahhh haruss laaaa nak. Eh, jap... Boleh ke anak2 berkelakuan baik sepanjang 2 jam lebih dalam panggung nanti erk? Takpe, kalau kena kuar pun takpe sebab masuk free haahah...

So hari Sabtu lepas pergi The Curve, semangat pukul 11 pagi dah gerak dari rumah sebab takut jam kan. Ingat nak park kat TESCO je so free parking tapi pusing-pusing takde kosong, so park la bawah The Curve tu. Ceh murah je rupanya, maximum RM6 sehari.. Ok la tu, kami nak lepak sana pun lama kan..

So, tempat pertama tuju panggung tu la, cebab takut nanti tak tau mana tompeknye. Aku ni dah sebok2 nak ajak hubby gi IKEA. Dah 2 kali pergi sebelum ni, tak berpeluang nak masuk tengok dalam tu. Di samping tu aku nak rase meatball dengan karipap IKEA.. Dah lama gile teringin, tapi tak dapat2 pun. So pergi kali ni dengan harapan menggunung nak makan dua menda tu.

Tapi, sekali nengok, punyee la ramai umat. Mana datang semua2 tu? Hahahaha... masa tu aku dengan hubby dah kelaparan, nak beratur malas, sebab panjang, tempat duduk pun tak banyak, Eqal mengaruk nak tido, Kimi lak lari sana sini. Aduiii, terus aku ajak hubby makan tempat lain. Setentang ada MC D. So bermekdi la kami untuk lunch tu.

Sementara tunggu papa order, bergambar dulu okies.
Susah nak amik gambar anak teruna ni sekarang..

Ralit beno tengok kete lalu lalang..

Good boy in panggung..
 And the food arrive, yeahhhh!! Lapoooo... Ermnnn IKEA, next time aku cube menu ko erk.. Hubby dah janji nanti dia nak bawak pegi time weekdays hihihhi...

Bubur tuk aku, eqal & kimi. Spicy ciken tuk aku sorang hahahah..

Foldover & oreo mc flurry tuk hubby
Terpaksa bagi Eqal makan bubur Mc D je sebab tak sempat masak bubur *ok, fine, sebenarnya malas nak bawak bekal haahahaha... kejam sungguh mama, banyak msg dalam bubur tu kan.. huhuhu..*

Ok, lepas abis makan, tengok baru pukul 2, ada masa lagi. So pujuk hubby masuk IKEA balik. Aku nak tengok showroom dia. Tak beli ape pun takpe. Then kecian kat bini dia ni ha, hubby setuju haahah... Sukee..

Ok, memang menarik deko dia kan.. Aku dengan hubby sama2 teruja. Sebab aku nak buat kabinet dapur kat rumah tu & kalau ada duit lebih nak buat wardrobe kat dalam bilik. Dulu masa masuk rumah tak buat ape sebab tak cukup simpanan kan.. Pastu aku tak sabar nak masuk sebab tak larat turun naik tangga rumah kuarters tu kan.. So ada la some idea dapat dari sana.

Dah pusing2 1 IKEA tu, masuk balik dalam The Curve pusing2 kejap sementara tunggu pukul 3.  Tengok orang main piano. Best wooo dia main.. gambar lupe tangkap, kaki dah penah sangat. Then hantar stroller, menapak pergi kat panggung.

Masuk awal sebab nak pilih tempat. Kami dok belakang sekali dan kanan sekali supaya senang aku nak susukan anak aku dan takde la segan kalau anak tiba2 nanges ke, jerit ke hihihi.. Rupenyeee ramai yang bawak anak tengok.. lorrrrr...

Mulanya aku dengan hubby takut Eqal yang buat hal sebab selama ni Eqal sgt takutkan bunyi muzik yang kuat, sekali, eh terbalik. Eqal sangat behave, si Kimi yang buat hal. Eqal siap tido, cuma time bunyi muzik kuat untuk aksi gaduh jela dia cam terkejut2, aku tepuk2 dia tido balik.

Tapi kimi... mula2 muzik, dia dah tutup telinga. Lepas tu dah tanya mana spiderman. Lepas tu baling selipar dia kat bawah kusi. Pastu dah stat mintak susu. Lepas tu cam dah bosan, mintak hp aku nak main. Pasang lak muzik kuat, takut la orang terganggu kan, aku marah dia wat tak tau, sekali aku gi cubit. Tindakan rekfleks. Nangis terus.. alamat, aku dah gabra hahahah.. Marah hubby sebab cubit anak dia. Terus pegi sebelah papa dia.. owh, tiket je ada 2, tapi kerusi sebelah kitorang 0, so tiket 2 tapi dapat 4 kerusi kehkeh.. selesa gile...

Dah kena cubit, takmo dengan aku.. sabooo jelaa.. Lepas dah bosan main hp, dia nak main2 pulak. Sebbaik dok seat belakang, so dia main kat tepi seat aku.. aku risau dia turun tangga je.. sebbaik dia main sorok2 belakang kusi aku je.

Time spiderman dah kuar, baru la dia exited nak tengok wayang.. Semangat sokong spiderman masa adegen lawan tu.. Lepas tu, dah bosan balik, ajak balik.. Haihhhh...  Lagi 10 minit nak habis cerita, adik dah bangun. Sebbaik laa tak nangis, terbuntang mata tengok cerita lagi ada laa..

Lepas abis je cerita terus balik. Tak larat dah.. So rasanya nak bawak lagi tak anak tengok wayang? Aku rase tak.. sebab kecian anak bosan.. Kalau cerita kartun mungkin laaa..

Tapi sampai ke semalam sebok si Kimi ajak tengok cerita Spiderman lagi.. haihhh.. Idok laa mama dengan papa nak bawak lagi nak oiiii.. Hikhik..

8 comments:

eima said...

aku tak bw koot tgu depa semua besar la ..hihi sbb apeknye pun tak penah tgk wayang ...gilos

Kesuma Angsana said...

wah ada anak kecik pun sempat lagi pergi ke panggung yek ! hehe

MRS. K said...

ko nak makan kat ikea tu kena hari kerja wei.. itu pon meramai gak..

bunga_rose said...

eima:
masa bercinta dulu, leh katakan aku dgn laki aku penyokong pawagam, ate asal ngedate je tengok wayang, tak tau nak pi mana kan.. la ni lepas ada anak kureng sudeee..

panjang tak penah tengok wayang? bagusnyeee...

bunga_rose said...

Kesuma Angsana:
Hihihi... ate dapat tiket free tu yang kemain semangat tu hahaah..

bunga_rose said...

Mrs. K:
weh... aku tingin makan situ sejak tengok clog ceeramoon dok tayang meatball tu.. rasenya masa tu aku baru lepas bersalin kan kimi.. la ni kimi dah 3 tahun.. ko bayang, dah 3 tahun aku pendam rasa hahaahah

Tukang Karut said...

erkk... aku dapat bayangkan bila aku dah ada anak nanti...

deelira@deeliraz said...

anak2 aku pon asik tanya.. bila spiderman nak keluar. nak lawan. lambat plak dia lawan2 tu kan. tp bl dah kuar cicok besar dgn spiderman.. baru terbeliak x kelip mata hehe