Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, July 31, 2012

Cara aku banyakkan susu badan yang kering & stop anak menyusu badan

Hai korang, dah nak masuk tengahari baru boleh bersiaran. Siapkan surat-surat untuk bagi peguam, kang lambat sampai bising depa huhuhhu...

Tak berapa nak ada mood hari ni.. Bibir kering secara total, ngeri tengok bibir sendiri. Ulcer kat lidah pun tak pulih-pulih lagi. Padahal aku dah beli ubat untuk sihatkan balik bibir & ulcer tu.. Beli orrepaste, ke korang ada petua lain untuk lembapkan balik bibir ni, nak cakap pun sakit, so hari ni aku pilih untuk lebih berdiam diri.

Alhamdulillah pasal derita dunia semalam tu, pasal mahkota tu kan, syukur, dah ok sikit. So Haiqal dapat la minum susu macam biasa. Takde la sembuh sepenuhnya, masih sakit, tapi masih boleh tahan demi keperluan anak. Yela, aku rase semua ibu pun macam tu kan, tak kisah la kita sakit janji anak sihat.

Cerita pasal susu ibu, teringat aku masa mula-mula Hakimi lahir. Susu badan sikit sangat, anak asiknya meragam sebab susu tak banyak keluar. Aku di psyiko oleh jiran-jiran, mak ayah supaya bagi susu formula sebab takut anak tak cukup.

Sedih, pilu di hati tak payah cakap la sebab aku dah niat dari awal mengandung nak susukan anak aku ni, kalau boleh sampai 2 tahun, even tak sepenuhnya pun, tapi yang penting bila dia dengan aku, dia hanya dapat susu badan, bukan susu botol. Masa mengandung pun siap bagitau baby, minum susu mama, minum susu mama...

So bila semua orang push aku, aku rase stress so hari ke 4 tu aku relakan je anak aku disuap susu botol, tapi baby kan bijak, dia kenal mana puting asli dan tiruan, so dia refuse susu botol. Bila tengok anak camtu aku jadi bersemangat dan nekad yang  aku boleh lakukannya. Aku boleh beri anak aku hak dia, susu ibu.

Aku mula mintak mak aku buatkan sup sayur lobak putih, aku makan kurma, badam, kismis. Aku mandi guna lulur, masa tu aku guna mustika ratu, memang lepas letak je serbuk tu susu kuar masa ko tengah mandi, dasat penangan sebuk tu. Aku panggil orang urut.

Bila bagi susu, aku pandang muka baby penuh kasih sayang, aku fikir positif yang aku ada susu, ada rezeki untuk anak aku. Then aku rileks je, tak nak fikir pasal pendapat orang lain suruh bagi susu tambahan takut-takut tak cukup ke ape. Orang lain nak cakap aku tak cukup susu sangat kan, so aku akan buktikan yang aku ada susu untuk diberi pada anak aku. Aku tak kisah even anak aku akan kerap menyusu sebab pengaliran susu badan aku tak banyak pada permulaan aku ok je, tak kisah, janji anak kenyang, dapat susu eksklusif tu.

Dan alhamdulillah, berkat kesabaran, dalam masa 1 minggu, susu badan aku makin banyak. KAdang-kadang siap aku boleh pam untuk simpan. Dan syukur juga, Hakimi dapat hak penyusuan eksklusif tu, (even tak sepenuhnye, sebab dengan pengasuh aku bagi susu formula, awal-awal je bagi susu pam lepas tu malas nak pam hhaahah.. kejam sungguh) sampai aku disahkan mengandung. Lebih kurang 1 tahun 9 bulan dia minum susu badan.

Tapi aku terpaksa pisah susu badan dari dia bila kandungan aku dah masuk ke 4 bulan. Susu aku kering, bila dia minum, aku akan sakit, sebab dia akan sedut kuat sebab nak susu banyak-banyak masuk tekak dia hahaah.. So, cara yang aku guna adalah dengan letakkan kopi or nescafe kat kawasan puting bagi dia rase pahit, aku letak asam jawa supaya dia rasa macam, aku letak sirap then cakap kat dia dah luka, berdarah, tak boleh minum. Tapi tetap, dia isap sikit2 sampai dah ilang rase pahit, then dia minum sampai dia lena aahaah... lawak pulak bila teringat balik.

Tapi lepas hampir sebulan aku cuba, Hakimi pasrah, sebab memang susu dah takde dan kecian bila mama dia asik menjerit sakit bila dia sedut kuat. Di samping malas nak bersihkan dulu kawasan keliling puting dari nescafe, asam jawa dan sebagainya..

Sedih ke tak? Sumpah sedih.. Perasaan bercampur baur bila tengok muka anak yang masih perlukan susu ibu, tapi dinafikan hak sebab nak dapat adik. Muka Hakimi memang buat hati aku meraung, tapi aku terpaksa, susu aku dah tak banyak, hampir kering bila mengandungkan Haiqal. Memang kena cekalkan hati untuk pisahkan anak dari susu badan dan daripada susu badan sikit, nak banyakkan.. terpulang pada cara masing-masing kan..

Well tu cerita tentang aku yang kira kategori tak berjaya sangat la banding ibu-ibu yang betul2 susukan anak diorang secara eksklusif, pam kat ofis, buat stok. Aku memang tak mampu, sebab tu aku sangat tabik dengan mama, mummy, ibu, mak, umi dll yang sangat tabah buat semua tu. Korang memang terbaik, ibu terbaik. Tengok la kalau aku rase aku dah mampu, anak ke3 nanti ke aku fully bf kan anak.. siapa tau kan... Hihi..

So tu bakal-bakal ibu, just set minda secara positif yang kita nak bagi yang terbaik untuk anak kita, then insyaallah Allah akan bantu.

Eh, kenapa tiba-tiba entry ni jadi serius? Haahaha.. tapi ok la kot perkongsian ilmu tu bagus kan.. Ok, nak kena pergi kelas BI sekarang... Hari ni last day, yeyyy!!!

12 comments:

Fai CeritaCinta said...

akak, fai pun xde pengalaman menyusu badan ni sbb belum ada baby. tapi fai saje nk share info tentang power pumping :-)

http://ceritacinta04.blogspot.com/2012/07/power-pumping.html

bunga_rose said...

owh, akak dah bace... bagus info tu.. pernah dgr pasal power pumping ni tp tak tau ape hihihi

mrs.ecam said...

aku plak skang ni org keliling sebuk suh stop bf kn ank aku...ank aku br 1tahun 8 bln ok...n aku rs x nk stopkn die lg...lgpong umo die blom 2thn pong...n aku x preggy pong kn...biarla aku nk bg susu aku kt ank aku smpi die xmo lg dh ke...sbb perasaan susukn ank sndri tu lain kn...rs die rapat ngan kt...heee tp bile tbe ms aku kne pisahkn susu bdn ngan ank aku...aku nk try tips ko nih...heee thanks sharing

Kesuma Angsana said...

KA not really 100% BF semuanyer ++

Tukang Karut said...

ok... bagi kat suri baca,...

deelira@deeliraz said...

sekurang2nya ko dah cuba yang terbaik bunga ;) thumbs up!

aku akan positifkan minda aku..

eima said...

aku antara yg mind set tersgt kuat time preggy tp bila dah nk masuk 3 bulan si alisha tu telah di downkan oleh supporter seumur hidup aku .... so terpaksa rela kena bg FM .... next baby la kot kena bw my supporter pi ceramah susu ibu ......hmmmm

♥ ROS ♥ said...

ros msa auni xpnah pikir susu ade atau x.. org kata kalau duk pikir susu skit mmg akan skit.. sbb tu kna positifkan minda kan??? j=hihihi.. moga kita trus dilimpahi susu yg byk :)

bunga_rose said...

mrs. ecam:
laa apsal org sekeliling sebok suh stop? kan boleh susukan sampai 2 tahun? ada 4 bulan lagi sebelum 2 tahun n ada je yg lebih skit dari 2 tahun, takde masalah.. cuma mungkin klu 3 tahun ke atas lain macam skit klu anak lelaki, sbb dia dah faham banyak menda kan..

n agree, susukan anak ni feel dia lain, anak rapat dgn kita, jiwa kita ni cam boleh tau ape dia nak, ape dia nak buat.. ada instinct lebih skit dgn anak2 ni hihihi...

bunga_rose said...

kesuma angsana:
hiihi.. takpe, sama la bukan 100%, sbb dgn pengasuh memang bagi susu cap lembu tu, dgn bunga je susu cap gantung hihi..

tukang karut:
haa.. yang elok tu ko suh dia amik sbg teladan, yg tak elok sbg sempadan.. korang pun dah tak lama kann hihih.. best of luck ^_^

deelira:
alhamdulillah... ok set minda +ve k.. insyaallah, ko boleh buat fully bf k.. chaiyokkkk

eima:
wei supporter ko tu sape? panjang ek?? hiihihi.. takpe, nanti anak ke3 ko bawak dia erk...

tp, jap2.. alisha dah tak minum susu badan ke? mmg susu formula sepenuhnye dah ke manja?

ros:
anak pertama kan.. takde pengalaman, orang pulak asik downkan kita.. anak kedua ni takde sape berani nak downkan dah haahahah...

yup, moge dilimpahi susu.. aminnnn

my.simple.life.by.dyll said...

sup lobak putih tu mmg utk bykkan susu eh? my sis br deliver bby,tp sian dia, susu x byk.. i pun tgh pegnen ni n tekad nak susukan baby nnt.. tu la tgh cr info psl cmne nak bykkan susu ibu ni :)

bunga_rose said...

ada yang cakap lobak putih tu bagus untuk banyakkan susu, ada yang cakap makan badam, kurma dan kismis.. dan berkesan pada saya, alhamdulillah...

tapi skrg dah banyak produk untuk banyakkan susu kan, macam shaklee dan lain-lain